Isnin, Julai 11, 2016

Sejenis Rindu


Bismillahirrahmanirrahim...

Sejenis rindu yang terpendam. Yang kekal dalam memori ingatan.

Hari ini last terawih. Menandakan esok hari terakhir berpuasa. Cuba muhasabah diri. Apa yang ana dah dapat sepanjang bulan tarbiyah ini. Renung dalam2. Masih x jumpa sesuatu. Terasa kosong. Allah.. Hati memujuk biarlah kali ini lebih bererti. Rasa ingin lebih berlama-lama lagi dengan bulan barakah ini. Sekian kali, cuba renung kembali. Hambar.. Allahuakbar! Hati perlu dibersihkan kembali. Doa istigfar diucap beberapa kali. Paling kurang biarlah ini yang diterima Illahi.. Bisik hati.

"Allahumma innaka tuhibbu 'afuwun tuhibbul 'afwa fa' fu anni"

Entah angin apa yang datang menyapa. Terlintas satu perkataan dalam hati. Ninau. Tiba2 juga air mata menitis dengan laju. Sejenis rindu. Tanpa suara. Yang kedengaran hanya lantunan ayat2 suci daripada imam terawih. Mengaku tidak khusyuk. 8 rakaat itu ana habiskan dengan deraian air mata. Imbauan memori bersamanya segar bermain2 di kotak pemikiran. Ya Allah, sejenis rindu yang x mampu untuk diungkapkan..

Masih ingat lagi. Tiap kali ayah pulang ke kampung. Anak kecil ini akan berlari terus mendapatkannya. Dengan selendang putihnya sentiasa ada di kepala. Terus memeluk si kecil ini. Senyumannya cukup manis.

Masih ingat lagi. Tasbih besar yang menjadi penemannya. Butir-butir itu sentiasa bergerak di hujung jari. Sambil si kecil ini duduk di atas riba. Memangku di hamparan tikar sejadah. Menghadap kiblat sambil berdoa. Si kecil ini telus memerhati gerak-gerinya. Serba putih.

Masih ingat lagi, betapa kuatnya ninau walaupun umur hampir ke usia senja. Kakinya melangkah jauh menuju rumah si kecil ini. Turun naik bas. Berjalan kaki hampir 1km semata2 ingin bertemu anaknya & cucu si kecil ini. Terinspirasi.. :')

Sungguh si kecil itu tidak mengerti apa2. Hanya memori yang terakam indah detik2 bersama bahagia. Ninau tahu, asbab itu juga cucu mu ini cuba menjadi terbaik di hadapan anak2 syurga. Kerana mereka akan membesar dengan memori yang tercipta.

Sejenis rindu. Air mata gugur lagi. Sama seperti Ramadhan yang akan berlalu pergi. Ninau tahu. Seminggu sebelum ninau pergi menghadap Illahi. Kedengaran bacaan yaasin berulang2 di kedua-dua telinga ini. Jauh di sudut hati cuba menafi. InsyaAllah, Tuhan akan memanjangkan usia kesayangan hati.

Masih ingat lagi. Kali terakhir kita bersama. Ninau sakit tenat. Keluarga seakan2 cuba meredhai qada' dan qadar ketetapan Illahi. Kami bergilir-gilir memeluk ninau. Sampai giliran cucumu ini. Sebut memperkenalkan diri. Ini along, cucu ninau.. Ku kucup dahi & pipi. Ninau terus paling muka. Takde suara. Along nampak ninau menangis mengalirkan air mata..

Siapa tahu itu hari yang terakhir. Ninau tahu. Masa terakhir jenazah dikafankan. Along xpernah tengok muka ayah merah menangis. Lepas ayah, giliran along pula. Along kucup ninau macam haritu. Along terus paling muka. Menangis.. Ya, kali ini along pula yang menangis..

Sejenis rindu. Yang tak akan di lupakan sampai bila2. Setiap kali ada bacaan yaasin, along x pernah lupa hadiahkan untuk ninau. Hampir bertahun juga ninau ada dalam mimpi along. Bersalaman, berpelukan, kita menangis bersama-sama. Hehe.. Selalu lepas bangun dari mimpi along mesti kesat air mata yang berbaki. Lepas tu sambung nangis sebab tahu yang tu hanya mimpi. Sejenis rindu yang tak terungkapkan.

Dah hampir 11 tahun berlalu. Akan terus kekal memori bersama. Ramadhan akan berakhir tiba. Moga Allah temukan lagi untuk tahun seterusnya. Terus menanti seperti Allah temukan kita sekeluarga nanti di syurga.

Doa imam terawih menyedarkan separuh pemikiran. Suaranya sedikit serak sebak mendoakan akan bertemu semula Ramadhan yang seterusnya. Tahlil juga turut dibacakan. Dalam banyak2 nama arwah, ada terselit satu nama yang amat ana kenal. Khadijah binti Idris. Ninau. Kesat air mata..

Tersenyum.. :')



You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "