Khamis, Oktober 20, 2016

B.O.T.A.M

(Kelab Bola Tampar 2016)


(Kelab Bola Tampar 2015)



Hero dan heroin muallimah.
Ma ahla zikriyat.. :’)





Jumaat, Ogos 19, 2016

Surat Cinta Buat Muallimah



Bismillahirrahmanirrahim…

“Alhamdulillah, aku direzekikan cintanya.” Bicara Rasulullah saw setelah diijab kabul dengan Saidatina Khadijah. Bicara itu meyedarkan sesuatu dalam diri ini. Bahawa cinta dan kasih sayang itu juga sebuah rezeki. Ya, rezeki kasih sayang daripada anak-anak syurga. Anak-anak yang baik soleh dan solehah itu juga rezeki. Penyejuk hati. :)

Ingat lagi, awal tahun 2016. Ana doa sungguh-sungguh. Minta anak-anak syurga yang Allah amanahkan tahun ini yang baik2 akhlaknya. Tak banyak karenah. Tak rungsingkan muallimah. Huhu.. Alhamdulillah, satu persatu Allah perkenankan. Hadiah daripada Allah anak-anak syurga 1 Sa’diyah. Dari situ ana mengambil ibrah. Berdoalah dengan sungguh-sungguh. Allah baik, x pernah x bagi jika untuk sebuah kebaikan. Minta pasangan yang soleh, baik agama & akhlak serta bertanggungjawab. Keturunan yang baik soleh & solehah, pemegang risalah agama. :)

Anak-anak syurga ini pandai2 masyaAllah. Kalau bergaduh dengan kawan2 pun boleh sebut syurga neraka. Normal kanak-kanak, main2 kemudian gaduh lepastu main balik. ^^’Alhamdulillah, hari2 dengar feedback positif daripada guru-guru subjek. Puji antum anak2 syurga yang mudah di ajar. Cepat tangkap walaupun ajar hanya sekali. Tak susahkan muallimah2 yang sedang mengajar di hadapan. Alhamdulillah 2x, hati muallimah bahagia mendengarnya.. :)

Waktu muallimah kemas kelas, angkat meja seorang diri. Tiba-tiba ada makhluk2 kecil comel datang tolong kemas sekali tanpa disuruh. Kalau lah antum tahu, time tu meleleh dah hati muallimah sayang antum sangat2. Dengan muka bersungguh2 tu. Tolak meja yang besar daripada antum. Angkat kerusi. Sapu kelas berpeluh2. Hehe.. Lepastu tanya, muallimah ada apa2 yang boleh kami tolong lagi? Aduh, jatuh hati... :)

2 3 kali.. Nama2 antum dipuji dalam perhimpunan. MasyaAllah, tunjuk akhlak yang baik. Dapat hadiah dekat perhimpunan sebab sekawan dijumpai merayau-rayau di dalam sekolah. Mengutip sampah tanpa arahan daripada mana2 guru selepas waktu sekolah tamat. Sebaris 1 saff bacaan solat bersungguh-sungguh waktu solat Jemaah di surau. Bila ditanya kelas, dari 1 Sa’diyah. Allah.. Bukan meninggi diri, jauh sekali.. Cuma ingin berkongsi, bahagia dan cinta itu ada pada kebaikan-kebaikan. Moga tunas2 kecil ini, Allah pelihara mereka sehingga dewasa.. Moga2 mereka pemegang2 panji risalah agama yang seterusnya. :)

Pagi2 niat datang ke sekolah. Kalau tengah rungsing dengan sesuatu problem. Terus hilang bila nampak anak-anak syurga. Assalamualaikum muallimah. Dengar tu pun hati dah lega dah. Huhu… Nak masuk ke kelas, confirm x boleh masuk tepat2 masa. Sebab kena tahan kat tengah jalan dengan mereka. Berlari ramai-ramai serbu peluk muallimah. Sampai x boleh jalan. Sampai tudung labuh ni pun di buat permainan. Main sorok2. ^^’ Sampai kelas, bagi salam ramai2. Assalamualaikum wa rahmatullah hi wabarakatuh ya muallimah. (Baca dengan nada berirama) Kemudian ada yang main sambung2 ayat, yang comel, seorang lagi yang cantik, seorang lagi yang princess.. Alahai anak.. :’)

Surat cinta buat muallimah. Muallimah, terima kasih sebab ajar saya sehingga jadi pandai. Muallimah, saya minta maaf sebab buat muallimah marah bising dalam kelas (sambil hadiahkan sekotak coklat ^^). Muallimah, dah besar nanti saya nak jadi macam muallimah ajar hafazan, jawi, akhlak & DSV. Muallimah, saya doakan muallimah nanti masuk syurga. :’) Hampir setiap hari dapat surat2 cinta daripada mereka. Doakan dan ambillah yang baik2 daripada muallimah nak.. Yang x baik, abaikanlah maafkanlah. Muallimah x pernah simpan dendam pada antum, kalau muallimah marah sebab sayang. Sayang sangat2 dekat antum, supaya menjadi baik yang soleh x nakal. Antum harapan ibu ayah, muallimah & ummah. Islam utk kesinambungan seterusnya. :’)

Ya Rabb.. Mereka Qurratu a’yun. Penyejuk mata. Kanak-kanak riang yang sering mewarna-warnikan hati & kehidupan seharian. Kasihilah mereka, peliharalah mereka. Jadikanlah mereka anak2 syurga yang soleh & solehah. Cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin2x ya Rabbal alamin…

Muallimah sayang kalian sungguh-sungguh. :)




Ps :
-Minggu ni exam Darussyifa’ (Tasmik ke-2). Doakan ya! ^_^
-Sahabat syurga kahwin (Faiqah). Jom reunion dkt Shah Alam. ^_^




Isnin, Julai 11, 2016

Sejenis Rindu


Bismillahirrahmanirrahim...

Sejenis rindu yang terpendam. Yang kekal dalam memori ingatan.

Hari ini last terawih. Menandakan esok hari terakhir berpuasa. Cuba muhasabah diri. Apa yang ana dah dapat sepanjang bulan tarbiyah ini. Renung dalam2. Masih x jumpa sesuatu. Terasa kosong. Allah.. Hati memujuk biarlah kali ini lebih bererti. Rasa ingin lebih berlama-lama lagi dengan bulan barakah ini. Sekian kali, cuba renung kembali. Hambar.. Allahuakbar! Hati perlu dibersihkan kembali. Doa istigfar diucap beberapa kali. Paling kurang biarlah ini yang diterima Illahi.. Bisik hati.

"Allahumma innaka tuhibbu 'afuwun tuhibbul 'afwa fa' fu anni"

Entah angin apa yang datang menyapa. Terlintas satu perkataan dalam hati. Ninau. Tiba2 juga air mata menitis dengan laju. Sejenis rindu. Tanpa suara. Yang kedengaran hanya lantunan ayat2 suci daripada imam terawih. Mengaku tidak khusyuk. 8 rakaat itu ana habiskan dengan deraian air mata. Imbauan memori bersamanya segar bermain2 di kotak pemikiran. Ya Allah, sejenis rindu yang x mampu untuk diungkapkan..

Masih ingat lagi. Tiap kali ayah pulang ke kampung. Anak kecil ini akan berlari terus mendapatkannya. Dengan selendang putihnya sentiasa ada di kepala. Terus memeluk si kecil ini. Senyumannya cukup manis.

Masih ingat lagi. Tasbih besar yang menjadi penemannya. Butir-butir itu sentiasa bergerak di hujung jari. Sambil si kecil ini duduk di atas riba. Memangku di hamparan tikar sejadah. Menghadap kiblat sambil berdoa. Si kecil ini telus memerhati gerak-gerinya. Serba putih.

Masih ingat lagi, betapa kuatnya ninau walaupun umur hampir ke usia senja. Kakinya melangkah jauh menuju rumah si kecil ini. Turun naik bas. Berjalan kaki hampir 1km semata2 ingin bertemu anaknya & cucu si kecil ini. Terinspirasi.. :')

Sungguh si kecil itu tidak mengerti apa2. Hanya memori yang terakam indah detik2 bersama bahagia. Ninau tahu, asbab itu juga cucu mu ini cuba menjadi terbaik di hadapan anak2 syurga. Kerana mereka akan membesar dengan memori yang tercipta.

Sejenis rindu. Air mata gugur lagi. Sama seperti Ramadhan yang akan berlalu pergi. Ninau tahu. Seminggu sebelum ninau pergi menghadap Illahi. Kedengaran bacaan yaasin berulang2 di kedua-dua telinga ini. Jauh di sudut hati cuba menafi. InsyaAllah, Tuhan akan memanjangkan usia kesayangan hati.

Masih ingat lagi. Kali terakhir kita bersama. Ninau sakit tenat. Keluarga seakan2 cuba meredhai qada' dan qadar ketetapan Illahi. Kami bergilir-gilir memeluk ninau. Sampai giliran cucumu ini. Sebut memperkenalkan diri. Ini along, cucu ninau.. Ku kucup dahi & pipi. Ninau terus paling muka. Takde suara. Along nampak ninau menangis mengalirkan air mata..

Siapa tahu itu hari yang terakhir. Ninau tahu. Masa terakhir jenazah dikafankan. Along xpernah tengok muka ayah merah menangis. Lepas ayah, giliran along pula. Along kucup ninau macam haritu. Along terus paling muka. Menangis.. Ya, kali ini along pula yang menangis..

Sejenis rindu. Yang tak akan di lupakan sampai bila2. Setiap kali ada bacaan yaasin, along x pernah lupa hadiahkan untuk ninau. Hampir bertahun juga ninau ada dalam mimpi along. Bersalaman, berpelukan, kita menangis bersama-sama. Hehe.. Selalu lepas bangun dari mimpi along mesti kesat air mata yang berbaki. Lepas tu sambung nangis sebab tahu yang tu hanya mimpi. Sejenis rindu yang tak terungkapkan.

Dah hampir 11 tahun berlalu. Akan terus kekal memori bersama. Ramadhan akan berakhir tiba. Moga Allah temukan lagi untuk tahun seterusnya. Terus menanti seperti Allah temukan kita sekeluarga nanti di syurga.

Doa imam terawih menyedarkan separuh pemikiran. Suaranya sedikit serak sebak mendoakan akan bertemu semula Ramadhan yang seterusnya. Tahlil juga turut dibacakan. Dalam banyak2 nama arwah, ada terselit satu nama yang amat ana kenal. Khadijah binti Idris. Ninau. Kesat air mata..

Tersenyum.. :')



Rabu, Mac 23, 2016

Di Atas Segala Yang Penyayang



Bismillahirrahmanirrahim…

Buat jiwa-jiwa yang sedang berduka. La Tahzan! Kesat air mata. Allah ada. :)



Dah lama x buka blog ni. Berhabuk lama. Huhu.. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Atas hembus nafas hidup, roh Islam, jasad yang masih qawiyy, dan segala pinjaman yang dikurniakan Allah  atas kehendak-Nya. Ya Rahman.. Ya Rahim.. Dialah Maha Penyayang di atas segala yang penyayang. Hidup kadang di atas, kadang terduduk di bawah. Ya, layaknya seperti roda kehidupan yang sentiasa berputar. Maka jika berada di atas, janganlah terlalu mendongak mendabik tinggi. Dan jika jatuh terduduk, janganlah terus menangis meratapi hingga terlupa untuk kembali berdiri.


Alhamdulillah.. Berkesempatan bawa sahabat2 syurga ana di Eco Majestic Semenyih haritu. Dua orang bakal pengantin. Kak Ayuni 13 Mac 2016 & Kak Mira 19 Mac 2016. Barakallahulakum.. Allah yubarik fik wa antum ma’a zauj fil khair.. Sahabat satu tempat kerja ana. Hadiah sebelum walimah katanya.. Sebenarnya dalam hati cuak juga bawa bakal2 pengantin ni.. ^^’ Takpelah, asalkan sahabat yang ana sayang nih gembira.. huhu


Tahun ni, alhamdulillah umur mencecah 25 tahun. Ingat lagi, masa kecik2 dulu pernah pasang impian. Nak kahwin umur sweet 25, sama macam umur Rasulullah saw kahwin dengan Saidatina Khadijah. Tapi masalahnya sampai sekarang tak jumpa2 lagi. Jodoh, awak sesat kat mana ni? Hehe.. 


Kadang2 Allah akan uji kita tentang masa hadapan. Supaya kita sentiasa bersangka baik dengan perancangannya. Sebenarnya, kalau boleh tak nak fikir lagi tentang perkara ni. Tapi bila balik hujung minggu, bonda mengasak pertanyaan2 yang susah juga nak jawab. Ibaratnya, kalau sebulan ada 4 minggu, 4 kali lah soalan yang sama diulang2. Bila pandang kiri kanan, dah takde kawan nak ajak keluar. Semua nak dating dengan zauj masing2. Bila masing2 dah bawa seorang dua orang anak waktu ada aktiviti perjumpaan. Bila masing2 hampir tiap bulan hantar kad undangan dekat kita. Tak ke haru tu tuan puan. ^^’



Kadang2 bila jawapan istikharah tak seperti yang kita harapkan. Di situlah kita letakkan iman melebihi kehendak kita dalam kehidupan. :) Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, agama kita, dunia akhirat kita, keturunan zuriat kita. Dialah Yang Maha Penyayang di antara yang penyayang. Dan disitu, kita belajar bahawa perkahwinan itu bukanlah tujuan, ia hanyalah salah satu wasilah untuk kita lebih dekat dengan Tuhan. Ya, salah satu tuntutan ibadah hamba kepada Penciptanya. Dengan erti kata lain. Apakah tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi ini? :)


Maka, percayalah dengan qada’ qadar dari-Nya. Yakinlah, di dalam salah satu ayat surah Ya’sin setiap makhluk yang diciptakan Allah masing2 ada pasangannya. Cuma waktu, tempat dan keadaan yang sesuai mengikut aturan-Nya yang akan menentukan segalanya. Nasihat untuk diriku yang serba dhoif ini, bermujahadahlah, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, teruskan berdoa & bersedekah, santuni ibu & ayah, teruskan belajar ilmu fardu ain & kifayah, hingga tiba waktunya moga Allah beri dengan cara-Nya yang paling terindah. :)




Moga Allah redha & kasih hambaNya ini yang lemah hingga tiada penghujungnya.. Wahai Maha Penyayang di atas segala yang penyayang.  :)


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "