Isnin, Oktober 29, 2012

Part 1 : Kursus Kahwin


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, selesai sudah ana mengikuti kursus pembangunan keluarga a.k.a kursus kahwin untuk kali ini. Banyak ilmu yang telah diserap masuk hasil daripada 13 kuliah yang dibentangkan oleh ustaz dan ustazah yang sangat- sangat awesome! Seperti biasa, ana suka untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat tentang ilmu keluarga dalam Islam, supaya kita dapat praktikkannya bersama-sama. Sebelum itu, ana mohon ribuan ampun dan maaf kerana selalu post entri tentang bab kahwin, namun hakikatnya empunya diri mengakui memang cenderung kearah bidang kekeluargaan. Nota-nota kecil disisipkan buatmu teman, moga membantu insyaAllah.. 

Kuliah 1 : Pengurusan masa & kewangan
Introduction yang disampaikan oleh En.Mokhtar, telah menggerakkan sel-sel otak ana untuk memikirkannya. Betul juga! Tatkala Nabi Adam a.s dan juga Hawa diturunkan ke bumi mereka telah terpisah. Namun, Allah telah menggerakkan hati Nabi Adam a.s untuk ke Padang Arafah, dan akhirnya terjumpa Hawa. Ibrahnya, Allah yang bagi jodoh untuk kita dengan menggerakkan hati. Tetapi kita tidak boleh duduk diam berpeluk tubuh, perlu usaha. 
Menyentuh tentang makhluk Allah iaitu masa, masa yang paling berharga manusia adalah ketika usia muda, kudrat dan tenaga yang diberi Allah kuat ketika waktu ini. ‘Apa yang telah kamu lakukan ketika usia mudamu?’ Salah satu soalan bocor yang akan ditanya Allah pada Hari Akhirat kelak. Moga ketika ini syabab-syabab Islam boleh menjawab dengan berkat pencarian ilmu dan amal-amal soleh yang telah mereka laksanakan fastabiqul khairat. Jadi jangan lepaskan usia ketika ini (terutamanya waktu bujang, masih belum banyak tanggungjawab dipikul .)
Garisan panjang dipaparkan, ------------------------------------> “lihat, itulah perjalanan manusia. Setitik dakwat daripada garisan itu adalah ketika kamu semua hidup di dunia, yang selebihnya adalah perjalanan di Hari Akhirat yang menjangkau beratus, juta, billion, tahun ketika di Padang Mahsyar. Bergantung amalan yang telah kamu lakukan ketika di dunia.” Oh, terkedu ana! Rasa macam terus hilang fokus tentang kahwin. “Bekal garisan panjang itu hanya ilmu yang bermanfaat, sedekah di dunia dan doa-doa anak yang soleh (oh, kena kahwin juga kan .)” kata penceramah dengan panjang lebar.
Allah Ar-Razak.. Kekayaan, kewangan, dan rezeki semuanya daripada Allah s.w.t Yang Maha Pemurah. Tapi kemana hendak kita belanjakan? Sedangkan harta-harta pinjaman ini turut dihisab oleh Allah ketika di Padang Mahsyar. Mengurus kewangan juga memerlukan perancangan Pertama, salurkanlah ia sebagai sumbangan untuk pembangunan ummah. Kedua, beli rumah yang selesa untuk membina keluarga acuan Islam. Ketiga, mudah urusan untuk menjalani perkahwinan dengan si soleh atau solehah pilihan. Keempat, menyediakan pendidikan anak-anak untuk masa akan datang (simpan tabungan anak bermula sejak dalam kandungan lagi) dll.. 
“Kahwin tolong jangan berhutang!” ujar penceramah. “Ambil berkat, kalau boleh duit hantaran semua guna duit sendiri, sebolehnya jangan diusik duit ibu ayah, tanda permulaan kamu bersungguh-sungguh untuk memulakan hidup berdikari bersama pasangan.”


Kuliah 2 : Barakah dan rahmah sebuah perkahwinan
“Jangan dirisau tentang jodohmu, suatu hari nanti waktu itu tetap akan datang jua..” =)
Kalau nak tahu tanda sebuah perkahwinan itu barakah ialah hidup mereka tenang, tiada masalah yang timbul dalam hubungan keluarga, amal kebajikan dan juga ibadah semakin bertambah. Itulah barakah. Ustaz juga sempat bercerita kisahnya, yang so sweet.. Waktu ustaz nak bernikah dulu, ayah ustaz cabar supaya baca nikah khutbah sendiri. Huhu, ustaz yang gentleman pun menyahut seruan itu dan semasa hari tersebut telah tercipta sejarah bahawa pengantin lelaki telah membaca khutbah nikah. Dengan gementarnya ustaz baca dan Alhamdulillah sebenarnya bila pengantin lelaki sendiri yang membaca khutbah, kata-kata itu lebih berkesan kepadanya sendiri berbanding jika orang lain yang membacakannya. =)
Ustaz berpesan lagi, “Para isteri, ingat.. Isteri selalu kata bahawa suami yang bagi makan. Bukan.. Tolong perbetulkan akidah kita semula. Yang bagi makan kita selama ini hanya Allah. Allah yang bagi rezeki, suami yang beri nafkah kepada kita hanyalah sebagai wasilah daripada Allah. Allah itu Maha Halus, Dia jauh lebih cemburu jika kita percaya sebegitu!”
Keberkatan dan rahmah akan hadir bila kita berpegang dengan syariat Islam. Suami isteri saling ingat mengingatkan. Suami isteri beribadah bersama-sama. Pakat solat tahajud bersama-sama. Saling bahagia-membahagiakan walaupun dengan hanya senyuman sepanjang bersama. Yang paling penting, masing-masing dapat laksanakan tanggungjawab bersama dan hasilnya adalah bahagia.

Kuliah 3 : Pengurusan Dan Kesihatan Diri Dan Keluarga
“Kepada bakal-bakal suami, jangan merokok!” bicara pensyarah kejuruwatan tersebut. Kesihatan sangat penting sebab kesannya besar dalam kehidupan. Jom kita lihat, kalau sakit berjangkit bagaimana merebak? : individu > keluarga > masyarakat > Negara.  “Jadi, mulai sekarang jaga kesihatan diri, buat medical check up di klinik yang berdekatan” ujarnya panjang lebar.
Ujian pra perkahwinan akan check sama ada individu ada penyakit HIV, penyakit kelamin (STD), dan Talasemia. Penyakit HIV tidak semestinya berjangkit dari sesebuah hubungan, boleh jadi ketika selamatkan orang dalam kemalangan (darah mereka meresap ke dalam cell kita) atau masuk campuran darah daripada hospital ketika situasi-situasi yang tidak diingini berlaku. Penyakit STD yang pastinya daripada hubungan seksual dan Talasemia adalah penyakit keturunan yang bakal memberi kesan kepada zuriat. Sebab itu pentingnya ujian ini dilaksanakan, sebagai langkah awal pencegahan. =)
Bicara pensyarah itu lagi, “Kajilah cara pemakanan Rasulullah saw, baginda lah sebaik-baik contoh. Setiap yang dilaksanakan oleh baginda, telah dikaji dalam bentuk sains dan ianya tidak dapat dinafikan kehebatannya daripada perspektif kesihatan. Rasulullah saw tidak pernah tinggal minum susu (kalsium). Makan buah sebelum makanan ruji (pencuci mulut). Tidak makan berdiri dan berjalan (Penghadaman dan adab). Kurma dan lain-lain. Ikutlah cara baginda..”
“Diet yang sempurna ialah makan dalam satu mangkuk (contoh semangkuk nasi lemak yang selalu dijual). Kemudian, breakfast waktunya lepas Subuh, Lunch waktunya Zuhur, Dinner sebelum Maghrib. Kurangkan pengambilan lemak. Sate pula, jangan makan bahagian terbakar sebab boleh activate cell dan boleh buat kanser. Kalau nak makan, letakkan sekali timun dan bawang sebab boleh cover semula dan buangkan toksid tersebut. Rajin cuci tangan, kerana tangan paling banyak kuman dan bacteria duduki dan menyebabkan jangkitan.”


Masuk bab ibu-ibu mengandung pula. Wanita selalunya akan mengandung 9 bulan 10 hari. Untuk tempoh pertama, suami kena banyak-banyak bersabar ikut karenah isteri apabila mengidam. Sebab yang nak sebenarnya baby tu, isteri tak bersalah, huhu.. ^^ Waktu ini pertukaran hormon berlangsung kepada wanita, dan pelbagai aksi dan emosi akan ditonjolkan oleh si isteri, jadi si suami hanya perlu banyakkan bersabar sahaja. =) Para isteri tidak digalakkan melakukan aktiviti lasak dan jagalah makanan. Kerana waktu ini, si baby sedang tumbuhnya jasad.
Hadirnya baby ke dunia, para ibu kena susukan sampai 6 bulan tetapi afdhalnya 2 tahun ikut sunnah Rasulullah saw yang pasti ada hikmahnya. Mengikut kajian, jarak 2 tahun menyusu adalah sebagai salah satu cara perancangan mengandung. Kerana semasa proses bersalin, banyak urat-urat wanita telah putus. Maka kajian telah dijalankan dan mengakui wanita memerlukan 2 tahun untuk kembali baik semula seperti sediakala. =)

To be continued..

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "