Ahad, Januari 03, 2021

#3 Kita Redah Jerr

Bismillahirrahmanirrahim..

 

MasyaAllah, baru perasan hampir setahun tak update blog ini. Sepatutnya ana update lepas habis kisah perjuangan sem 3 yang lepas. Tapi lappy ana ada masalah, kemudian semua kisah yang sepatutnya di update hilang apabila laptop ini di format semula. Tak banyak kisah kali ini. Cuma catatan pendek yang apabila dibaca semula akan mengimbau kenangan yang pernah kita perjuangkan dahulu.

 

Seingat ana, waktu sem 3 bermula kisah pandemic tahun 2020. Malaysia baru melaksanakan PKP dan sistem pendidikan tiba-tiba berubah kepada pendidikan digital. Ana cuma berazam sem tersebut ana nak cuba target anugerah dekan. Kelas mula secara online, sama ada pihak universiti mahupun sekolah. Hampir berbulan lama di rumah siapkan segala macam assignments dan yang paling ana ingat, ana berjaya siapkan bab 1 – bab 3 dalam masa seminggu tapi tak cukup tidurlah ya.. ^^”

 

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.. Waktu result keluar adalah waktu minggu ana jadi pengarah minggu Al-Quds di sekolah. Sebenarnya waktu tersebut ana diberi macam2 ujian juga, lappy rosak, tayar kereta pancit, lock untuk kunci kereta hilang dan ana berulang-alik dari kampung ke sekolah sepanjang minggu tersebut ibu ayah yang tolong hantar. Allahu, struggle juga minggu tersebut tapi diri kena cool juga kan sebab waktu tu ramai yang datang rujuk dengan kita. Ibu ayah je yang nampak jatuh bangun ana, sampai result keluar alhamdulillah capai target dekan. Terus bagitahu ibu dalam kereta waktu drive ke sekolah. Ibu menangis sambil kata, ‘ujian-ujian kecil ni Allah bagi sebab ada benda lebih besar Dia nak bagikan..’. Allahuu.. Kalau boleh ana tak nak nampak ana susah depan ibu ayah supaya mereka tak rasa susah hati. Moga ana sentiasa dapat mengukirkan sesuatu yang boleh membahagiakan mereka.

 

Selesai sem 3. Ana kongsikan gambar-gambar sepanjang ana berada di kuliah sepanjang tahun 2019. Tahun 2020, adalah tahun bermulanya kelas di atas talian. Turun naik nilai dalam sebuah kehidupan. Moga Allah angkat wabak ini, dan selamatkan kita semua daripada sebarang musibah yang mendatang. Allahumma ya Rabb…

 


Daftar Masuk UKM Sesi 2018/2019

Tempat Kuliah Sepanjang Cuti Sekolah

Rakan-Rakan Sekuliah 

Study Group Sem 1-3

Geng Cuti Sekolah

Fakulti Pendidikan (Islamic Education)





Catatan Rindu


Rindu…

Yang payah tuk diungkap

Terbenam di hati paling dalam

 

Rindu…

Bicara daripada Bilal

Esok saya akan bertemu kesayangan

Soalan pertama S.Abu Bakar

Bgaimana keadaan Rasulullah saw?

Tangisan sedu si pohon tamar

 

Rindu…

Hati sebu, mulut masih berat mengungkapnya

Air mata hanya mampu jadi luahan

Tulisan merungkai kisah-kisah kehidupan

Apa bukti yang perlu ku tunjukkan?

 

Rindu…

Ada doa-doa yang di untai penghujung malam

Ada lembaran juzuk cinta sebagai peneman

Ada salam selawat buatmu seindah cahaya bulan

 

Rindu…

Rindu padamu

Ya Rasulullah saw…

 

-Debu2Madinah-

10. 10. 2020

Khamis, Disember 19, 2019

#2 Kita Redah Jerr



Bismillahirrahmanirrahim…

“My success is only by Allah” (Qs 11:88)
Alhamdulillah selesai perjumpaan kuliah sem 2. Terima kasih Allah. Untuk sepenggal ini rasa tenang dengan semangat yang sentiasa ditiupkan. Tak dinafikan kadang-kadang ada rasa down bila stuck. Banyak kena taip kena hantar, rehat kejap dengan solat di surau UKM alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Kena banyak minta bantuan daripada Allah. Begitulah. :)

“Be beautiful in everything, your friendship, your love and your manners..”
Allah datangkan geng kita kita redah jer. Buat kerja kumpulan sama-sama. Kak Afiqah Ustazah Sekolah Pahang. Sebelum ni ambil degree Bahasa arab di UPM. Pengantin baru sem dua, Hafizah pula baru tahun lepas graduate di UNISZA dalam bidang Dakwah. Maka bergabunglah kami alumni Dakwah, B.Arab dan Usuluddin. Hamdallah.. Tulis di sini sebab pernah bina memori dengan mereka. :) Kawan-kawan lain cikgu2 dari IPG, Mesir, UKM dan lain-lain. Kebanyakan memang daripada alumni Fakulti Pengajian Islam. Dr. kata semua tawaduk waktu belajar. ^^’

“InsyaAllah buat yang terbaik…Ibu doakan kejayaan buat along dan menjadi anak yang solehah serta menjadi kebanggaan ibu ayah dan adik2. Amin Ya Rabb..” – Meseg Ibu
Sumber tulang belakang kekuatan hamba sepanjang melangkah untuk 2 tahun ini. Alhamdulillah selesai tahun yang pertama. Tinggal lagi setahun untuk survive. Moga Allah panjangkan usia ayah ibu dalam kebaikan. Tanpa doa daripada mereka ana pun tak sekuat ni untuk berjuang. Sebab pernah rasa tanpa mereka masa ibu ayah pergi Haji haritu. Anak first memang sangat-sangat kena strong. Moga ini menjadi salah satu asbab kebahagiaan buat mereka. Ya Rabb… :’)

“Remember the days you prayed for the things you have now. Hamdallah..”
Terima kasih Allah untuk perjalanan sem dua ini. Tengah siapkan lagi beberapa assignments dan final exam awal tahun hadapan. Doakan ana berjaya habiskan misi ini dan dapat bagi hadiah master buat Rasulullah saw sempena Maulidur Rasul tahun depan. Allahumma ameen… :’)

12 Disember 2019
Habis perjumpaan sem 2
Di Perodua Kajang dengan ibu ayah :)



You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "