Selasa, September 16, 2014

Berjalan Sejauh Ini


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, lagi seminggu ana akan menghabiskan silibus terakhir Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia iaitu Latihan Industri di Yayasan Restu. Sekejap rasanya, seperti baru semalam melangkah masuk ke dunia baru ini. Bermula pada 9 Jun hingga 12 September, kini sudah minggu ke 14 kami berempat di sini. Ana, Iqa, Zahra, Yana masing-masing ada cerita tersendiri. :)

Betapa ‘busy’nya keadaan ana untuk 3 bulan yang lalu boleh dibayangkan bila ana langsung tiada kesempatan mencuri masa untuk mengupdate suasana praktikal di situ. Alhamdulillah, ana ditempatkan di Jabatan Ulum dibawah penyeliaan Prof Che Siah yang mesra disapa sebagai umi jawi. Ana ditugaskan sebagai pembantu penyelidik Akademi Jawi. Kemahiran yang banyak ana gunakan ketika ini adalah bahasa arab dan multimedia. Dan pastinya untuk pembentangan terakhir Jumaat ini di hadapan pensyarah dan penyelia adalah projek multimedia untuk program Daurah yang akan berlangsung 19hb-21hb September ini sempena Malaysian Islamic Arts Tourism Souqe.


Pertama kali ana menjejakkan kaki di Kompleks Taman Seni Islam ini, ana jatuh cinta dengan suasana Al-Quran yang diterapkan di dalamnya. Dia Yang Maha Mendengar, memudahkan urusan hambaNya untuk merasai sendiri keunikan di dalamnya. Pengakuan tulus, ana suka bekerja di tempat ini kerana Al-Quran. Kerana cinta ana yang terlalu mendalam pada Al-Quran. Jauh di sudut hati, moga Allah jadikan ana yang daif ini sebagai salah seorang srikandi yang memelihara Al-Quran. Moga Allah izinkan juga diri ini menjadi salah seorang hafizah untuk ayat-ayat suci kalam-Nya suatu hari nanti. :’)


Bila terkenang saat pertama kali bergelar pelajar praktikal, pasti ada pahit manis. Moga ia menjadi ibrah untuk merasai semua ilmu yang telah dipelajari dan diberi oleh-Nya. Tersenyum bila mengingatkan bagaimana terkapai-kapai saat awal di sini. Jauh daripada keluarga. Mengharapkan ihsan dan belas dari orang. Dan ana tahu, berkat daripada doa ibu, ana sudah berjalan sejauh ini. Kadang-kadang air mata jadi peneman di saat kesusahan dan kesempitan. Ada kata2 semangat dari bonda yang menguatkan. Ada ayahanda yang membantu dan memudahkan. Ada sahabat yang setia Dia berikan. Dan pastinya ada Dia di saat susah senang, ceria tawa, tangis duka. Setiap hela nafas.. :)

Jika tiada bahu tempat menyandar, ada lantai untuk bersujud..


Hamdallah, Allah rezekikan kami di sini masing-masing memiliki kereta. Semua yang terjadi pasti ada hikmah. Tersenyum kami berempat. Iqa dengan Viva, Zahra dengan Myvi pink, Yana dengan Saga merah.. Ana, Allah rezekikan dengan kekasih hati En. Purple. Moga ‘buraq’ ini dipandu oleh tuannya kearah kebaikan dan sebagai wasilah untuk terus mencari pahala dan keredhaanNya. Syukran ya Allah. Terima kasih ibu ayah atas kepercayaan yang telah diberikan. :)


InsyaAllah jika tiada aral, ana akan terus sambung bekerja di sini sebagai pembantu penyelidik. Sementara untuk menyambung pelajaran peringkat yang seterusnya. Pencinta ilmu takkan puas untuk mendapatkan ilmu. :) Ana akan terus belajar selama hayat yang ada, insyaAllah. Maka jadilah ana orang Shah Alam untuk sementara waktu. :’)

Ps :
-Kawan2 rumah UITM balik minggu ni ^^,
-Sediakan slide & laporan Latihan Industri
-Program Daurah utk Guru2 JAIS & Pensyarah2 IPG
-Ma’an Najah! ^^

Catatan : 8 September 2014




You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "