Khamis, Mei 29, 2014

Cerita Di Bulan Lima

[Gambar Ihsan :p]

Bismillahirrahmanirrahim…

“Along, bosanlah cuti!” Adik bongsu ana bicara. Ana hampir membeliakkan mata. Tersengih. “Serius? Adik baru cuti sekolah sehari dah kata bosan?” ‘Along yang cuti hampir 2 bulan ni apatah lagi.’ Sambung dialog di dalam hati.

Rindu untuk terus menatap wajah-wajah sahabat kesayangan. Rindu untuk menadah ilmu daripada ustaz ustazah. Rindu program-program yang membangkitkan hamassah di jiwa. Rindu mahu memeluk  dan membelai anak-anak syurga di taska sana. Rindu bermanja-manja beribadah di rumah Tuhan. Sungguh. Rindu-rindu itu mengisi sepanjang hari yang berlalu.

[Meja Mujahadah Final Year Project]

Sudah hampir 3 minggu di bulan lima. Resah di hati. Keputusan yang telah diumumkan bulan empat masih belum dikeluarkan hingga kini. “Fira.. Buka LMS keputusan dah keluar.” Sapa seorang sahabat di ruangan whatssap. Jari pantas menekan-nekan skrin handphone. Username. Password. Enter. ‘Result not released’. Allah.. :)

Hati semakin berdebar. Hampir kesemua sahabat-sahabat telah mengetahui keputusan semester 8. Bertanya-tanya khabar sahabat-sahabat yang lain. Masih ada 4 orang berbaki yang masih tidak mengetahui jawapan. Satu-satunya subjek semester 8 ini adalah Final Year Project. Moga Allah mudahkan.

Kaki melangkah laju menuju Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Nekad mewakili sahabat-sahabat yang lain. Rupa-rupanya masih ada 7 orang yang berbaki belum dikeluarkan keputusannya. Alhamdulillah, hampir 3 hari telah berlalu. Keputusan berjaya dikeluarkan. Dan jawapan untuk itu.. 4 Flat. Terima kasih ya Allah. :’)

[Bersama Sahabiah Gontor di Yayasan Restu]

Hari Jumaat. Hati dilanda keresahan. Menerima arahan daripada ustaz. Ustaz perlukan jawapan dalam masa 3 hari tempat praktikal untuk bulan enam ini. Hanya Tuhan yang tahu. Resume yang telah dihantar masih tidak ada jawapan balas. Bukan sedikit. Hampir 7 tempat memohon. 2 menolak. 5 mendiamkan diri dalam jangka masa yang lama. Resah hanya Tuhan yang tahu.

Doa dan tawakal. Cuma berharap tempat praktikal nanti punya keindahan tersendiri bila bulan Ramadhan menjelma nanti. Tidak ada yang lain selain itu. “Fira.. Kita semua dapat Yayasan Restu.” “Haa..??” Seperti bangun dari lena mimpi. Pagi tadi terlalu risau memikirkan status permintaan ustaz di facebook. Petang ini,dikejutkan dengan jawapan lamaran itu. Subhanallah. Allah punya cara dan hikmah-Nya tersendiri. :)

Petang itu juga kami bertungkus-lumus menyiapkan segala urusan pengesahan dari jabatan Usuluddin ke pihak Yayasan Restu. Alhamdulillah, perkara sulit buat kami yang telah dimudahkan-Nya. Maha Suci Tuhan yang telah membantu untuk semua urusan itu. InsyaAllah, 8 Jun ini praktikal bermula. Dekat bersebelahan Masjid Negeri Shah Alam. Hamdallah.. :)

[Terima Kasih ukhti Anisah :)]

25 Mei. Genap 23 tahun umur yang telah dipinjamkan-Nya untuk hidup di atas muka bumi ini. Seharian berada di terminal KLIA bersama keluarga besar. Menghantar Pakcik sekeluarga kesayangan berangkat menunaikan umrah. Dari pagi hingga ke petang bersama mereka. Penat. Gembira. Teruja. Bersama mereka yang tersayang. Ucapan selamat hari jadi tidak putus dari saudara-mara. Seperti majlis reunion keluarga ketika itu. :)

Pulang ke rumah. Baru menyempatkan diri membuka media sosial. Sahabat handai yang jauh di mata dekat di hati tidak putus mendoakan kebaikan. Alhamdulillah. Moga Allah kabulkan dan doa yang sama dikembalikan untuk kalian. Ukhti Anisah sempat menghantar pesanan kek melalui sahabat yang tinggal berdekatan. Jazakillah ukhti. Moga Allah kasihkan ukhti atas kebaikan2mu. :’)

“Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba untuk 23 tahun yang telah berlalu dan rahmatilah hamba-Mu untuk tahun-tahun yang berbaki.”

[Kota Rindu]

Sebenarnya, hati ana keseluruhan telah dicuri terbang ke kota rindu. Moga Allah hadiahkan kami sekeluarga untuk mengunjunginya suatu hari nanti. Hakikatnya, hari-hari yang berlalu terasa kosong jika tidak isi dengan cinta dari-Nya. Wajah dan redha-Nya suatu hari nanti. Itulah dambaan terdalam yang diimpikan dalam setiap bisikan doa-doa hamba. Rabb.. :’)

Ps : Counting days student practical.. :)


Khamis, Mei 15, 2014

يوم المدرسات


يا نجمي في الفن والتعليم
إنك ذوفضل كريم
لم يكن لبي خاليا بعلومك
منحتني الحسنات في تعليمك
ومنحتني المدافعة في حياتي
خطيت رجليك من غير ريب
وتخرجين رنك بلطف حليم
ولا النعبير الملائم لبيان فخورى بك
متى كان الليل مقمرا و النهار مشمسا
فتقوم محبتي منورة طول الزمان
……..
16 Mei 2013, Khamis
Yaumu Mudarrisat
Qo’ah Burtuqol, Gontor Putri 1


Ahad, Mei 11, 2014

Sahabat Syurga


Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini genap ulang tahun kelahiran yang ke 23 buat sahabat seperjuanganku. Sedar tak sedar, hampir 5 tahun kami saling mengenali. Tawa, tangis, suka, duka telah kami tempuh bersama dari permulaan hingga berakhirnya pengajian kami di bumi tarbiyah KUIS. Subhanallah. Doa yang sering disebut-sebut kepada-Nya suatu ketika dahulu seperti telah diperkenankan oleh-Nya. Kurniakanlah daku sahabat baik dan setia yang melorongkan langkah ke arah-Mu sepanjang perjuangan menuntut ilmu di sini. Masih ingat lagi, ada seorang sahabat berbicara kepada kami. Macam mana kalian boleh seakrab ini. Persahabatan kalian seperti telah dijodohkan oleh Tuhan. Aku senyum. Dalam hatiku berbisik, Allah telah memperkenankan doa hamba-Nya yang meminta suatu ketika dahulu. Terima kasih Allah. :’)

Pertama kali kami disatukan sebagai sahabat yang akrab. Saat memasuki kelas pertama SMUM1. Memandangkan aku dan dia berasal dari pelajar asasi yang berlainan course, dan sahabat lain asli dari asasi Akademi Islam. Maka disitulah permulaan kami bersama, menadah kitab arab, presentation, berkumpulan dalam assignment dan berprogram bersama-sama. Setiap kali waktu menunggu untuk masuk ke kelas seterusnya, kami akan membeli nugget dan fishball di fpm dan makan bersama. :’) Dari situlah aku mengenali lebih rapat dirinya malah kisah keluarganya turut dikongsi bersama. Masih ingat lagi, dia begitu bersemangat setiap kali menceritakan kisah sumber inspirasinya ‘ummi’ hingga aku belajar sesuatu dan lebih menghargai kasih dan jasa seorang ibu.

Aku mengenalinya sebagai seorang yang rajin dan tidak mudah berputus asa. Banyak aktiviti dan program kami libatkan diri bersama. Persatuan, Taaruf, Kempen Gaza Syria, jaulah, Gontor dan banyak lagi. Alhamdulillah. :) Pernah suatu ketika, seringkali berlaku setiap kali teringatkan si dia pasti ada tiba-tiba pesanan meseg darinya akan masuk. Begitu rapatnya 2 hati walaupun jauh dari tempat yang berbeza. Kenangan yang paling tidak boleh dilupakan, bila si dia memegang erat tanganku yang hampir jatuh hingga aku berjaya terbang bersama berjuang menuntut ilmu di Indonesia. Terima kasih sahabat atas jasamu. :’)

Dalam diam juga, aku mengagumi kepakarannya dalam bidang masakan. Cara si dia mesra melayan tetamu sedikit sebanyak telah mengajar diriku untuk berusaha memuliakan tamu mengikut sunnah Rasulullah saw. Entah berapa kali aku membawanya pulang ke rumah berjumpa nenek dan ibu. Sepertinya kami sudah seperti keluarga sendiri. Terharu apabila mengingati semula support darinya saat pertama kali aku menukar imej kepada gadis berpurdah. Dia seringkali mem’protect’ diriku yang berpurdah walaupun tanpa sedar dan aku sangat bersyukur punya sahabat sepertinya. Terlalu banyak kenangan dan memori indah bersama yang ingin dinukilkan, namun tak terluah besarnya nilai persahabatan berbanding dengan coretan ini. Moga Allah jaga dia walau di mana dia berada, walau jarak dan waktu akan memisahkan kita… :)

Ukhti fillah,
Eid milad ukhti, 23 sanawat..
Asifah kullu khoto’ li thowalun sodaqotna..
Hazihi qissah soghirah hadayah khususan li ukhti.. (Hal ukhti tuhibbin?):)
Qod takunu mara’ah solehah, tiflatun solehah wa hurrun ‘ain fi jannah..
Ana ad’uu.. Qod takunu ukhti tujad zauj soleh wa usrah kabirah saadah..
Allah yubarik ‘alaiki fi hayatu mubarakah, wannajah, warizq’i , wa hayatu saleem..
Doa nanti kita dapat naik pentas graduate sama-sama ya
Moga Allah kasihkan ukhti selama-lamanya
Uhubbukifillah abadan abada.. :)

SANAH HELWAH SAHABAT,
ANISAH  BT ISNIN (12 Mei 2014).

Ps: Sudikah suatu hari nanti kita kembali bersama menjadi sahabat syurga? :’)


Isnin, Mei 05, 2014

Part 1 : Nota Random


Bismillahirrahmanirrahim..

Nota ringkas ini sempat ana catit dalam halaqah kami bersama Kak Wardina bulan November tahun 2013. Mengenai kaedah komunikasi dengan kanak-kanak. Sebelum nota ini hilang ditelan bersama-sama kertas nota yang lain. Maka ana nukilkan supaya ianya dapat dikongsi ilmu ini bersama-sama. :)

(Nota Random)

  • Kerap menghargai , memuji, beri galakan, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan si kecil.
  • Banyakkan bersabar bersama-sama mereka. Jangan marah kanak-kanak. Just be happy with them.
  • Ikut kaedah Nabi ketika menasihati. Rasulullah saw banyak menyentuh sahabat-sahabat dan kanak-kanak ketika menasihati mereka.
  • Ketika menasihati, pastikan kita sama level ketinggian mereka dan terus lihat ke anak mata  sambil menyentuh mereka. (berkait rapat psikologi)
  • Nothing is ours. Di dalam Al-Quran menyatakan anak-anak sebagai ujian. Suami, anak-anak bukan kepunyaan kita. Allah mengamanahkan dan akan menyoal semula amanah ini kepada kita di akhirat kelak.
  • Si kecil selalunya akan belajar melalui kaedah observe persekitaran dan orang dewasa.
  • Ajarkan rohani dan emosi. Tanya apa yang dirasa selepas solat? Nak something? Ask Allah first!
  • Biasakan si kecil banyak bertanya untuk komunikasi mereka. Banyakkan bercerita kisah-kisah teladan. Tunjukkan sesuatu di hadapan mereka agar lebih mudah proses pembelajaran.
  • Apabila si kecil melakukan kesalahan immediately kita terus tegur kesalahan itu pada waktu yang sama. Mengikut kaedah menasihati tadi.
  • Tengok TV, IPad, Laptop akan menjadikan kanak-kanak seorang yang pasif. Pastikan mereka lebih banyak membaca dan melihat buku-buku untuk proses imaginasi yang sihat.
  • Kanak-kanak memerlukan orang untuk bercakap. Jangan bagi mereka bersikap pasif. Supaya otak mereka cepat berkembang.
  • Memperkenalkan si kecil dengan tadabbur alam. Ajak mereka melihat, memikirkan kejadian alam, menyentuh daun, memegang tanah. Kaedah komunikasi anak-anak dengan pencipta mereka Allah swt.
  • Ketika mereka bercakap pastikan kita adalah listener yang baik dan menjaga body language bersama mereka.
  • Orang kafir menjatuhkan orang Islam dengan hanya menjauhkan mereka dari Al-Quran sahaja.
  • Mengambil ibrah Kisah Nabi Ibrahim meminta pandangan dan bertanya sebelum membuat sesuatu keputusan kepada anaknya Nabi Ismail. Anak-anak akan lebih menghargai ibu bapa.
  • Cara komunikasi seorang ayah kepada anaknya di dalam Al-Quran. “Wahai anakku..”
  • Anjuran kreatif dan banyakkan berfikir orang Islam. Tanya apa yang anak-anak suka dan minta huraikan.
  • Jangan kerap menyatakan TAK BOLEH di hadapan kanak-kanak. Biarkan mereka mencuba mengikut pengawasan dan penerangan dari kita.
  • Jangan menyatakan. BUDAK NAKAL. BUDAK JAHAT. BUDAK BODOH. Nanti mereka mula mempercayainya.
  • Kajian sebelum tidur. Otak lebih activate. Dan ianya terus berjalan. Seeloknya membaca surah Al-Mulk atau Al-Quran sebelum tidur. Bacakan sesuatu yang bermanfaat sebelum kanak-kanak tidur.
  • Tampal kata-kata, doa, pelajaran di dinding rumah. Mereka lebih tertarik untuk lebih mengingati melalui kaedah pembelajaran ini. Sediakan whiteboard khas untuk mereka sebelum si kecil mengasah bakat melukis di dinding2 rumah anda.
  • Kanak-kanak yang banyak bertanya sewaktu usia kecil mengasah pemikiran yang bijak.
  • Jangan pukul kanak-kanak bawah 7 tahun jika mereka melakukan kesalahan!
  • Pendidikan dengan denda . Contohnya, tak solat ambil barang permainan yang mereka suka.
  • Explore kajian sains dan matematik bersama dengan mereka. Contoh graviti, tekanan air, campuran warna dan lain2.

Begitulah serba ringkas nota kaedah komunikasi dengan kanak-kanak. Jazakumullah khairan kathir kerana sudi membaca. :)

Ps : Sedang menghabiskan bacaan buku Prophetic Parenting karya Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Masih terinspirasi dengan cara didikan ibu bapa asy-syahid Ammar melalui karya buku Cerita Cinta Ahmad Ammar.

Moga Allah kasih. :)



You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "