Jumaat, Januari 28, 2011

Permata Keluarga



Allahuakbar!!
Takbir mula bergema..
Lafaz syahdu seorang ayah
Kepadamu permata hati

Air mata seorang ibu
Menutupi kesakitan yang sedang dialami
Tersenyum melihat merah pipimu
Jari halusmu disentuh
Sebuah kebahagiaan yang tak terucap lagi

Si kakak tersungkur sujud
Resah penantian tarungan nyawa oleh si ibu
Hanya keranamu permata
Lafaz Alhamdulillah menghilangkan keresahan
Terima kasih Ya Allah doa kakak dimakbulkan

Permata hati
Kehadiranmu disambut dengan kasih sayang
Menceriakan hari-hari yang suram
Bahagialah dirimu sayang
Pedihkanlah hati-hati syaitan
Asahkanlah pedangmu dengan ayat-ayat Al-Quran
Kerana dirimu akan menjadi  seorang pahlawan
Membunuh semua musuh-musuh agama
Lantas meletakkan kembali Islam ke tempatnya..

Allah..
Allahuakbar..
Telah lahir lagi seorang ulama..

1.30 pm (28 January 2010)

Sabtu, Januari 15, 2011

Tentang Cinta Dan Al-Quran



Assalamualaikun sahabat..
Apa khabar imanmu pada pagi ini? Alhamdulillah, genggamkanlah nama Allah letakkanlah kemas di dalam hati. Semakin banyak ujian Allah yang diberi, mentarbiahkan diri ini kembali. Moga kaki ini kuat meneruskan langkah-langkah menuju destinasi syurgawi. Walaupun mengetahui hakikat syurga Allah amat terlalu mahal sekali. Apatah lagi ditambah dosa-dosa yang mungkin tidak disedari. Akhirnya memakan diri kembali. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah. Kami tak sanggup jatuh dilembah yang paling mengerikan itu. Kami takut semua azab-azabMu. Ampunilah kami. Sesungguhnya kami umat yang mudah alpa dengan janji-janjiMu..

Alhamdulillah, asif sahabat.. Tidak banyak Firah dapat kongsikan saat ini. Walaupun aktiviti-aktiviti ilmu banyak berlaku pada minggu ini. Antaranya, Keajaiban susunan ayat Al-Quran iaitu science dan mathematics menurut kaedahnya. Sahabat akan mendapati mukjizat dan kebesaran Allah apabila mendengar ceramah ini. Sesiapa yang mendengar ceramah tersebut pasti terpukau dengan penemuan kajian-kajian di dalam mashaf Agung itu. Subhanallah, sahabat.. Hebat..  Masyallah, gembira mendengar khabar berita dari ustazah tersayang tentang ramainya umat manusia memeluk islam setelah mengkaji Al-Quran pada masa kini. Alhamdulillah, moga ia memberi semangat untuk kita pula mengkaji sendiri tentang keajaiban Al-Quran.

Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan - perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.” (Al-Hasyr:21)

Bertungkus-lumus menyiapkan assignment Tauhid Saintifik. Membincangkan kepincangan masyarakat kini kerana tidak meyakini adanya hari akhirat. Benarkah? Mudahkanlah urusan Firah Ya Allah..

 Alhamdulillah, malam berikutnya diadakan diskusi ilmu keagungan cinta. Ahli panel terdiri daripada Ustazah tersayang, Ustazah Saadah, Ustaz Zubir dan Ustaz Don Daniyel. Dikendalikan oleh mantan presiden MPM saudara Izad.  Diskusi bermula apabila ustazah menceritakan kembali kejadian manusia di dalam surah Al-Mu’minun ayat 14. Satu kesimpulan yang menarik dibuat oleh mantan presiden, “Menunjukkan bahawa Al-Quran mukjizat Yang Agung. Jika difikirkan kembali, bagaimana ayat Al-Quran itu yang diturunkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w  menceritakan kembali proses kejadian manusia yang hanya dapat diketahui oleh manusia zaman kini melalui sains dan teknologi. Jelas Al-Quran sememangnya diturunkan oleh Allah Yang Maha Besar.” Subhanallah..

Sahabat ingin mencari Cinta Agung itu? Ada. Carilah melalui buku manual manusia iaitu Al-Quran Al-Karim. Jelas, jika laptop yang baru dibeli ada buku manualnya, kereta besar yang dibeli ada buku manualnya, peti ais juga ada buku manualnya. Sudahkah kita melihat buku manual untuk manusia yang disediakan oleh Allah Taala. Masyallah.. Sahabat, insyallah ketika mengkaji buku manual ini, kita akan dapati keagungan cinta itu. Semua dengan izinNya.

Ustaz Zubir mula mengatur bicara. Kenalilah Allah di waktu lapang. Sebaris ayat yang akan Firah pegang selama hayat hidup ini. Insyallah. Cinta. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, baginda sangat takut kerana baginda mengetahui adanya satu zaman iaitu umatnya akan terlalu cintakan dunia dan takutkan kematian. Terfikir sejenak, adakah zaman yang dimaksudkan itu sebenarnya sedang berlaku? Lalahaillallah, masih terlalu kerdil dihadapanMu kini.

 “Ustaz, kalau boleh ustaz terangkan pula bagaimana keadaan cinta dikalangan siswa pula?” permintaan dari seorang siswa yang mengikuti diskusi ilmu ini. Ustaz Don yang pernah mengajar hafazan Firah pada semester lepas pula mengambil giliran. Sila reserve kan cinta anda ketika masih belajar. Menarik.. Ustazah disebelah mula menambah, cinta atau jodoh akan datang sendiri tidak perlu dicari. Subhanallah, sangat menarik.. Ustaz tahu gelora jiwa muda-mudi kini. Itu adalah fitrah manusia yang telah dijadikan Allah s.w.t untuk hamba-hambaNya. Fitrah itu diciptakan untuk menyambung keturunan manusia. Jadi saat ini kepada mahasiwa, apa yang perlu anda lakukan adalah laksanakan tugas cinta itu. Dengan mencari ilmu. Ustaz nak tanya, kamu nak kahwin-kahwin ni dah ada ilmu ke? Soalan paling simple. Ada ilmu mengurus jenazah? Haa, sila cari ilmu-ilmu tersebut. Takkan kamu nak biar orang lain yang mengurus dan mandikan jenazah ibu ayah kamu suatu hari nanti. Masyallah.. Firah sangat tersentak dengan ayat itu. Bukankah anak yang soleh lebih diterima Allah untuk ibubapanya? Pergi belajar cari ilmu tersebut. Bagaiman nak kahwin kalau takde ilmu kewangan? Pergi belajar cari ilmu uruskan ekonomi untuk keluarga. Dah ada ilmu agama? Cukup?? Dekat surat janji nikah dah ada kata nak ajar isteri tentang agama. Ada tak ilmunya? Haa, memanglah suruh isteri pi belajar agama dengan ustazah-ustazah tuh.. Yang menyuruh isteri tu pula bila nak pi belajar agama pula? Huhu.. Terkeluar bahasa pulau pinang ustaz.. Cari ilmu dulu baru boleh kahwin..

Oklah, ustaz nak bagi tips-tips untuk siswa. Nak cari isteri ikut hadis Nabi.. Tengok rupa, yang dah sejuk mata memandang itu kamu ambil lah. Tengok keturunan, kalau family dia baik-baik kamu pi la ambil dia. Tengok harta, perempuan tu gila harta tak? Kalau tak, pi la ambil dia.. Haa, yang last nih tengok agama.. Kalau baik cepat-cepat kahwin naa.. Terima kasih.

“Saya tengok ada status kat fb.. Dia kata KUIS ni Kolej Untuk Isteri Solehah. Lagi satu ayat, Kerana U I Sudi..” Suasana di audi bertukar mendengar usikan dari mantan presiden MPM selaku pengacara malam itu menutup sesi bersama ahli panel.


Seorang siswi bertanyakan soalan kepada ustaz, “Ustaz, bagaiamana dengan seseorang yang mendapat cinta Allah itu dan merasakan tidak perlu adanya perasaan cinta kepada manusia. Perlukah dia mengimbangi kembali?” Ustaz mengatur susunan bicaranya yang terakhir. Beruntunglah mereka yang sudah samai ke tahap itu. Tidak perlu diimbangi lagi kerana ianya adalah anugerah dari Allah s.w.t. Melihat kembali kepada serikandi islam Rabiatul Adawiyah. Para sahabat  dan tabiin yang bertungkus-lumus mencari dan mengkaji ilmu hingga terlupa pada sebuah perkahwinan, itu semua adalah anugerah Allah. Anda boleh mengkaji kitab yang ada disenaraikan nama-nama para ilmuan islam yang hingga akhir hayatnya tidak berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kajian-kajian islam untuk umat seterusnya. Rasulullah s.a.w pernah ditanyakan oleh sahabat tentang hal ini. Ada sahabat yang ingin berpuasa terus-menerus, melakukan ibadat solat sepanjang hayat hidupnya.. Baginda menyuruh sahabat pulanglah, jalanilah kehidupan manusia seperti biasa.. Mesti ada sesuatu jika baginda menasihati seperti itu. Kita sendiri boleh fikirkan..

Alhamdulillah, hampir 2 jam Firah bersama sahabat di sini. Semoga Allah merahmati kehidupan yang kita lalui. Firah ada tugas seterusnya yang perlu diselesaikan. Doakan Firah, sahabat agar urusan dipermudahkan. Insyallah, moga doa itu juga dikembalikan untukmu setelah diaminkan para malaikat.. Insyallah..

Senyumanmu sedekah.. (^_^)v

Ahad, Januari 09, 2011

Jangan Digoda Iman Lelaki


Assalamualaikum sahabat..

Maaf, masa amat mencemburui saat ini. Peperiksaan mula menghampiri. Banyak assignment perlu dihantar dengan segera. Insyallah, Firah cuba untuk melapangkan masa bersama sahabat di alam maya ini. Niat kena jelas. Tidak perlu membazir masa. Cuma berkongsi ilmu kita bersama. Jujur ini juga adalah ruang untuk mendapatkan pahala dari-Nya. Insyallah. Dengan izin-Nya.

Berkongsi aktiviti pagi Jumaat yang lalu. Alhamdulillah, diskusi ilmu berkenaan aurat muslimat telah berjaya dianjurkan pada minggu yang lalu. Kelihatan ruang pusat konvensyen dipenuhi dengan bunga-bunga indah ‘wanita’. Ustazah Wan Ramizah binti Wan Hassan yang kami gelarkan dengan panggilan umi menjelaskan satu persatu berkenaan aurat wanita. Dengan tajuk cover your aurah, hold your pride, diskusi ilmu bersama Firah di alam maya juga bermula.

“Wahai muslimah, menutup aurat bukan hanya menutupi kepala, memakai baju labuh, ataupun stokin sahaja tetapi suara juga aurat wanita..” Sahabat, kita selalu terlupa tentang aurat ini kan? Jadi sekarang kita bersama ingat kembali firman Allah S.W.T : ‘Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepadamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).’ (Al-Ahzab:32) oh, mungkin ada dikalangan sahabat yang masih belum dapat memahami lagi tentang aurat suara ini. Menurut Al-Qurtubi, suara kita (wanita) saat berkata-kata biasa bukanlah termasuk aurat. Lelaki masih boleh lagi berdialog dengan wanita tetapi jika ada hajat sahaja. Maksud sebenar aurat di sini, apabila wanita memerdukan, melembutkan, atau mengindahkan suaranya semasa bercakap dengan lelaki. Itulah aurat suara sebab ianya membuatkan lelaki tergoda dan tersuka. Ok, faham tak? Huhu.. Insyallah, wanita baik tak kan goda lelaki kan??? Sahabat, wajah dan suara wanita semulajadi adalah lembut. Jadi, jangan dibuat-buat bertambah lembut jadinya hanya untuk melunturkan iman kaum Adam. Sesetengah wanita ada yang suka bila iman Adam luntur tergoda dengan diri mereka. Maaf terus terang di sini, wanita solehah tidak akan menjatuhkan iman Adam tetapi sebaliknya iaitu membantu menaikkan lagi keimanan mereka untuk agama tercinta. Insyallah.

Sahabat, apa hukum menutup aurat? Jawapannya WAJIB. Maksud wajib ialah apabila kita lakukan dapat pahala tapi jika kita tak lakukan dapat dosa. Jadi aurat wanita umum sahabat sekalian tentu sudah ketahui seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sahabat tahu? Mukadimah atau permulaan bagi semua penzinaan adalah aurat. Zina mata, tengok atas rambut mengerbang, tengok ke depan alamak sempitnya baju, mata sakit.. jadi tunduklah bawah, uhh skirt pendek sahaja? Ya Allah, mana nak letak pandangan mata ni?? Hati mula meraung.. mata seperti dicucuk-cucuk sakit.  Kasihani, kasihani, kasihani mereka, mata itu pedih melihat mereka yang berpakaian seperti itu. Mata itu terasa sakit walaupun terlihat tidak sengaja. Ah, kamu sekali lagi mencalar keimanan mereka.

Ustazah menceritakan pengalamannya apabila bertanyakan kepada pelajar lelaki seusai habis waktu perkuliahan. “Apa yang antum rasa kalau ada muslimat yang pakai minyak wangi lalu sebelah antum?”
Jawab mereka. “Ustazah, kami balik kena mandi.” Astagfirullahalazim, begitulah mengapa islam saran wanita jangan pakai wangian yang berlebihan depan lelaki ajnabi. Maaf, ini kenyataan yang sahabat perlu ketahui dan peka agar kita jtidak menggoyahkan keimanan adam sekali lagi.

Wanita kamu cantik. Cukup sempurna. Jangan diubah apa yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Jangan cukur bulu kening untuk kecantikan. Ya, ada hadis Rasulullah S.A.W melaknat perempuan yang cukur dan tipiskan bulu kening. Laknat ianya dilaknat. Rasulullah S.A.W melaknat perbuatan itu. Maka khabarkan, pada siapa lagi yang akan kamu dapat syafaat di akhirat jika telah dilaknat oleh dek perbuatan itu di dunia.

Sahabat, syukran andai masih terus membaca penulisan Firah. Maaf, jika ada yang tersalah atau tidak selesa dengan ayat-ayat Firah. Maaf, Firah terlalu risau tentang permasalahan ini. Firah sayangkan mujahidah-mujahidah agama. Firah tak nak kita sama-sama dimurkai Allah S.W.T atas kesalahan yang kita sendiri lakukan. Maaf sahabat. Ini perintah Allah kepada kita hamba-Nya yang akan pulang menemui-Nya juga, membawa bersama kisah-kisah kita di dunia ketika ini suatu hari nanti.

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan ister-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi mereka’. Yang demikian supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (33:21)

Sahabat, sebagai perumpamaan, andai lelaki dihidangkan satu show menayangkan wanita yang seksi, tentu nafsu syahwat mereka terangsang sekaligus mencetuskan niat yang jahat untuk mendapatkan wanita itu untuk tujuan memuaskan nafsunya. Tetapi berbeza apabila lelaki melihat wanita yang solehah yang menjaga adab dan lengkap bertudung. Sejuk mata memandang. Lalu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Sahabat, mana satu pilihanmu?

Alhamdulillah, perkongsian sedikit daripada Firah untuk sahabat yang Firah sayangi. Insyallah, peringatan ini untuk diri Firah juga. Moga bermanfaat untuk kita bersama. Insyallah Allah sentiasa bersama kita. Insyallah sahabat.

Teringat satu hadis, sehelai tudung bidadari dalam syurga lebih baik dari seisi dunia. Bidadari syurga yang jelita sentiasa menundukkan pandangan mereka di dalam syurga. Sahabat, mengapa kita tidak praktis menutup aurat sempurna dan menundukkan pandangan di dunia lagi? Bukankah kita juga adalah calon-calonnnya suatu hari nanti? Mari sahabat kita praktiskan untuk menjadi bidadari sopan dengan menutup aurat dahulu di dunia..

Seyumanmu sedekah (^_^)v

Sabtu, Januari 01, 2011

Persoalan


Wildan mula mengharapkan kepastian dari gadis yang sedang berdiri dihadapannya.

Lantas Haura' menundukkan pandangannya, matanya dialihkan ke arah setangkai mawar tidak jauh darinya.
Gadis bertudung labuh itu mula berbicara,

"Apa pendapatmu jika aku mengatakan
bahawa aku telah berjanji kepada Allah
tiada istilah couple dalam hidupku sebelum berkahwin?"

Suasana mula sunyi..

Senyuman Haura' terukir apabila melihat seekor kumbang tidak berjaya menghinggapi mawar yang baru dilihatnya kerana duri-duri mawar yang tajam. 
Lantas gadis itu mengatur bicaranya kepada Wildan dengan penuh adab dan berhikmah.

"Maaf.. cintaku pada agamaku melebihi cintaku kepadamu"

Surat Cinta Dari Egypt


Assalamualaikum sahabat..
Pagi-pagi lagi Firah menerima meseg dari seorang sahabat yang amat dirindui.
Lama tidak ketemu. Berpisah kerana menuntut ilmu. Rinduku padanya hanya Allah yang tahu.
Tersenyum seketika dengan sebaris ayat yang dimulakannya..

‘SURAT CINTA DARI EGYPT’

salam buat firah yg disayangi,

walau jauh dipisah benua
harap kau takan lupa,
takan lupa untuk ingtkan aku,
ingatkan aku tika aku alpa.

moga Allah kekalkan nikmat Islam dan iman hingga akhir hayat kita insyaALLAH :)

Sabrina Ij..

reply..


salam buat ukhti yang dirindui..

Pada jalan yang berliku,
moga Allah luruskan langkahmu..
Tika langit dunia runtuh,
moga Allah teguhkan aqidahmu..
Jika kesusahan datang,
moga Allah kuatkan hatimu..
Pada hati yang gelisah,
moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu..

Moga Allah sentiasa bersamamu..

Insyallah,
Ingatkan Firah sentiasa juga..
Uhubbukifillah ukhti..

send..

Semoga persahabatan dibina ini kerana Allah Taala kerana diriku ingin bertemu lagi denganmu di alam syurga. Amin Ya Rabb..



Buat sahabat akrabku ketika zaman persekolahan. Moga Allah melindungi Siti sepanjang perjalanan ke medan juang di Jerman. Maaf, Firah tak dapat hantar Siti Khamis ini di KLIA. Terkilan juga rasanya. Namun tugas kita bersama adalah menuntut ilmu, kuliah Firah tak dapat dielakkan. Firah doakan semoga selamat sampai ke destinasi dituju. Belajar rajin-rajin ye Siti. (huu, tetiba rasa sedih pula) Sayang Siti sangat-sangat. (hmm.. <3) Semoga Siti berjaya capai apa yang dicita. (huhu, tiba-tiba Firah teringat masa Siti dapat tukar sekolah lepas PMR dulu. Punyalah Firah nangis sorang-sorang sebab terpaksa berpisah. Sampai Firah minta keluar asrama sebab asyik nampak bayang-bayang kenangan bersama kawan-kawan) Tak sangka kita berpisah untuk kali kedua kan sebab tugas menuntut ilmu. Tapi insyallah, kali ini Firah dah faham tugas kita sebagai pencari ilmu. Semoga Allah sentiasa menjagamu di sana sahabat. Insyallah. Kerana Allah..


All the best buat sahabat-sahabat Firah.. Masing-masing ada misi tersendiri. Moga ukhuwah kita kekal selama-lamanya.. Uhubbukifillah..

Senyumanmu sedekah.. (^_^)v

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "