Sabtu, Disember 13, 2014

Temuduga


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, tanggal 20 November 2014 surat rasmi telah dikeluarkan menanda pengesahan tamat pengajian untuk  Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian). Segala puji-pujian dikembalikan kepada-Nya. Bermakna ana perlu melangkah setapak ke satu fasa yang baru. Bisik dalam hati. Selamat datang ke alam dewasa!  :)

Pastinya persoalan berlegar-legar setiap graduan yang baru menamatkan pengajian berkisarkan sambung kerja atau terus sambung belajar? Alhamdulillah, untuk secebis pengalaman yang Allah bagi, ana cuba gabungkan kedua-duanya untuk kali ini. InsyaAllah, dengan izin dari-Nya ana pilih bekerja sambil belajar. Berat? Anggap sahaja ini adalah wasilah untuk terus-terusan mendekati-Nya. Fisabilillah. Allah bersama dalam setiap langkah kerna-Nya. Dan Allah jua sebaik-baik penolong.  :)

Ana coretkan di sini pengalaman temuduga kerja, walaupun sedikit temuduga yang ana lalui berbanding sahabat2 sekuliah ana yang lain. Sekurang-kurangnya berguna untuk ana dan sahabat2 jika melaluinya semula di masa hadapan, insyaAllah..

#Temuduga 1

Masih ingat lagi, ana melangkah ke pejabat dengan tangan kosong. Datang dengan ihsan daripada ketua jabatan & ketua akademi ana. Tapi awak kena ikut prosedur kemasukan juga. Ana senyum. Semestinya. Tanpa persediaan apa2, ana terus ditemuduga terus pada waktu yang sama. Soalan familiar yang utama, ceritakan tentang diri dan latarbelakang anda. Sambil beliau membelek2 resume daripada ketua ana. Ana bercerita seperti menghafal skrip yang telah ditulis dalam resume tersebut. Hakikatnya bila ana kaji balik, x perlu kita ulang semula apa yang tertulis dalam resume sebab itu adalah first impression mereka terhadap diri kita. Tugas kita menceritakan basic dan selebihnya untuk meyakini mereka kita patut diterima bekerja di situ sebagai pekerja yang baik.

Apa yang anda tahu tentang syarikat ini dan kenapa kami patut terima awak bekerja di sini? Fuhh.. Ana memang langsung tak bersedia apa2 maklumat waktu tersebut. Jawapan ana waktu tersebut sangat asas. Sungguh, itu pengajaran untuk ana. Akhirnya ana ditugaskan membuat karangan satu muka surat mengenai syarikat tersebut sepantas yang boleh. Huhu.. Bila dapat tugasan ini, baru ana betul2 mengenali selok-belok syarikat. Bersumberkan risalah2, internet, website, bertanya org2 yang lebih pengalaman dalam syarikat ini dalam masa yang singkat, hampir tiga muka surat berjaya disiapkan. Send…

Ketua ana banyak membantu ana dalam urusan ini. Beliau berpesan letak gambar2 setiap program ana yang berkaitan untuk lebih meyakinkan mereka menerima ana sebagai pekerja. Ana kepilkan sekali bersama-sama salinan sijil2 aktiviti dari sekolah hingga kolej. Soalan basic akhir, berapa gaji yang awak rasa untuk permulaan? Agak berat soalan ini untuk ana, sebab ana jenis x kisah orangnya. Susah sungguh ana nak buka mulut waktu tersebut. ^^” Akhirnya mereka sendiri yang decide untuk gaji ana. Selalunya mereka melihat pengalaman bekerja dan pangkat akademik. Ada yang berpengalaman lebih 10 tahun, dan kami selalunya melihat gaji dan prestasi mereka sebelum ini. Memandangkan ana fresh graduate, seboleh-bolehnya janganlah minta bukan2 sebelum waktunya. Sebab kita dinilai dengan prestasi bekerja, bila suda dipercayai insyaAllah, Allah akan tambahkan lagi rezeki untuk kita. :)

#Temuduga 2

Ana, Beal dan Iqa mencuba nasib bersama. Di sebuah sekolah yang baru hendak dibuka. Hadir temuduga pada hari kejadian. Ramai juga yang mohon.. Bisik hati. First, pakaian. Ana datang dengan penampilan sebagai seorang ustazah yang akan mengajar di sekolah tersebut. Untuk kali kedua, tanpa persediaan juga nampaknya. Seperti datang menerjah. Huhu.. Ujian bertulis untuk kami yang memohon sebagai guru di sekolah ini perlu dijawab dalam masa 1 jam. Tahu rasanya? Seperti masuk dewan exam tanpa membaca sebarang nota. Pengajaran lagi..

Seterusnya, kami menunggu giliran untuk ujian lisan. Membaca Al-Quran dan menjawab soalan2 asas agama. Alhamdulillah, kali ini lancar walaupun ada sedikit masalah mengendali pernafasan semasa membaca Al-Quran sebab tiba2 rasa gemuruh. Allahuakbar.. :) Ujian terakhir adalah mock teaching. Memandangkan ana bukanlah dari bidang pendidikan, pengalaman ustaz ustazah sekolah, kolej dan gontor dahulu menjadi rujukan ana mempraktikkan cara pelajaran di hadapan mereka. Ana cuma mampu meyakinkan mereka dengan sedikit pengalaman ana sebagai seorang fasilitator, guru taska, dan pengendali kelas Al-Quran suatu masa dahulu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Ana cuma diberi teguran mengenai suara yang halus, dan kalau boleh dibesarkan lagi supaya jelas untuk semua pelajar. InsyaAllah.. :)

#Temuduga 3

Google. Jawatan kosong guru. Tarikh tutup esok? Ana mesti cuba juga untuk kali ini. Kalau ana hantar guna pos laju minggu depan sampai. Allah.. Entah mana kekuatan yang datang. Ana copy satu persatu sijil akademik dan sijik kokurikulum ana menggunakan printer. Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal, mana tau ada rezeki.. :) Ana letakkan dalam satu fail bersama resume. Ibu, temankan along ke Bangi petang ni juga ya. Along nak hantar resume dekat sekolah ini. Ya, pagi ana google, petang hantar resume. Ana hantar di pejabat sekolah berkenaan. Bismillahitawakkaltu’alallah.. Bisik ana pada ibu, Alhamdulillah hati along rasa tenang masuk dalam kawasan sekolah ini. Kalau rezeki Along Allah bagi di sini Alhamdulillah, along bukan dari bidang pendidikan ibu. Along cuba ni, ibu doakan ya. Pintaku bersungguh..

Minggu seterusnya ana dapat panggilan daripada sekolah terbabit. Ada temuduga. Allahuakbar, ana terus terpa ibu beritahu berita yang mengujakan itu. Huhu.. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Sekurang-kurangnya resume ana telah diterima. Kali ini ana buat persiapan dengan bersungguh. Siap buat nota kecil. ^^, Ana buat research soalan2 yang kemungkinan ditanya. Keadaan semasa dalam pendidikan. Kaji soalan2 familiar untuk temuduga dan jawapan yang mantap. Mengenali latarbelakang sekolah, visi misi, suasana dan method pembelajaran. Hafal point2 yang penting. Kali ini mesti ada usaha, bicara ana pada diri.

Waktu hari kejadian tiba, lewat sedikit jalan jammed. Perlu dielakkan untuk sekian kali. Berulangkali ana memohon maaf atas kelewatan yang tak disengajakan. Mengisi borang2 yang telah disediakan. Bawa fail2 yang berkaitan termasuk thesis dan laporan praktikal sebagai hujah kuat untuk bantu kita. Bismillah..Temuduga bermula. Soalan2 yang dilontarkan seperti yang telah dijangka. Ana cuba menjawab tenang dan semampu yang boleh. Kali ini ana cuba menyesuaikan diri dengan pantas untuk masuk dalam komunikasi penemuduga. Ya, sebab kita akan terus menjadi sebuah keluarga  (team)dan komunikasi bersama amat penting di tempat kita bekerja. Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar. :)

****

Hampir seminggu di rumah. Tiada khabar berita dari mana2pun. Hati tak keruan. Mana mungkin hanya duduk goyang kaki menunggu di rumah. Sahabat2 lain juga resah menanti jawapan kepada permohonan2 pekerjaan mereka. Allah, rezekikanlah hamba pekerjaan. Doa itu diulang-ulang setiap kali usai Solat Sunat Dhuha. Keesokan harinya, telefon berdering. Assalamualaikum.. Saya dari Sekolah……………..Bangi. Cik diterima masuk untuk bekerja sebagai guru di sekolah kami. Surat tawaran akan kami beri pada hari pertama Cik masuk bertugas. Allahuakbar! Benarlah nikmat Tuhan itu tiada batas. Terima kasih Allah.. Ibu masuk ke dalam bilik. Seperti biasa, si anak terus meluru memeluk ibu. Ibu, Along dah dapat tawaran bekerja. Ibu tersenyum bahagia. Alhamdulillah, Allah lebih tahu mana yang lebih baik untuk hamba-Nya.. :)

InsyaAllah, ana akan mula bertugas 15 Disember 2014 di sekolah sebagai muallimah. Sekolah yang menekankan tarbiyah agama, pendidikan kebangsaan dan tahfiz. Subhanallah.. Moga tangan ini mampu melahirkan pejuang2 agama Allah, para ilmuwan agama dan tokoh2 Islam suatu hari nanti. Alhamdulillah, Allah telah kabulkan impian dan doa hamba-hambaNya. Hamdallah..

Fasa baru pun bermula.
Bismillah… :)



Selasa, September 16, 2014

Berjalan Sejauh Ini


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, lagi seminggu ana akan menghabiskan silibus terakhir Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia iaitu Latihan Industri di Yayasan Restu. Sekejap rasanya, seperti baru semalam melangkah masuk ke dunia baru ini. Bermula pada 9 Jun hingga 12 September, kini sudah minggu ke 14 kami berempat di sini. Ana, Iqa, Zahra, Yana masing-masing ada cerita tersendiri. :)

Betapa ‘busy’nya keadaan ana untuk 3 bulan yang lalu boleh dibayangkan bila ana langsung tiada kesempatan mencuri masa untuk mengupdate suasana praktikal di situ. Alhamdulillah, ana ditempatkan di Jabatan Ulum dibawah penyeliaan Prof Che Siah yang mesra disapa sebagai umi jawi. Ana ditugaskan sebagai pembantu penyelidik Akademi Jawi. Kemahiran yang banyak ana gunakan ketika ini adalah bahasa arab dan multimedia. Dan pastinya untuk pembentangan terakhir Jumaat ini di hadapan pensyarah dan penyelia adalah projek multimedia untuk program Daurah yang akan berlangsung 19hb-21hb September ini sempena Malaysian Islamic Arts Tourism Souqe.


Pertama kali ana menjejakkan kaki di Kompleks Taman Seni Islam ini, ana jatuh cinta dengan suasana Al-Quran yang diterapkan di dalamnya. Dia Yang Maha Mendengar, memudahkan urusan hambaNya untuk merasai sendiri keunikan di dalamnya. Pengakuan tulus, ana suka bekerja di tempat ini kerana Al-Quran. Kerana cinta ana yang terlalu mendalam pada Al-Quran. Jauh di sudut hati, moga Allah jadikan ana yang daif ini sebagai salah seorang srikandi yang memelihara Al-Quran. Moga Allah izinkan juga diri ini menjadi salah seorang hafizah untuk ayat-ayat suci kalam-Nya suatu hari nanti. :’)


Bila terkenang saat pertama kali bergelar pelajar praktikal, pasti ada pahit manis. Moga ia menjadi ibrah untuk merasai semua ilmu yang telah dipelajari dan diberi oleh-Nya. Tersenyum bila mengingatkan bagaimana terkapai-kapai saat awal di sini. Jauh daripada keluarga. Mengharapkan ihsan dan belas dari orang. Dan ana tahu, berkat daripada doa ibu, ana sudah berjalan sejauh ini. Kadang-kadang air mata jadi peneman di saat kesusahan dan kesempitan. Ada kata2 semangat dari bonda yang menguatkan. Ada ayahanda yang membantu dan memudahkan. Ada sahabat yang setia Dia berikan. Dan pastinya ada Dia di saat susah senang, ceria tawa, tangis duka. Setiap hela nafas.. :)

Jika tiada bahu tempat menyandar, ada lantai untuk bersujud..


Hamdallah, Allah rezekikan kami di sini masing-masing memiliki kereta. Semua yang terjadi pasti ada hikmah. Tersenyum kami berempat. Iqa dengan Viva, Zahra dengan Myvi pink, Yana dengan Saga merah.. Ana, Allah rezekikan dengan kekasih hati En. Purple. Moga ‘buraq’ ini dipandu oleh tuannya kearah kebaikan dan sebagai wasilah untuk terus mencari pahala dan keredhaanNya. Syukran ya Allah. Terima kasih ibu ayah atas kepercayaan yang telah diberikan. :)


InsyaAllah jika tiada aral, ana akan terus sambung bekerja di sini sebagai pembantu penyelidik. Sementara untuk menyambung pelajaran peringkat yang seterusnya. Pencinta ilmu takkan puas untuk mendapatkan ilmu. :) Ana akan terus belajar selama hayat yang ada, insyaAllah. Maka jadilah ana orang Shah Alam untuk sementara waktu. :’)

Ps :
-Kawan2 rumah UITM balik minggu ni ^^,
-Sediakan slide & laporan Latihan Industri
-Program Daurah utk Guru2 JAIS & Pensyarah2 IPG
-Ma’an Najah! ^^

Catatan : 8 September 2014




Jumaat, Ogos 29, 2014

Yang Terpelihara


Bismillahirrahmanirrahim..

Tuhan,
Jadikanlah kami gadis yang terpelihara
Menjaga matanya
Seperti bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya
Menjaga lisannya
Yang bibirnya basah dengan alunan zikir kepada-Mu
Sentiasa mengulang ayat-ayat cinta dari-Mu

Tuhan,
Jadikanlah kami gadis yang terpelihara
Yang hati dan jasadnya tidak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya
Seperti bidadari-bidadari yang setia menunggu kepulangan suaminya
Memelihara maruah diri, keluarga dan agamanya
Seakan-akan dia seperti permata yakut dan marjan

Tuhan,
Jadikanlah kami gadis yang terpelihara
Menutup aurat dengan penuh sempurna
Seperti tudung dan pakaian-pakaian hijau yang disarung oleh bidadari-bidadari syurga
Biarlah kami berpanas seketika di dunia
Kerna itu yang membuatkan kami menjadi wanita-wanita yang terpelihara

Tuhan,
Jadikanlah kami gadis yang terpelihara
Sopan menjaga tingkahlaku dan akhlaknya
Seperti bidadari-bidadari syurga yang baik-baik lagi jelita
Yang tidak pernah tua dan kekal selamanya
Dekat dengan-Mu itulah dambaannya sentiasa

Maha Suci Tuhan sebaik-baik penjaga
Maka jadikanlah kami gadis yang terpelihara

……….
29 Ogos 2014, Jumaat
Shah Alam



Khamis, Mei 29, 2014

Cerita Di Bulan Lima

[Gambar Ihsan :p]

Bismillahirrahmanirrahim…

“Along, bosanlah cuti!” Adik bongsu ana bicara. Ana hampir membeliakkan mata. Tersengih. “Serius? Adik baru cuti sekolah sehari dah kata bosan?” ‘Along yang cuti hampir 2 bulan ni apatah lagi.’ Sambung dialog di dalam hati.

Rindu untuk terus menatap wajah-wajah sahabat kesayangan. Rindu untuk menadah ilmu daripada ustaz ustazah. Rindu program-program yang membangkitkan hamassah di jiwa. Rindu mahu memeluk  dan membelai anak-anak syurga di taska sana. Rindu bermanja-manja beribadah di rumah Tuhan. Sungguh. Rindu-rindu itu mengisi sepanjang hari yang berlalu.

[Meja Mujahadah Final Year Project]

Sudah hampir 3 minggu di bulan lima. Resah di hati. Keputusan yang telah diumumkan bulan empat masih belum dikeluarkan hingga kini. “Fira.. Buka LMS keputusan dah keluar.” Sapa seorang sahabat di ruangan whatssap. Jari pantas menekan-nekan skrin handphone. Username. Password. Enter. ‘Result not released’. Allah.. :)

Hati semakin berdebar. Hampir kesemua sahabat-sahabat telah mengetahui keputusan semester 8. Bertanya-tanya khabar sahabat-sahabat yang lain. Masih ada 4 orang berbaki yang masih tidak mengetahui jawapan. Satu-satunya subjek semester 8 ini adalah Final Year Project. Moga Allah mudahkan.

Kaki melangkah laju menuju Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Nekad mewakili sahabat-sahabat yang lain. Rupa-rupanya masih ada 7 orang yang berbaki belum dikeluarkan keputusannya. Alhamdulillah, hampir 3 hari telah berlalu. Keputusan berjaya dikeluarkan. Dan jawapan untuk itu.. 4 Flat. Terima kasih ya Allah. :’)

[Bersama Sahabiah Gontor di Yayasan Restu]

Hari Jumaat. Hati dilanda keresahan. Menerima arahan daripada ustaz. Ustaz perlukan jawapan dalam masa 3 hari tempat praktikal untuk bulan enam ini. Hanya Tuhan yang tahu. Resume yang telah dihantar masih tidak ada jawapan balas. Bukan sedikit. Hampir 7 tempat memohon. 2 menolak. 5 mendiamkan diri dalam jangka masa yang lama. Resah hanya Tuhan yang tahu.

Doa dan tawakal. Cuma berharap tempat praktikal nanti punya keindahan tersendiri bila bulan Ramadhan menjelma nanti. Tidak ada yang lain selain itu. “Fira.. Kita semua dapat Yayasan Restu.” “Haa..??” Seperti bangun dari lena mimpi. Pagi tadi terlalu risau memikirkan status permintaan ustaz di facebook. Petang ini,dikejutkan dengan jawapan lamaran itu. Subhanallah. Allah punya cara dan hikmah-Nya tersendiri. :)

Petang itu juga kami bertungkus-lumus menyiapkan segala urusan pengesahan dari jabatan Usuluddin ke pihak Yayasan Restu. Alhamdulillah, perkara sulit buat kami yang telah dimudahkan-Nya. Maha Suci Tuhan yang telah membantu untuk semua urusan itu. InsyaAllah, 8 Jun ini praktikal bermula. Dekat bersebelahan Masjid Negeri Shah Alam. Hamdallah.. :)

[Terima Kasih ukhti Anisah :)]

25 Mei. Genap 23 tahun umur yang telah dipinjamkan-Nya untuk hidup di atas muka bumi ini. Seharian berada di terminal KLIA bersama keluarga besar. Menghantar Pakcik sekeluarga kesayangan berangkat menunaikan umrah. Dari pagi hingga ke petang bersama mereka. Penat. Gembira. Teruja. Bersama mereka yang tersayang. Ucapan selamat hari jadi tidak putus dari saudara-mara. Seperti majlis reunion keluarga ketika itu. :)

Pulang ke rumah. Baru menyempatkan diri membuka media sosial. Sahabat handai yang jauh di mata dekat di hati tidak putus mendoakan kebaikan. Alhamdulillah. Moga Allah kabulkan dan doa yang sama dikembalikan untuk kalian. Ukhti Anisah sempat menghantar pesanan kek melalui sahabat yang tinggal berdekatan. Jazakillah ukhti. Moga Allah kasihkan ukhti atas kebaikan2mu. :’)

“Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba untuk 23 tahun yang telah berlalu dan rahmatilah hamba-Mu untuk tahun-tahun yang berbaki.”

[Kota Rindu]

Sebenarnya, hati ana keseluruhan telah dicuri terbang ke kota rindu. Moga Allah hadiahkan kami sekeluarga untuk mengunjunginya suatu hari nanti. Hakikatnya, hari-hari yang berlalu terasa kosong jika tidak isi dengan cinta dari-Nya. Wajah dan redha-Nya suatu hari nanti. Itulah dambaan terdalam yang diimpikan dalam setiap bisikan doa-doa hamba. Rabb.. :’)

Ps : Counting days student practical.. :)


Khamis, Mei 15, 2014

يوم المدرسات


يا نجمي في الفن والتعليم
إنك ذوفضل كريم
لم يكن لبي خاليا بعلومك
منحتني الحسنات في تعليمك
ومنحتني المدافعة في حياتي
خطيت رجليك من غير ريب
وتخرجين رنك بلطف حليم
ولا النعبير الملائم لبيان فخورى بك
متى كان الليل مقمرا و النهار مشمسا
فتقوم محبتي منورة طول الزمان
……..
16 Mei 2013, Khamis
Yaumu Mudarrisat
Qo’ah Burtuqol, Gontor Putri 1


Ahad, Mei 11, 2014

Sahabat Syurga


Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini genap ulang tahun kelahiran yang ke 23 buat sahabat seperjuanganku. Sedar tak sedar, hampir 5 tahun kami saling mengenali. Tawa, tangis, suka, duka telah kami tempuh bersama dari permulaan hingga berakhirnya pengajian kami di bumi tarbiyah KUIS. Subhanallah. Doa yang sering disebut-sebut kepada-Nya suatu ketika dahulu seperti telah diperkenankan oleh-Nya. Kurniakanlah daku sahabat baik dan setia yang melorongkan langkah ke arah-Mu sepanjang perjuangan menuntut ilmu di sini. Masih ingat lagi, ada seorang sahabat berbicara kepada kami. Macam mana kalian boleh seakrab ini. Persahabatan kalian seperti telah dijodohkan oleh Tuhan. Aku senyum. Dalam hatiku berbisik, Allah telah memperkenankan doa hamba-Nya yang meminta suatu ketika dahulu. Terima kasih Allah. :’)

Pertama kali kami disatukan sebagai sahabat yang akrab. Saat memasuki kelas pertama SMUM1. Memandangkan aku dan dia berasal dari pelajar asasi yang berlainan course, dan sahabat lain asli dari asasi Akademi Islam. Maka disitulah permulaan kami bersama, menadah kitab arab, presentation, berkumpulan dalam assignment dan berprogram bersama-sama. Setiap kali waktu menunggu untuk masuk ke kelas seterusnya, kami akan membeli nugget dan fishball di fpm dan makan bersama. :’) Dari situlah aku mengenali lebih rapat dirinya malah kisah keluarganya turut dikongsi bersama. Masih ingat lagi, dia begitu bersemangat setiap kali menceritakan kisah sumber inspirasinya ‘ummi’ hingga aku belajar sesuatu dan lebih menghargai kasih dan jasa seorang ibu.

Aku mengenalinya sebagai seorang yang rajin dan tidak mudah berputus asa. Banyak aktiviti dan program kami libatkan diri bersama. Persatuan, Taaruf, Kempen Gaza Syria, jaulah, Gontor dan banyak lagi. Alhamdulillah. :) Pernah suatu ketika, seringkali berlaku setiap kali teringatkan si dia pasti ada tiba-tiba pesanan meseg darinya akan masuk. Begitu rapatnya 2 hati walaupun jauh dari tempat yang berbeza. Kenangan yang paling tidak boleh dilupakan, bila si dia memegang erat tanganku yang hampir jatuh hingga aku berjaya terbang bersama berjuang menuntut ilmu di Indonesia. Terima kasih sahabat atas jasamu. :’)

Dalam diam juga, aku mengagumi kepakarannya dalam bidang masakan. Cara si dia mesra melayan tetamu sedikit sebanyak telah mengajar diriku untuk berusaha memuliakan tamu mengikut sunnah Rasulullah saw. Entah berapa kali aku membawanya pulang ke rumah berjumpa nenek dan ibu. Sepertinya kami sudah seperti keluarga sendiri. Terharu apabila mengingati semula support darinya saat pertama kali aku menukar imej kepada gadis berpurdah. Dia seringkali mem’protect’ diriku yang berpurdah walaupun tanpa sedar dan aku sangat bersyukur punya sahabat sepertinya. Terlalu banyak kenangan dan memori indah bersama yang ingin dinukilkan, namun tak terluah besarnya nilai persahabatan berbanding dengan coretan ini. Moga Allah jaga dia walau di mana dia berada, walau jarak dan waktu akan memisahkan kita… :)

Ukhti fillah,
Eid milad ukhti, 23 sanawat..
Asifah kullu khoto’ li thowalun sodaqotna..
Hazihi qissah soghirah hadayah khususan li ukhti.. (Hal ukhti tuhibbin?):)
Qod takunu mara’ah solehah, tiflatun solehah wa hurrun ‘ain fi jannah..
Ana ad’uu.. Qod takunu ukhti tujad zauj soleh wa usrah kabirah saadah..
Allah yubarik ‘alaiki fi hayatu mubarakah, wannajah, warizq’i , wa hayatu saleem..
Doa nanti kita dapat naik pentas graduate sama-sama ya
Moga Allah kasihkan ukhti selama-lamanya
Uhubbukifillah abadan abada.. :)

SANAH HELWAH SAHABAT,
ANISAH  BT ISNIN (12 Mei 2014).

Ps: Sudikah suatu hari nanti kita kembali bersama menjadi sahabat syurga? :’)


Isnin, Mei 05, 2014

Part 1 : Nota Random


Bismillahirrahmanirrahim..

Nota ringkas ini sempat ana catit dalam halaqah kami bersama Kak Wardina bulan November tahun 2013. Mengenai kaedah komunikasi dengan kanak-kanak. Sebelum nota ini hilang ditelan bersama-sama kertas nota yang lain. Maka ana nukilkan supaya ianya dapat dikongsi ilmu ini bersama-sama. :)

(Nota Random)

  • Kerap menghargai , memuji, beri galakan, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan si kecil.
  • Banyakkan bersabar bersama-sama mereka. Jangan marah kanak-kanak. Just be happy with them.
  • Ikut kaedah Nabi ketika menasihati. Rasulullah saw banyak menyentuh sahabat-sahabat dan kanak-kanak ketika menasihati mereka.
  • Ketika menasihati, pastikan kita sama level ketinggian mereka dan terus lihat ke anak mata  sambil menyentuh mereka. (berkait rapat psikologi)
  • Nothing is ours. Di dalam Al-Quran menyatakan anak-anak sebagai ujian. Suami, anak-anak bukan kepunyaan kita. Allah mengamanahkan dan akan menyoal semula amanah ini kepada kita di akhirat kelak.
  • Si kecil selalunya akan belajar melalui kaedah observe persekitaran dan orang dewasa.
  • Ajarkan rohani dan emosi. Tanya apa yang dirasa selepas solat? Nak something? Ask Allah first!
  • Biasakan si kecil banyak bertanya untuk komunikasi mereka. Banyakkan bercerita kisah-kisah teladan. Tunjukkan sesuatu di hadapan mereka agar lebih mudah proses pembelajaran.
  • Apabila si kecil melakukan kesalahan immediately kita terus tegur kesalahan itu pada waktu yang sama. Mengikut kaedah menasihati tadi.
  • Tengok TV, IPad, Laptop akan menjadikan kanak-kanak seorang yang pasif. Pastikan mereka lebih banyak membaca dan melihat buku-buku untuk proses imaginasi yang sihat.
  • Kanak-kanak memerlukan orang untuk bercakap. Jangan bagi mereka bersikap pasif. Supaya otak mereka cepat berkembang.
  • Memperkenalkan si kecil dengan tadabbur alam. Ajak mereka melihat, memikirkan kejadian alam, menyentuh daun, memegang tanah. Kaedah komunikasi anak-anak dengan pencipta mereka Allah swt.
  • Ketika mereka bercakap pastikan kita adalah listener yang baik dan menjaga body language bersama mereka.
  • Orang kafir menjatuhkan orang Islam dengan hanya menjauhkan mereka dari Al-Quran sahaja.
  • Mengambil ibrah Kisah Nabi Ibrahim meminta pandangan dan bertanya sebelum membuat sesuatu keputusan kepada anaknya Nabi Ismail. Anak-anak akan lebih menghargai ibu bapa.
  • Cara komunikasi seorang ayah kepada anaknya di dalam Al-Quran. “Wahai anakku..”
  • Anjuran kreatif dan banyakkan berfikir orang Islam. Tanya apa yang anak-anak suka dan minta huraikan.
  • Jangan kerap menyatakan TAK BOLEH di hadapan kanak-kanak. Biarkan mereka mencuba mengikut pengawasan dan penerangan dari kita.
  • Jangan menyatakan. BUDAK NAKAL. BUDAK JAHAT. BUDAK BODOH. Nanti mereka mula mempercayainya.
  • Kajian sebelum tidur. Otak lebih activate. Dan ianya terus berjalan. Seeloknya membaca surah Al-Mulk atau Al-Quran sebelum tidur. Bacakan sesuatu yang bermanfaat sebelum kanak-kanak tidur.
  • Tampal kata-kata, doa, pelajaran di dinding rumah. Mereka lebih tertarik untuk lebih mengingati melalui kaedah pembelajaran ini. Sediakan whiteboard khas untuk mereka sebelum si kecil mengasah bakat melukis di dinding2 rumah anda.
  • Kanak-kanak yang banyak bertanya sewaktu usia kecil mengasah pemikiran yang bijak.
  • Jangan pukul kanak-kanak bawah 7 tahun jika mereka melakukan kesalahan!
  • Pendidikan dengan denda . Contohnya, tak solat ambil barang permainan yang mereka suka.
  • Explore kajian sains dan matematik bersama dengan mereka. Contoh graviti, tekanan air, campuran warna dan lain2.

Begitulah serba ringkas nota kaedah komunikasi dengan kanak-kanak. Jazakumullah khairan kathir kerana sudi membaca. :)

Ps : Sedang menghabiskan bacaan buku Prophetic Parenting karya Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Masih terinspirasi dengan cara didikan ibu bapa asy-syahid Ammar melalui karya buku Cerita Cinta Ahmad Ammar.

Moga Allah kasih. :)



Ahad, Mac 23, 2014

أعيرونا مدافعكم ليوم لا مدامعكم


(L) أعيرونا مدافعكم ليوم لا مدامعكم
(P) أعيرونا مدافعكم ليوم لا مدامعكم

(L)
أعيرونا وظلوا في مواقعكم
بني الإسلام
ما زالت مواجعنا مواجعكم مصارعنا مصارعكم
إذا ما أغرق الطوفان شارعنا سيغرق منه شارعكم
أليس كذلك ؟

(P)
ألسنا أخوة في الدين؟؟
ألسنا أخوة في الدين؟؟
قد كنا....ومازلنا
فهل هنتم وهل هنا؟
أيعجبكم إذا ضعنا؟؟

(L)
أيسعدكم إذا جعنا؟؟
وما معنى بأن قلوبكم معنا؟؟
ألسنا يا بني الإسلام إخوتكم؟؟
أليس مظلة التوحيد تجمعنا؟؟
أعيرونا مدافعكم

(P)
أعيرونا ولو شبراً نمر عليه للأقصى
أتنتظرون أن يُمحى وجود المسجد الأقصى
وأن نُمحى
أعيرونا وخلوا الشجب واستحيوا
سئمنا الشجب و " الردحا "

(L)
أخي في الله
أخي في الله
أخبرني متى تغضبْ ؟
إذا انتهكت محارمنا قد انتهكت
إذا نُسفت معالمنا وقد نسفت
إذا قُتلت شهامتنا لقد قُتلت
إذا قامت قيامتنا ولم تغضبْ
فأخبرني متى تغضبْ ؟

(P)
أخي في الله
أخي في الله
أخبرني متى تغضبْ ؟
إذا نُهبت مواردنا إذا نكبت معاهدنا
إذا هُدمت مساجدنا وظل المسجد الأقصى
وظلت قدسنا تُغصبْ
ولم تغضبْ
فأخبرني متى تغضبْ ؟

(L)
إذا لله، للحرمات، للإسلام لم تغضبْ
فأخبرني متى تغضبْ ؟
ألم تنظر إلى الأطفال في الأقصى
عمالقةً قد انتفضوا
أتنهض طفلة العامين غاضبة
وصُنَّاع القرار اليوم
لا غضبوا ولا نهضوا؟

(P)
ألم يهززك منظر طفلة ملأت
مواضع جسمها الحفرُ
ولا أبكاك ذاك الطفل في هلعٍ
بظهر أبيه يستترُ
فما رحموا استغاثته
ولا اكترثوا ولا شعروا
فخرّ لوجهه ميْتاً
وخرّ أبوه يُحتضرُ

(L) رأيت هناك أهوالاً
(P) رأيت الدم شلالاً
(L) عجائز شيَّعت للموت أطفالاً
(P) رأيت القهر ألواناً وأشكالاً

(L) ولم تغضبْ
فأخبرني متى تغضبْ ؟
(P) ولم تغضبْ
فأخبرني متى تغضبْ ؟

اخوكم الفقير الى الله
اختكم الفقير الى الإسلام

......
Malam Pengenalan Kelab Gontor Darussalam
10.15pm, 24 Februari 2014
Audi Pentadbiran KUIS


Tamat Sudah Semester 8


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah swt. Akhirnya setelah melalui proses final year project yang terakhir ‘viva’, kini tamatlah sudah semester 8 di Kuis. :) Semuanya telah Allah mudahkan. Sekarang tinggal untuk menyiapakan hardcover laporan. Fuhh settle.. (lega) :’)

(Bergambar setelah viva di Akademi Islam)

Mencabar.. Ketahanan emosi, mental, fizikal. Terkadang hampir mengeluarkan air mata ketika melalui proses ini (standard bagi sesiapa yang mengambil fyp). La Tahzan Innallaha ma’ana. Ayat-ayat cinta ini yang ana ulang-ulangkan sepanjang detik-detik kemuncak untuk menyiapkannya. Lappy dengan graphic card yang terbakar di saat-saat akhir, menjarakkan kerja ini bersama sahabat-sahabat yang lain. Sepanjang malam menghadap desktop di rumah dengan kerjasama daripada adik-beradik yang terpaksa memahami keadaan kakaknya langsung mereka tidak menyentuh desktop hampir 2 minggu. Ibu sebagai peneman, tidur menemani hampir setiap malam menunggu anaknya menutup desktop pukul 3 pagi, bangun Subuh dan mengulanginya setiap hari. Ayah yang sponser kertas-kertas laporan yang beratus-ratus digunakan. Sahabat-sahabat yang sentiasa menghubungi bertanyakan perkembangan saling support each other melalui ‘waksep’. Supervisor yang sungguh awesome dan ana amat bertuah mengenalinya. Maka terhasillah produk ini. :)

(Pendidikan Kiu Iqra’ 1)

14 Mac 2014. Tamat sudah tempoh kami menghasilkan projek ini. Mengharapkan kebaikan untuk saat-saat terakhir dalam hidup kita. Begitu juga mengharapkan kebaikan untuk saat detik terakhir sebagai seorang mahasiswi. Dan.. Alhamdulillah3x. Pengakhiran yang indah, semua urusan dipermudahkan saat membentang projek ini di hadapan penilai. Alhamdulillah.. :) Untuk terakhir kalinya keluar dari bilik kuliah. Menatap lama mereka. Shabat-sahabat yang bersama-sama mujahadah hampir 5 tahun di bumi barakah ini. Terima kasih Tuhan anugerahkan mereka. :)

(Bff till Jannah insyaAllah :))

Keesokannya, bersama-sama sahabat karib pergi ke Shah Alam. Mencipta memori. Entah bila lagi kita akan bersua melakukan aktiviti bersama. Masing-masing simpan dalam hati. Kenangan.. :’)

(Tamat sudah semester 8)

Belum hilang lagi ‘kemultimediaannya’ bila keluar bersama pun cari Muzium Art 3D. :)

Ps :
-Keep praying for MH370
-Sedang menganggur 2 bulan sebelum praktikal (rindu program2 T_T)
-Masa untuk bercinta dengan buku-buku :)


Isnin, Februari 10, 2014

Ubah Lelah Jadi Lillah


Bismillahirrahmanirrahim..

Coretan kecil barangkali. Saat-saat ini masa, tumpuan, pemikiran, kesihatan dicuri terus oleh Final Year Project. Memandangkan ini adalah sem terakhir ana di KUIS. Kuliah dan kelas sudah lama dihabiskan sem7 yang lalu. Ah, rindu. Rindu dengan sahabat seperjuangan. Rindu ta’alim di dalam kelas. Rindu tergesa-gesa bersiap untuk ke kelas. Kini semuanya menjadi memori. :)

‘No pain, no gain’. Walaupun masa lebih tertumpu menyiapkan Final Year Project. Tekanan masih dirasai. Jika tidak disiapkan, pasti sem kali ini hanya sia-sia sahaja. Hanya satu mata pelajaran yang didaftar bagi menyelesaikan sarjana muda ini. Langkah seterusnya adalah praktikal. Biiznillah.

‘Ubah lelah jadi Lillah’. Walaupun masa agak singkat untuk ana yang masih refresh semula segala pelajaran multimedia sem2, dorongan sahabat2 tak dinafikan memain peranan utama untuk membakar hammasah ini. InsyaAllah, project ana berkaitan E-Learning untuk anak2 kurang upaya yang baru bertatih untuk mengenali Al-Quran. Ana anggap ini sebagai pelaburan untuk akhirat. Mereka juga punya hak untuk merasai tarbiyah dan keindahan Islam dalam kehidupan mereka. Sama seperti manusia normal yang lain. Indahnya jika kalam-Nya berada di dalam setiap hati-hati manusia. Ah, mungkin juga suatu hari nanti mereka juga yang menjadi pengantara hidayah (dai’e) kepada manusia normal di luar sana. Moga Allah kasihi mereka. :)

‘Man jadda wajada’. Tarikh Final Presentation tinggal 3 minggu lagi. Seminggu sebelum presentation waktu ana akan dialihkan kepada kehadiran tetamu2 MOU ISID Indonesia yang mengadakan ke KUIS selama seminggu. Tetamu datang ni rahmat. :) Buat sehabis baik akan tugas yang telah diamanahkan ini. Rindu Gontor. Ini waktunya membalas budi. Moga ini adalah salah satu amal yang disukai-Nya, golongan yang bertemu dan berpisah kerana Allah. InsyaAllah.

Quote untuk student Final Year Project yang terakhir. ‘Ada 2 derita yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang yang bergelar pelajar. Sama ada dia menderita kerana payahnya belajar untuk mendapatkan ilmu ataupun dia akan menderita sepanjang hidup kerana mensia-siakan waktu belajarnya.’ Selepas ini, pasti ana akan merindui saat-saat genting ini. Maka buatlah sehabis baik untuk mencorakkannya menjadi memori yang terindah di akhir semester. :)

Rabbi yassir wala tuassir…



You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "