Ahad, Januari 03, 2021

#3 Kita Redah Jerr

Bismillahirrahmanirrahim..

 

MasyaAllah, baru perasan hampir setahun tak update blog ini. Sepatutnya ana update lepas habis kisah perjuangan sem 3 yang lepas. Tapi lappy ana ada masalah, kemudian semua kisah yang sepatutnya di update hilang apabila laptop ini di format semula. Tak banyak kisah kali ini. Cuma catatan pendek yang apabila dibaca semula akan mengimbau kenangan yang pernah kita perjuangkan dahulu.

 

Seingat ana, waktu sem 3 bermula kisah pandemic tahun 2020. Malaysia baru melaksanakan PKP dan sistem pendidikan tiba-tiba berubah kepada pendidikan digital. Ana cuma berazam sem tersebut ana nak cuba target anugerah dekan. Kelas mula secara online, sama ada pihak universiti mahupun sekolah. Hampir berbulan lama di rumah siapkan segala macam assignments dan yang paling ana ingat, ana berjaya siapkan bab 1 – bab 3 dalam masa seminggu tapi tak cukup tidurlah ya.. ^^”

 

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.. Waktu result keluar adalah waktu minggu ana jadi pengarah minggu Al-Quds di sekolah. Sebenarnya waktu tersebut ana diberi macam2 ujian juga, lappy rosak, tayar kereta pancit, lock untuk kunci kereta hilang dan ana berulang-alik dari kampung ke sekolah sepanjang minggu tersebut ibu ayah yang tolong hantar. Allahu, struggle juga minggu tersebut tapi diri kena cool juga kan sebab waktu tu ramai yang datang rujuk dengan kita. Ibu ayah je yang nampak jatuh bangun ana, sampai result keluar alhamdulillah capai target dekan. Terus bagitahu ibu dalam kereta waktu drive ke sekolah. Ibu menangis sambil kata, ‘ujian-ujian kecil ni Allah bagi sebab ada benda lebih besar Dia nak bagikan..’. Allahuu.. Kalau boleh ana tak nak nampak ana susah depan ibu ayah supaya mereka tak rasa susah hati. Moga ana sentiasa dapat mengukirkan sesuatu yang boleh membahagiakan mereka.

 

Selesai sem 3. Ana kongsikan gambar-gambar sepanjang ana berada di kuliah sepanjang tahun 2019. Tahun 2020, adalah tahun bermulanya kelas di atas talian. Turun naik nilai dalam sebuah kehidupan. Moga Allah angkat wabak ini, dan selamatkan kita semua daripada sebarang musibah yang mendatang. Allahumma ya Rabb…

 


Daftar Masuk UKM Sesi 2018/2019

Tempat Kuliah Sepanjang Cuti Sekolah

Rakan-Rakan Sekuliah 

Study Group Sem 1-3

Geng Cuti Sekolah

Fakulti Pendidikan (Islamic Education)





Catatan Rindu


Rindu…

Yang payah tuk diungkap

Terbenam di hati paling dalam

 

Rindu…

Bicara daripada Bilal

Esok saya akan bertemu kesayangan

Soalan pertama S.Abu Bakar

Bgaimana keadaan Rasulullah saw?

Tangisan sedu si pohon tamar

 

Rindu…

Hati sebu, mulut masih berat mengungkapnya

Air mata hanya mampu jadi luahan

Tulisan merungkai kisah-kisah kehidupan

Apa bukti yang perlu ku tunjukkan?

 

Rindu…

Ada doa-doa yang di untai penghujung malam

Ada lembaran juzuk cinta sebagai peneman

Ada salam selawat buatmu seindah cahaya bulan

 

Rindu…

Rindu padamu

Ya Rasulullah saw…

 

-Debu2Madinah-

10. 10. 2020

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "