Sabtu, Februari 23, 2019

#1 Kota Rindu



Bismillahirrahmanirrahim….

Travelog ke kota rindu. Hamba coretkan. Supaya menjadi antara salah satu kenangan indah bersama keluarga dalam kesempatan nafas hidup ini. Counting days… Hamdallah. :)

Entah doa siapa yang melangit. Setelah sekian lamanya. Tahun ini Allah Maha Penyayang jemput kami menjadi tetamu di rumahNya Tanah Haramain. Bulan Disember 2018, di Tanah Rata Cameron Makcik  ajak kami sekeluarga menunaikan umrah tahun depan. Bawa nenek sekali. Fokus kami untuk mudahkan urusan ibadah nenek. Mula-mula semua decide pilih cuti sekolah bulan 3, sebab keluarga kami terdiri daripada para guru. ^^’ Tapi ana seorang je tiba-tiba xfree cuti sekolah nanti. Kemungkinan kena tinggal tu ada. Mata dah berair dah malam tu, sesejuk angin malam di Cameron. Rinduuuu sangat nak pergi ya Allah.. Buka instagram layan rasa sedih, kawan-kawan sekolah ramai pergi waktu cuti Disember tu. Dapat pula buka insta ada tesergam gambar Ka’abah. Ada video ni sampai sekarang ingat, pekerja- pekerja di Ka’abah berlari bersihkan lantai masjidil Haram akhir sekali part Ka’abah dengan berlatar belakang lagu Allah. Terasa Rabb hiburkan hati hamba-Nya.. :’)

Esoknya sebelum balik dari percutian kami sekeluarga, ayah bagitahu semula kalau boleh nak semua orang ada pergi sama-sama. Masa tu hati dah berbunga-bunga, ada harapan lagi ya Allah.. Akhirnya tarikh dipilih, pergi waktu sekolah. Siapa yang bekerja kerajaan, ada cuti umrah yang dikhaskan seminggu selebihnya cuti tahunan. Dan ana guru swasta, ambil cuti tanpa gaji sepanjang melaksanakan umrah di sana. Alhamdulillah, terkabulnya doa itu pun lebih dari cukup. Hamdallah tsumma hamdallah.. :)
 
Maka bermulalah kami mencari pakej yang sesuai untuk bawa nenek pergi bersama. Memandangkan pakcik makcik pernah berurusan dengan Andalusia Travel sebelum ini kami buat keputusan masih memilih agensi yang sama untuk ke sana. Pilihan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram supaya mudah bawa nenek guna wheelchair. Dan kami mula survey segala kemudahan untuk nenek yang berusia 92 tahun. Banyaknya Allah mudahkan.. Alhamdulillah. :)


Tinggal lagi satu hari cuti sekolah berbaki, hari itu juga ana bawa keluarga untuk selesaikan dokumen. Memandangkan passport ana dah habis tarikhnya. Ayah lepaskan ana untuk selesaikan dokumen dulu. Ana bawa nenek sekali buat passport. Alhamdulillah, nenek paling berusia didahulukan oleh pejabat imegresen. Ana sebagai pembawa juga terus buat waktu yang sama. Terima kasih atas layanan baik yang diberi. :) Sementara tunggu giliran ayah ambil kesempatan cop pengesahan jpn surat beranak ana dan adik sebab kami perempuan kena ada mahram untuk ke sana. Alhamdulillah selesai. Terus bergerak ke pejabat agama untuk pengesahan surat nikah untuk ibu pula. Selesai juga. Makcik juga akan satukan segala dokumen kami untuk pengesahan Wisma Putra. Akhir sekali kami bergerak ke kedai gambar Seksyen 7 Bangi untuk ambil gambar visa  4 keping. Ada saiznya 4x6cm, berlatar belakang putih perempuan pakai tudung hitam. Lelaki pakai biasa tanpa kopiah. Lagi satu dokumen yang perlu adalah buku suntikan ACYW135, kami sambung cuti hari Sabtu pula ambil klinik panel pakcik di Cheras. :)

Alhamdulillah selesai untuk dokumen. Keluarga tunggu ana cuti sekolah rupanya. Baru dapat bergerak siapkan barang sama-sama. Sehari sebelum cuti Raya Cina, ke Kaunter Tabung Haji di Cheras pula untuk urusan bayaran umrah seterusnya. Baru berpeluang cari barang umrah sambil survey duit Riyal di Money Changer. Lepasni siapa-siapa yang berpeluang menjadi tetamuNya juga nanti boleh cari barang-barang umrah/haji dalam kedai Kipmall Bangi (Warta). Harga murah dan berpatutan. Rupa-rupanya beratus juga keluarkan untuk penyediaan barang ke sana. Terutamanya barang lelaki. Selesai, ayah ajak kami ke Money Changer di Kajang. Katanya lebih murah. Ana tukang update harga nilai setiap hari di internet. Hari ni di internet SAR 1.09. Dan kami bergerak dari kaunter ke kaunter, mula-mula tanya nilai SAR 1.16 kemudian kaunter lain SAR 1.15. Akhirnya di Kajang dapat SAR 1.13 ayah tukar di situ, kira juga untung rugi jika tukar dalam tukaran yang banyak. ^^’


Waktu mengumpul buku-buku panduan umrah dan ziarah. Buku-buku masih dalam proses untuk di khatamkan insyaAllah. Travelog umrah di setiap blog juga kami baca juga sebagai panduan. Sambil itu, hujung minggu hari Sabtu berkesempatan menghadiri kursus umrah yang dianjurkan pihak Andalusia. Alhamdulillah, lebih faham point, slide dan model cara ustaz menerangkannya. Untuk yang pertama kali untuk membuat umrah sangat memerlukan panduan dan bimbingan dalam melaksanakannya. Moga Allah mudahkan urusan kita semua untuk beribadah di sana biidznillah..



Masih mengira hari.. Coretan ini sebenarnya lebih untuk ingatan diri ini suatu hari nanti tentang baiknya Tuhan kepada hamba-hambaNya. :’)

اللهم ارزق كل مشتاق عمره قريبه. امين يا الله...


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "