Jumaat, Julai 27, 2012

Cukuplah Hanya Allah


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)

Ahad, Julai 08, 2012

Tangisan Diam-Diam


Mata merenung ke lantai
Sunyi sepi mebelah sukma
Hampir menunduk
Berjalan mengira tapak
Tangan seperti memegang serpihan kaca-kaca
Darah tanpa warna
Dia menangis diam-diam..

Kosong
Masih cuba laksanakan yang terbaik
Kosong
Melawan arah putaran waktu
Kosong
Harus mengerti apa yang sedang berlaku
Kosong
Dia menangis diam-diam..

Mencari tapak pulang kepangkuan-Nya
Agar mengerti semua yang terjadi pasti ada hikmah sebaliknya
Belajar erti ikhlas itu jawapan-jawapan yang sering dijeritkannya
Paksa dan terus memaksa jalan ini bukan semudah yang disangka
Hampir terduduk
Dia menangis diam-diam..

Berjalan menagih simpati
Kuntuman senyuman masih tetap diberi
Gelak tawa mencuit hati
Sahabat-sahabat menceriakan hari
Mawar mekar memberi wangi
Tanpa mengetahui
Ada yang sedang menangis diam-diam..

Air mata bergenang
Cuba turun dari empangan
Wajah berpaling tangan mengesat
Masih cuba bertahan
Kerana tahu ini semua resam kehidupan
Harus dilalui dengan hati yang tenang

Mengetahui yang kekal satu hanya Dia
Lantas mengadu..
Jangan pernah tinggalkan
Orang yang sedang menangis diam-diam..

-8.00am, Bilik Sunyi-

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "