Ahad, Disember 25, 2011

Misteri Pasukan Panji Hitam


Kemunculan yang dinanti
Kemunculan yang digeruni
Kemunculan yang pasti
Kemunculan yang masih misteri..

Pasukan misteri yang siap siaga
Siang bagai kumpulan sang singa
Sedang malam merintih sengsara
Insafi akan kerdilnya jiwa..

Misteri pasukan panji hitam
Diburu dan juga terus memburu
Membakar jiwa setiap seteru
Berbekal amal, iman dan ilmu
Agar mereka menjadi debu..

Misteri pasukan panji hitam
Ramai yang cuba mencorakkannya
Dengan ribuan pelbagai cara
Bersih dan kotor tak dihiraukannya
Penyucian jiwa bagai tiada..

Misteri pasukan panji hitam
Siapakah sebenar yang akan mengibar
Pastinya dari jiwa yang besar
Dengan semangat nyalaan berkobar
Musuh yang angkuh tersungkur dasar..

Misteri pasukan panji hitam
Adakah kita hanya menanti
Apakah pula hanya memerhati
Sedang musuh hanya memerhati
Mana hilangnya peri simpati..

Duhai pemuda pemudi bangsa
Marilah julang kembali agama
Kembali sujud pada Yang Esa
Bersatu hati membuang sengketa..


Jumaat, Oktober 14, 2011

Aduhai Hati







Ibrahim bin junaid menyebutkan bahwa 
seorang lelaki menggoda seorang perempuan.
Perempuan itu berkata pada si lelaki,
"kamu telah mendengarkan al-Quran dan hadis, dan kamu lebih tahu".
Lelaki itu berkata, "tutuplah semua pintu". 
Lalu perempuan itu menutup semua pintu.
Ketika lelaki itu mendekat padanya, perempuan itu berkata,
"Masih ada satu pintu lagi yang belum saya tutup".
Lelaki itu bertanya, "pintu yang mana lagi?".
Perempuan itu menjawab, "Pintu antara kamu dan ALLAH".
Lalu lelaki itu tidak jadi melakukannya...

Yazid bin maisarah berkata, ALLAH swt berfirman:
"Wahai pemuda yang meninggalkan syahwatnya untukKU,
yang mencegah dirinya dari kesenangan masa mudanya karana AKU!
Di sisiKU engkau laksana sebahagian malaikatku".
(Bercinta dengan ALLAH, 2010)

Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin,
Ibnul Qayyim al-Jauziyah selaku seorang ahli yang pakar berkenaan cinta berkata,
Antara hukum cinta yang sejati ialah
Cinta menuntut penunggalan kekasih tanpa memadunya dengan yang lain.
Bak kata pepatah arab,
“Di dalam hati tidak ada ramai kekasih dan di langit tidak ada ramai sembahan.”

Sekiranya cinta diagih ke beberapa tempat,
Tentu sahaja kekuatan cinta itu akan melemah.

Dinukilkan sebuah syair,
Dusta orang yang mengaku memiliki dua cinta
Laksana kedustaan al-Manawiyah dalam dasar agama
Tidak ada tempat bagi dua kekasih dalam satu hati
Satu urusan tidak boleh dituntun dari dua sisi
Allah SWT sendiri berkata,
Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.
(Surah al-Ahzab: 4)


Rabu, September 14, 2011

Kotak Comel


~Warna-Warna Kehidupan~













“Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah, nescaya Allah juga cinta untuk bertemu dengannya..”
(Bukhari & Muslim)

Selasa, September 06, 2011

Upin Ipin


Bismillahirrahmanirrahim..

Melihat telatah kucing2 kesayangan ini, mencuit hati yang dari tadi keresahan.
Entah apa yang difikirkan, moga akhirnya nanti ada jawapan dan ketenangan.

Berbalik dengan si comel ini. Upin Ipin.. Itulah setiap hari diri ini jeritkan.
Lantas setiap kali itu juga, si kecil ini berlari-lari mendapatkan lalu menggeselkan badan..
Ah, manja.. Namun ada rasa bahagia yang menyelinap ketika melayan keletah mereka..
Upin putih bersih gebu, menyerlah sebagai anak kucing putih yang comel..
Ipin hitam ‘manis’ lagaknya, berekor pendek mengiau manja..
Hehe, namun bukan itu yang cuba diri ini sampaikan sebenarnya..
Ada yang menyentuh hati kecil wanita rasanya..
Kasih sayang.. ya, kasih sayang..

Si ibu kucing, kurus, seakan tiada laratnya, hanya menunjukkan upaya yang semakin tua..
Si anak masih sibuk mencari2 sumber makanan disekitar badan ibunya..
Dengan kudrat yang sepertinya kurang upaya, si ibu terus membiarkan anak-anak menyusu badannya..
Sambil menjilat manja membersihkan tubuh anaknya yang comel-comel ini.
Kemudian gerak si anak hanya sekali menjilat tubuh kering ibunya, kemudian sambung menyusu semula.
Si ibu kucing masih tetap meneruskan rutinnya tanpa henti..

Aku terdiam sendiri..
Memikirkan keajaiban Illahi..
Betapa besarnya kasihMu Ya Rabbi..
Begitulah juga seorang ibu.
Tetap terus memberi walau kadangkala disakiti.
Betapa besarnya pengorbanan ibu, setelah melahirkan dengan kesakitan, meyusukan walau diri tiada kudrat dan kemampuan, membesarkan dengan keletah anak-anak yang hanya mahu kesenangan..
Si Ibu terus memberi dan memberi.. Tanpa ada sedikit rasa keluhan, malah diberi dengan imbalan rasa 
kasih sayang..

Melihat anak kucing tadi, rasanya hanya menempelak diri sendiri..
Hanya sekali jilatan diberikan yang lain hanya sambung penyusuan..
Begitu jugakah dengan si anak? Hanya menghirup kemanisan yang ibu berikan hanya sekali sekala sahaja mempamerkan tanda berterima kasih atas pengorbanan?
Ahh, diri ini melepaskan keluhan..
Benarlah betapa hebatnya menjadi seorang ibu..
Dan benarlah syurga itu dibawah telapak kaki ibu..

Ya Allah, jadikanlah kami anak yang soleh solehah..
Ketahuilah kami telah menyaksikan kehebatan mereka menjaga amanah, 
maka binakanlah sebuah istana untuk mereka disyurga.. Allahurabbi..

Suara mengiau si upin menyentak lamunan..
Menggesel-geselkan badan lantas merenung tepat ke anak mata..
‘Tanda suruh sediakan makanan nasi dan ikan..’ =)

Jumaat, September 02, 2011

Seloka Asasi

~Ukhti Hidayah~

~Ukhti Zafirah~


(Assalamualaikum..
Waalaikumsalam..
Ukhti Zafirah apa khabar?
Khabar baik, Alhamdulillah..
Mari kita berseloka.)

Salam ukhuwah pembuka suasana
Seloka dipersembah bertambah ceria
Buat hiburan kita bersama
Kalau terkena maaf jangan terasa

(Dengarkan ya ukht)
Pusat asasi nama diberi (aiwah)
Pelajar cemerlang impian dicari
Pensyarah gemilang berpusat disini
Harapan kejayaan dapat dijulangi (insyaallah)

Gayanya segak digilai ramai
Bakat terserlah menambat hati (aiwah)
Melihat wajahnya terasa damai
Kepimpinan tersohor pilihan kami (Alhamdulillah)

(Dengarkan ini pula ukhti
Tafaddahali..)
Program ilmiah selalu diberi
Kerusi banyak tapi penonton lari (masyallah)
Sukan dipadang semua hadiri
Itulah tabiat pelajar asasi (ya Rabbi)

(Teruskan ya ukht)
Bicara bermula dengan santunnya
Nampak tenang tapi mesra (siapa dia?)
Bukan pelajaran agama sahaja diconquernya
Student akademi islam boleh-boleh belaka
(insyallah, boleh buat menantu ni)

(Dengarkan ini pula)
Budak management memang happening
Orang lain dah bagi warning (masyallah)
Yang lalu lalang menjeling-jeling
Maklumlah memang bising (oh, semput)

(sahabat2 dengar sini zafirah ingin bicara)
Penggodam internet itulah mereka
Bila program mereka berjaga (ye ke?)
Orang study buku, computer depa buka
Bab-bab computer, budak it expert belaka
(wah hebatlah ni)

(haa, dengar ini pula)
Nak jadi wartawan impian mereka (insyallah)
Disangka bengis rupanya ceria
Budak komunikasi penggembur cerita (aiwah)
Kalau tiada confirm tak ceria

(hmm, apa lagi kita belum sebut ye?
Dengar pula yang ini ukhti)
Diam-diam ubi berisi
Jalan sebelah langsung tak bunyi
Pelajar arab memang begini (padanlah)
Result exam gempak sekali (subhanallah)

(nampaknya masa terus mencemburui kita
Jikalau begitu kita tutup dengan pemanis kata)
Demikian sudah seloka kami
Kepada yang terkena jangan ambil hati
Ampun dan maaf kami sudahi
Dari hujung rambut hingga hujung kaki

….
Malam Mega Alumni Asasi
9.40pm, 29 Julai 2011
Pusat Konvensyen Kuis


Mantera Anak Wawasan



[Hidayah]
Kalian, jika keris pusaka ini diasam limaukan
kalau tanjak pahlawan ini dimahkotakan
pasti alun hidup akan terjurus
pada satu arah dan matlamat,

[Zafirah]
berkata dengan santun dan berbudi
menyanggah secara halus dan bererti
tepak sirih dihulur, salam bersahut
maka pekerti akan datang sendiri
berdiri sebagai bangsa bermartabat
dalam persada iman dan taqwa.

[Zafirah&Hidayah]
Pada tujuh petala langit
pada tujuh petala bumi,
turunkanlah semangat pahlawan bangsa
pada anak-anak wawasan
yang berkeliaran di kaki lima,
asapkan mereka dengan semangat perwira
agar mereka menjadi panglima setia bangsa.

[Hidayah]
Hei! anak-anak wawasan,
kini bukan lagi masa untuk bersandar lena
atau asyik bersembang di kaki lima,
kita mesti mengejar masa
kita mesti mengukuh kuasa
agar kita setara dengan segala bangsa.

[Zafirah]
Hei! anak-anak wawasan,
ruang yang luas mesti dirampas
sekali tercicir bererti gelincir
sekali terlepas bangsa melepas.

[Hidayah]
Kita jangan papa jadi perempat
dan peminta di tanah air sendiri
kita jangan celaka jadi penyengat
dan petualang jalang mengotor hitam persada suci.

[Zafirah]
Usah lalai dengan kemerdekaan
jangan leka dengan kebebasan
perjuangan kita baru bermula
esok lusa siapa yang punya.

[Hidayah]
Aku anak wawasan
Harapan nusa dan bangsa
Akan ku tentang petualang Negara
Yang tegar membuat angkara.

[Zafirah]
Aku anak wawasan
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa.

[Zafirah&Hidayah]
Bangunlah
Bangunlah dari lena yang panjang
Sedarlah
Sedarlah agar kita tidak terus dijajah
Bebaskan akal kita
Bebaskan fikiran kita
Kembalikan kegemilangan warisan pusaka
Diatas pentas paling agung
Kita persembahkan budaya timur
Kita agungkan agama tercinta.

….
Pertandingan Puisi Kemerdekaan
11.35am, 14 Julai 2011
Garlic Stage Kuis

Monolog Anak Palestin


[Zafirah]
Genggamannya meramas  erat seketul batu
Tangannya yang penuh biratan luka itu
Gagah menghayun seiring..
Allahuakbar!!

[Hidayah]
Ternyata hanyunan itu tepat membidik sasarannya
Kesakitan..
Dia gembira, benar-benar gembira
Dan bertakbir
Allahuakbar!!


[Zafirah]
Anak sepertinya di usia ini
Manja melentok diribaan ibu
Kamus hidupnya hanya gembira, bermain dan tertawa
Noktah suka dan ria seakan tiada padanya..

[Hidayah]
Tapi kenapa dengan anak kecil ini
Mengapa??
Apa yang menghalangmu untuk ketawa gembira
Seperti kanak-kanak kecil di sana, di sana dan di sana??


[Zafirah]
Aku? Aku kau bicara tidak gembira!
Bahkan aku tiada masa untuk dibazirkan ,
Tanggungjawabku lebih menggunung dari kanak-kanak yang lain ,
Aku tidak pernah keseorangan sebegini ,
Lihat nun di sana…kawan-kawan ku
Mereka sedang berjihad…
Takbir…  Allahu Akbar !

[Hidayah]
Bukankah ini hanya kerja sia-sia?
Balingan batu-batu kerdil ini tak mungkin menghalang
Menghalang.. apatah lagi menewaskan mereka
Mereka juga tidak sedikitpun rugi



[Zafirah]
Ahh.. hinakah kami yang ingin membela diri?
Bicarakan apa yang telah kau perbuat
Di mana pula negara-negara Islam??
Di mana mereka ? Di mana tika ini ?

Tak mungkin kami tunggu dan lihat
Bila darah ayah mengalir deras
Sedang ibu bermandikan darah
Kakak meratap gila kehilangan maruah
Ya Allah.. bantulah islam!


[Hidayah]
Anak kecil..
Darah ad-Durrah tidak akan sia-sia ,
Bahkan ianya tertuntut dan terbela ,
Titisan demi titisan cecair merah panas itu
Kau iringi lontaran demi lontaran batu-batu,
Biar nyawa menjadi taruhan ,
Syahid.. syurga telah dijanjikan

[Zafirah&Hidayah]
Pada riuh perang yang tak berkesudahan
Pada dentuman bom menggetarkan bumi
Apakah palestina tidak berhak diberi keamanan?
Apakah tanah islam ini terus diinjak-injak tanpa kesudahan?
Monolog anak palestin
Akan tiba juga hari kemenangan..

....
Konsert Amal Palestin
9.45pm, 24 Jun 2011
Dataran PKK, Kuis

Selasa, Julai 19, 2011

Cukuplah Hanya Allah


Suatu hari kau kan mengerti,
Siapa yang paling mencintai,
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya..

Dia.. Allah.. Allah yang paling mencintai kita, aku dan kamu..

Subhanallah, perancanganMu sungguh hebat..
Subhanallah..

Maaf, diri ini bunga larangan..
Bunga ini milik-Nya.. Dan kamu juga milik-Nya..
Cukuplah Allah bagiku..
Cukuplah Allah untukmu..

Aku mohon..
Jangan jadikan aku fitnah dunia..
Kamu tahu itu..
Rasulullah saw sendiri bersabda,
Fitnah paling besar di akhir zaman untuk kaum mu adalah wanita..
Aku mohon..
Jangan jadikan diriku fitnah untuk dirimu..
Apa yang aku ingin bicarakan di hadapan Tuhan kelak
Aku malu jika tanpa kusedari, aku telah menfitnah dirimu
Impianku yang satu,
Aku ingin menjadi wanita syurga bukan wanita fitnah dunia..

Cukuplah Allah bagiku..
Cukuplah Allah untukmu..
Akulah manusia yang paling bahagia
Jika hatimu diletakkan sepenuhnya untuk Rabb..
Akulah manusia yang akan sujud syukur
Jika kau terus berjuang untuk agama Allah
Aku rindukan pemuda harapan Rasulullah..

Lupakah dikau kisah anak Saidina Abu Bakar As-Sidiq
Betapa marahnya seorang ayah apabila mengetahui anaknya yang lalai
walaupun dengan cinta isterinya sendiri
Sehingga Abu Bakar menyuruh anaknya menceraikan isterinya
yang sememangnya juga solehah..
Hanya kerana leka terlupa cinta-Nya yang paling utama..

Wahai pejuang agama,
Aku tahu Allah amat menyayangimu
Malu aku jika mengganggu lewat ibadahmu
Sungguh, tiada apa-apa dariku
Aku juga milik-Nya
Maka puji-pujian kembalikanlah untuk-Nya..

Cukuplah Allah bagiku..
Cukuplah Allah untukmu..
Kepada-Nya lah orang2 beriman itu bertawakal..

Allah..

~Mawar~



Sabtu, Jun 25, 2011

La Tahzan Mawarku

Allah ambil manusia paling derita dlm dunia dan dimasukkan sekejap di syurga
dan ditanya pernahkah kamu merasa derita?
Dia jawab"Aku tak pernah rasa derita.
(Derita sepanjang hidup didunia terus dilupa pabila masuk ke SYURGA).
Lihat bagaimana dia lupa derita seluruh hidup dunia bila merasa sekejap syurga di akhirat,
begitu juga manusia yang nikmat di dunia lupa nikmat apabila dimasuk sekejap di neraka..

Jumaat, Jun 10, 2011

Lama Menyepi

Bismillahirrahmanirrahim..

Kenangan terindah sesi ta’aruf intake 1 dan 2. Hanya Allah sahaja yang tahu luahan rasa. Terima kasih Ya Allah atas semua pengajaran yang berharga. Suka, duka, tangis, gurau, senda sentiasa bermain di mata. Insyaallah, masih dita’lifkan lagi sebagai fasilitator untuk ta’aruf sesi September. Moga dakwahku dan sahabat diterima oleh-Nya. Pesanan ustaz tersemat di minda, sesiapa yang menolong agama Allah, Allah akan kembali menolong meneguh kedudukannya. Buat adik2 akak, semoga hatimu lembut disentuh nikmat islam dengan biah solehah di dalam kampus ini.. Syukran atas kesemuanya.. Takbir!! Allahuakbar..





















You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "