Ahad, Jun 02, 2019

Ummu Salamah Part 2











Ummu Salamah’s Family Day
3 – 4 Februari 2018
Ancasa Residence Hotel, Port Dickson

Ummu Salamah Part 1




Bismillahirrahmanirrahim….

Nenda semakin uzur. Banyak yang ana pelajari ketika bonda bertungkus-lumus menjaga nenda dengan penuh kasih sayang. Tangisan bonda sentiasa kedengaran meminta kasih dari Tuhan agar nenda sihat seperti sedia kala. Kadang-kadang perkara ini buat ana terfikir, mampukah ana nanti menjaga bonda & ayah bagai menatang minyak yang penuh ketika mereka berusia suatu hari nanti. Pakcik sampai mengeluarkan duit beribu untuk membeli katil yang memudahkan pergerakan nenda. Makcik setiap petang akan singgah mengurut-ngurut kecil nenda sambil membawa pelbagai juadah untuk menyelarakan nenda. Cucu-cicit yang kecil hadir pula hampir setiap minggu menyapa nenda. Senyuman nenda terukir, barangkali itulah kekuatan nenda untuk bangkit kembali dari pembaringan walaupun dalam keadaan lemah. :)

Untuk kesekian kalinya, kami berusaha membuat nenda bangkit dari pembaringan. MasyaAllah, kami bergilir-gilir mendukung nenda. Si gadis bertukar-tukar tangan menolak membawa ‘wheelchair’ nenda bersiar-siar. Cucu-cicit nenda sibuk mengira butir-butir pasir di tepi pantai. Senyuman terukir di wajah semua. Kenangan indah yang kita cipta dan pasti dikenang selamanya. Sungguh, senyuman & wajah gembira nenda amat mahal ketika ini. :)

Moga Allah sungguh-sungguh kasihkan mereka. Menyihatkan mereka yang sedang sakit. Memberi senyuman kepada mereka yang sedang merawat luka. Mengembalikan ketenangan untuk mereka yang penat bekerja. Menghadiahkan kebahagiaan buat mereka yang sedang berusaha membahagiakan hati ibu bapanya. Moga Allah golongkan kami termasuk anak-anak yang berbakti kepada orang tuanya. Terima kasih ya Allah atas kesemuanya. :)

#1 Kita Redah Jerr

*bila cikgu-cikgu satu Malaysia berkumpul :)


Bismillahirrahmanirrahim…

“Kenapa enti tukar kerja di Bangi?” “Sebab nak sambung belajar..” Soalan sahabat ana 5 tahun yang lalu waktu ana baru pindah menetap di Bangi. Tahun pertama sebagai pekerja kontrak di sekolah, gaji memang cukup-cukup untuk kehidupan seharian selain tanggungan kereta, rumah sewa, bayaran balik pendidikan dan lain-lain. Setahun percubaan sama ada dapat tawaran tetap, setahun pengajian juga berjaya dihabiskan. Memang ikat perut, tahun tersebut first time tak beli baran-barang raya. Kelas penuh setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad. Waktu ni keletah anak-anak syurga sahaja yang dapat menghiburkan hati seorang guru dalam masa yang sama seorang pelajar.

Tahun kedua bendera putih diangkat, kali ini betul-betul tak cukup kewangan untuk bayaran yuran belajar sem 3. Menyepi sendiri. Kalau boleh tidak mahu buat pinjaman lagi, cukuplah untuk hutang-hutang yang masih belum habis dilunasi. Takut roh tergantung di langit esok nanti. Namun perkataan ana datang ke Bangi sebab nak sambung belajar masih bermain di fikiran. Mungkin sudah berazam. Harus dilunasi, biidznillah...

Surah al-Fath dibuka. Setiap kali habis tilawah ayat pembuka 1 hingga 5 ini diulang-ulang baca. Tuhan, bukakan pintu dan mudahkanlah hamba untuk sambung belajar. 5 tahun yang lalu, kini Allah izin semula menjejaki apa yang hilang. Dengan pengalaman dan kesalahan yang pernah dilakukan, ana cuba kembali untuk bangun menebus semula perjanjian yang hilang. Allah ya Rabb.. Kali ini betul-betul rasa Allah ada bantu kita. Proses memohon juga Allah mudahkan, waktu kita hilang semangat Allah yang tiupkan, waktu kita kehilangan punca Allah yang hiburkan.. Baiknya Allah.. :’)

Tukar posisi dari bidang Usuluddin ke bidang Pendidikan (Islamic Education). Cuba sedaya upaya kawal mental dan fizikal. Masalah yuran Allah hiburkan dengan ayatNya, “Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..“ (Qs At-Taubah : 111). Waktu penat, berkorban sehari suntuk tak tidur malam, tertekan hantar tugasan dengan masa yang singkat, kesabaran Allah tiupkan dengan ayatNya, “ Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..“(Qs Al-Baqarah : 286). Sungguh, bila kita bulatkan sepenuhnya kerana Allah, Allah sendiri yang turunkan bantuan-bantuan. Biar pengorbanan dan jihad ilmu ini sebagai wasilah hambaNya yang sedang mencari redha dan wajah Tuhan.

Hamdallah, ana coretkan tulisan ini buat kenangan tentang dekatnya pertolongan Tuhan. Doakan ana berjaya habiskan yang berbaki lagi 3 sem. Ayat tiup semangat diri yang sering berlegar ialah dunia untuk diurus bukan untuk dirungsingkan. Takut-takut kalau buat salah lagi dalam pembelajaran, bagitahu diri hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja yang tiada kesalahan. Master, kita redah jerr...! :)


25 Mei 2019 (Birthday dalam kelas)
Habis perjumpaan sem 1 :)
Terima kasih ya Allah…




You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "