Sabtu, Mei 26, 2012

Pemilik Hati



Bismillahirrahmanirrahim..

Kisah hati untuk waktu ini.. mungkin akan berubah mengikut arus peredaran masanya.. mungkin juga akan berubah mengikut ketetapan yang telah ditakdirkan olehNya.. Segalanya mungkin.. kerana kita semua sedang bermain dengan takdir, dan kita semua hanyalah pelakonnya.. namun bila dicongak-congakkan kembali, inilah dinamakan permainan kehidupan..

Usiaku semakin menambah mengikut arah putaran masa.. Bonda yang dahulu senyap bila diajak berbicara soal cinta, kini menjadi muqaddimah setiap kali bercerita.. Diriku yang dahulu kecoh ingin bertanya isi hati bonda tentang siapa ciri2 menantu idamannya, kini hanya duduk diam mendengar hanya bonda sahaja yang berkata2.. Dunia kini terbalik agaknya..

Sahabat kesayanganku, tidak putus2 cuba memadankan untuk diriku.. sangat ku hargai rasa itu.. jujurku, setiap kali dia cuba usaha memperkenalkan, setiap kali itu juga aku bersyukur pada Tuhan.. sebenarnya dialah yg ku rasai kehadiran berbanding yang diperkenalkan.. diriku mula belajar menghargai sebuah persahabatan.. cukuplah dua syarat ku patrikan, agama dan akhlak, ada jodoh moga Allah mudahkan..

Namun, bila melihat kehadapan.. Ada sesuatu jauh dilubuk hati terdalam cubaku luahkan. Ya, diriku masih tidak puas untuk bergelumang cinta sakan dengan ilmu.. Mana mungkin hati tidak tertumpu, padahal cinta itu juga akan kuselitkan bersama bakal solehku suatu hari nanti.. Cuma diriku masih tidak puas merasai, cinta ini telah membuatku gila tercari2..

Andai suatu hari nanti, tepat masanya, tepat waktunya, tepat mencuri hati ayahanda bonda.. akan ku buka ruang hati ini untuk bersama-sama mengejar cinta ilmu yang sebenarnya banyak memperkenalkan cinta Illahi Yang Hakiki.. Moga ketika itu, bila lahirnya para ulama’ akanku siapkan dengan ilmu2 yang telah dipelajari.. Oh, Allah dengarlah isi hati~


Selasa, Mei 22, 2012

Tugasan Sebelum Pulang



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, lega terasa apabila dapat juga siapkan hampir separuh tugasan2 semasa cuti semester kali ini. InsyaAllah, 11hb Jun ana akan sambung semula pengajian untuk semester yang kelima. Pantas ya masa berlalu. Umur juga sudah semakin menginjak belia. Fokus diri dan pemikirin tumpuan sepenuhnya untuk menggali ilmu sebanyak-banyaknya. Apatah lagi ilmu agama, selalu disebut-sebutkan.. semakin dalam kita belajar agama, semakin terasa jahil dan kerdil diri kita. Sementara kudrat yang masih kuat dipinjamkan Illahi, harus terus dahagakan tercari-cari ilmu2 ukhrawi.

Alhamdulillah, sepanjang cuti sem kali ini. Tidak terasa waktu yang berlalu membazir begitu sahaja. Alhamdulillah, Allah izin ana mengikuti program2 yang tidak putus2 sejak April lalu. Banyak pengalaman yang dipelajari dan akhirnya akan mematangkan diri. Dengan izin Allah.. Masih berpegang dengan sebaris ayat2 cinta dari Al-Quran, الخيرات فاستبقو  bersegeralah mengerjakan kebajikan. Moga kita semua memanfaatkan setiap waktu hidup yang diberi untuk terus-menerus menambah amalan dan saham. InsyaAllah..

Oh, ya.. Ini sedikit sebanyak hasil kerja yang baru disiapkan. Walaupun simple dan ringkas, tetapi perasaan lega tugasan berkurang seperti ingin dikongsi bersama semua. (cukup untuk di blog ini sahaja =)) Masih ada baki tugasan lain yang perlu diselesaikan sebenarnya, sebelum pulang ke kampus. Rabbi assir wa la tu’assir..

Salam kasih kerana Allah buat sahabat2 yang masih sudi membaca coretan kecil ini. Moga tidak putus2 Taufiq dan Hidayah Allah buat kita semua, amin2 Ya Allah.. =)

Khamis, Mei 03, 2012

Si Anak Kecil



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sahabat2, Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang oleh-Nya untuk terus bernafas hingga kini. Yang pastinya setiap detik hidup kita sedang dihitung oleh malaikat pencatat untuk menentukan pengakhiran samada ke syurga atau neraka. Ayuh! Jgn biarkan masa anda terbuang. Kejar2, semampu mungkin untuk terus menerus buat kebaikan. Moga neracamu nanti berat dengan apa yang telah engkau usahakan..

Alhamdulillah, cuti sem kali ini ana diberi peluang untuk meneruskan tugas2 kecil yang ana pernah diimpikan sejak dibangku sekolah. Bersama sahabat kesayangan (farhana), kami melaksanakan tugas menjadi fasilitator untuk program kepimpinan pengawas kafa bukit subang. Alhamdulillah, dengan 2 hari bersama-sama adik2 melepaskan rindu ana yang pernah berangan2 ingin menjadi ustazah suatu masa dahulu.

Ana tak berniat untuk bercerita panjang dengan setiap modul yang telah dilaksanakan. Cuma mengambil sedikit ibrah dan berkongsi rasa dengan sahabat2 di alam maya. Program2 seperti ini mengingatkan kembali di zaman sekolah rendah. Ya, modul masih sama.. Cuma generasinya telah bertukar. Ana perhatikan anak2 kecil ini hati mereka terlalu tulus, pergerakan mereka menjujurkan diri mereka apa adanya. Benarlah kata, mereka hanya sehelai kain putih kita yang dewasa ini akan mencorakkannya.

Ana perhatikan sedalam2 lagi, anak2 kecil ini mereka sentiasa meminta perhatian. Dan kita seharusnya tidak bosan melayan karenah mereka, kerana disitu ada sesuatu yang mereka pelajari dari setiap perbuatan kita. Pasti ada tangisan, gurauan sahabat terkasar mungkin.. datang mengadu pada kita. Senyum dan katakanlah positif pada mereka, bagi semangat, bagi galakan, akhirnya mereka sendiri kembali kepada kumpulan untuk meneruskan semangat setiakawan. Usah meninggi suara, bimbang mereka semakin jauh diri, entah apa yang nanti mereka dapat pelajari, yang ada hanyalah perasaan geram tidak puas hati..

“Kak, malam ni tidur dengan saya ya.. saya takut..” ana tersenyum. “Kak, dia tak ambil wuduk dia tak solat lagi..” tersenyum lagi. “Kak, saya taknak kawan dengan dia lagi”.. Ah adik2ku, kalian pasti berbeza latarnya, perangainya, peribadinya.. Tapi, yang akak nampak sama bagi kalian. Kalian semua adalah bakal2 generasi penegak islam masa hadapan, hati berbisik..

“Jangan takut, takut hanya untuk??? Allah.. pandai, cepat tangkap belajar dari modul yang dibagi tadi..=) adik tidur dulu, nanti akak kemudian” Esoknya.. “akak tak tidur dengan saya malam tadi?” tersenyum.. “Eh, adik dah tak takut lagi.. adik berani lah, tengok malam tadi adik tidur tanpa akak, kiranya adik dah jadi seorang yang berani.” Seketika, si kecil tersenyum puas.. Kadangkala, mereka perlukan pujian untuk menjadikan mereka percaya dan yakin pada diri sendiri..

Seketika riuh di tempat wuduk, masing2 mem’booo’.. salah seorang sahabat mereka yang tidak mau mengambil wuduk bersama. “Kak, dia tak ambil wuduk dia tak solat” mata2 semua memandang ke arahnya. Pandangan sinis. “Ok, takpe2.. semua ambil wuduk dah siap2 terus masuk saff solat. Imam dah nak mula tu..” masing2 berlari-lari anak menuju ke ruang solat. Ana sempat menahan salah seorang dari mereka. “Adik, tolong panggilkan adik yang belum wuduk tadi akak nak jumpa.” Dalam beberapa minit, seorang gadis kecil mulus dengan mata yang berbinar seyum suram kini dihadapan ana. Mungkin malu di’boooo’ sahabat2 sebentar tadi mungkin. “Adik, dah ambil wuduk? Solat tak sah kalau tak ambil wuduk..” ana bertanya dengan nada memujuk. Dia mengangguk lemah. Lantas masing2 menuju ke ruang solat untuk zohor berjemaah. Keluar daripada dewan program, adik kecil itu berdiri di hadapan pintu.. “Eh, kenapa adik tak jalan dengan kawan2 pergi makan?” “Adik tunggu kakak, nak pergi sama2..” Lantas tangannya memegang sama tanganku beriringan sama. Terkesima seketika ana, terdetik hati.. Sesuatu yang ana pelajari, bila anak2 sedang melakukan kesilapan jangan dimarahi hadapan kawan2. Bimbang air muka jatuh, pasti akan diingati sehingga mereka dewasa dan mungkin boleh membuahkan dendam. Tegurlah dengan berhemah, pasti mereka memahaminya bila mengetahui kesilapan yang telah mereka sendiri lakukan.

Explore Race penambah ceria program anak2 pimpinan sekolah ini. Tiba2, seorang gadis kecil dengan mata merah berair2 terus menuju kearahku dan sahabatku fana. Tangisan akibat dimarahi sahabat2 ketika di dalam kumpulan. Ana terseyum.. Lihatlah, adat si kecil yang sememangnya fitrah inginkan perhatian. Cukup hanya mendengar luahan mereka, terus bagi galakan, sokongan, tanpa ada sedikitpun mengeluarkan kata cacian apatah lagi dimarah2kan. Akhirnya akur, kawan tetap kawan tugas explorace harus diselesaikan. Dan itulah kerjasama.. =)

Alhamdulillah, 2 hari yang diberikan selesai sempurna. Jujur ana katakan, melayan karenah semuanya terkadang memenatkan namun melihat kesungguhan dan akhlak dipelajari dari program dan dipamerkan menghilangkan segala kepenatan, malah seakan menghadiahkan ana sebuah senyuman. (Terkadang terfikir, bagaimana pula ibu ayah yang pasti keletihan melayan karenah anak2 mereka ‘yang pastinya lebih dari 2 hari’ dan pastinya tersenyum hilang kepenatan melihat anak2 mereka menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.)

Sedikit pesanan terakhir daripada ketua fasilitator (bang cik) kepada adik2 sempat ana catit buat renungan bersama..

“Jangan sesekali tinggal solat,
Jangan sombong dengan orang,
Selamatlah dunia akhirat..”

-29April’12, Lembah Bestari Ulu Yam-

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "