Rabu, Mac 27, 2013

Kau Rasa Apa?


Kau rasa apa
Bila saat orang yang kau sayangi
Bila saat orang yang kau percayai
Mula memungkiri janji
Mula berubah hati
Jauh dari pautan Illahi

Kau rasa apa
Saat orang yang kau sayangi
Melakukan perkara yang mengundang murka Illahi
Engkau mula menjerit memarahi
Kerana kasihnya engkau padanya
Aku tak mahu dirimu diseret ke neraka

Kau rasa apa
Bila Tuhan mula membongkari
Satu persatu persoalan yang bermain di hati
Engkau masih tetap tak percaya
Kerna kepercayaan kau masih padanya
Sampai suatu saat
Perkara itu benar berlaku di depan mata

Kau rasa apa
Bila orang yang kau kasihi
Menikam terus menerus dari belakang
Kau diam kerana kasihmu yang entah apa
Kau tetap diam seribu bahasa
Sedang bahang dari langit seperti murka
Melihat kau hanya diam
Tanpa cuba mengubah apa yang dirasa

.....................

Kau tahu ..
Yang sebenarnya
aku rasa apa?

Badanku menggigil
Hatiku seperti sebawah-bawahnya
Kecewa datang menerpa-nerpa
Saat semuanya berlaku di depan mata
Kerana kasih yang entah apa

Tangisan kelemahan berlagu hiba
Menangis kerna aku masih di tahap
Melaksanakan dakwah selemah-lemah iman
Ya, selemah-lemah iman..

Rasulullah s.a.w. :
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati. Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman."
(Hadith Riwayat Muslim)



Rabu, Mac 13, 2013

Kelas Yang Terakhir


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, akhirnya hari ini berakhir sudah kelas untuk sem kali ini. Teruja melangkah sebagai mahasiswa tahun akhir akan datang. Setelah berkampung lamanya 4 tahun di kampus ini. Banyak pelajaran yang telah diteguk dari ustaz ustazah yang tak pernah jemu untuk membentuk generasi masa hadapan. Alhamdulillah..

Kelas terakhir bersama ketua jabatan, banyak nasihat yang telah diberikan kepada kami si pendahaga ilmu. ‘Mulai saat ini, kamu semua boleh mulakan latihan ilmiah masing-masing. Yang membuat thesis boleh mula mencari bahan-bahan. Yang praktikal boleh meninjau-ninjau tempat dan keadaan.’ ‘Kalian boleh mengintai juga peluang untuk menyambung pelajaran di mana-mana selepas ini. Kemudahan di depan mata, gunakan sebaiknya. Sambung lagi ke peringkat yang lebih tinggi.’ Setiap kali kelas ini, aku kagum dengan tiap patah butir bicaranya. Memperlihatkan diri sebagai ahli akademik yang sangat professional. Rasa mahu pinjam sahaja pemikiran2 dan idea2nya yang hebat, di bawa kemana-mana sahaja. Bisakah? =)

Sebelum kelas dimulakan, kami dipertontonkan sebuah video yang unik memperkenalkan tokoh-tokoh Islam di mata dunia. ‘Hebat, mereka telah mampu mengubah dunia dengan idea2 kritis mereka tanpa melanggar batasan agama. Tempat kalian di mana pula?’ Sekali lagi, cabaran diberikan agar anak didiknya sentiasa bergerak ke hadapan.

Aku mula menghafal sejarah tokoh-tokoh Islam dahulu kala, ada khalifah, saintis, penulis, ahli patriots, jeneral, penakluk, pengasas mazhab, pengkaji dan lain-lain. Semuanya memiliki kelebihan masing-masing, mereka bermula sebagai pencari ilmu yang hebat. Bermusafir, punya guru-guru sheikh yang hebat sehingga mereka terbentuk menjadi seorang yang lebih hebat. Tamadun Islam dahulu terkenal dengan tokoh-tokohnya yang tinggi pemikiran, falsafah, dan sebagainya. Namun asas utamanya adalah ilmu.. Mereka mampu membuat kitab-kitab besar untuk ummat, menghafal beribu-ribu hadith, mengkaji strategi-strategi untuk memenangkan Islam bertahun lamanya, ada yang hampir 40 tahun mengkaji hadith itu sahih atau palsu untuk dimasukkan dalam kitab. Ah, aku jadi malu dengan diri sendiri, perbezaannya seperti 7 petala langit 7 petala bumi. Hampir keseluruhan tokoh-tokoh  yang aku pelajari sudah tamat menghafaz Al-Quran seusia awal kanak-kanak lagi.

Ustaz pesan lagi, ‘Kalian semua sedang meniti jalan ke syurga. Jangan cuba kotori dengan benda yang tak sepatutnya.’ Merujuk kepada hadith Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga.” (HR Abu Daud).

Ku catat bicara ustaz di nota buku, ‘Usahakan dari sekarang, keluarkan duit saku untuk membeli sebuah buku untuk setiap bulan. Mungkin kalian tidak membacanya sekarang, namun suatu hari nanti bila kalian tua dan bersara ada kitab-kitab yang bisa meneman kalian..’ ‘Kuasai ilmu-ilmu bahasa, menjelajahlah ke seluruh dunia, peradaban, hikmah kamu akan temui di sana.. Usahakanlah! Ustaz mungkin sedang membantu kalian, tapi ustaz berharap suatu hari nanti kalian nanti lebih hebat daripada ustaz!’ Aku terpana..

Antara pesanan yang ku semat terus kunci dalam hati, bila ustaz berkata, ‘Di dunia ini tiada orang yang bodoh, yang ada cuma orang yang malas berusaha.’ Ya, akan ku ulang-ulang ayat ini bila kantuk datang menyerang semasa belajar. =) Usaha! Usai kelas, kami beransur pulang ke mahallah. Dalam perjalanan itu, sahabatku berbicara, ‘Rasa puas bila kita berpenat-lelah sebab untuk menuntut ilmu..’ Aku senyum. Ku akui, hatiku juga rasa puas bila rasa stress belajar itu mendatang, bersengkang mata menyiapkan segala projek dan tugasan, berpeluh-peluh berkejar-kejaran berjumpa lecturer atau ke kuliah, sampai aku rasa dekat diri untuk memohon semua pertolongan ini kepada Tuhan.. Untuk semua rasa itu, buktinya aku sedang berusaha. Bila semuanya berakhir, ianya rasa manis seperti gula.. =)

InsyaAllah, esok adalah final presentation fyp1 di hadapan lecturer2. Moga Allah mudahkan urusanku dan sahabat2. Banyak lagi perkara yang perlu aku perjuangkan,  banyak lagi ilmu yang perlu aku timbakan, dan banyak lagi kisah kehidupan yang sedaya-upaya aku cuba corakkan. Mohon doanya teman2. Moga sampai hayat dan mataku tertutup, aku tak pernah lelah mencari ilmu dan cinta Tuhan. Biiznillah~


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "