Selasa, Disember 24, 2013

Huffaz Cilik

“Assalamualaikum ibu.. Ibu sihat?”
Aku memulakan perbualanku dengan bonda di corong telefon.
“Alhamdulillah, semua dekat rumah ni sihat ok.”
Aku memulakan ‘laporan mingguanku’ kepada bonda. Aktiviti yang telah aku lakukan untuk minggu ini sebagai seorang mahasiswi yang jauh dari pandangan mata bonda.
“Adik macam mana ibu? Jadi sambung masuk tahfiz?” Tanya seorang kakak yang amat prihatin dengan keadaan adik-beradiknya. :’)
“Adik tak nak, dia nak sambung sekolah sama dengan kawan2 dia dahulu. Kita tak boleh paksakan.”
Dummm.. Seperti kaca yang terhempas ke lantai mendengar tutur bicara bonda. Kaca yang berselerak. Dia satu-satunya harapan yang ku sandarkan kuat agar bisa menjadi salah seorang ahli Al-Quran.
“Kita boleh berusaha lagikan bu..” Bicaraku sedikit sendu.
“Sekolah dekat mana-manapun boleh, yang penting diri tu pandai jaga..” balas bonda.
Aku sedikit emosi mendengar jawapan bonda. Tanda jawapan yang muktamad.
“Dari along kecil, perkataan yang sama ibu ulangkan.” Tiba-tiba aku menangis tanpa sebab.
Sepertinya harapanku yang punah dan aku tahu bonda yang sepatutnya lebih merasai kerana dari dahulu bonda selalu mengulang-ulang kepadaku berharap salah seorang daripada anaknya adalah hafiz atau hafizah. Dan satu-satunya sandaran kami adalah adik bongsu itu.
Kedengaran esakanku menjadi teman buat panggilan bonda.
“Kenapa ni? Ibu tak faham? Kenapa along menangis?”
Bibirku terkunci. Di bayanganku, aku seperti kehilangan sebuah mahkota syurga untuk dihadiahkan untuk ibu. Sebak..
‘Sebab along sayang ibu.. Sebab along sayang adik..’ bisik jawapan hatiku..
Telefon diletakkan.

******

23 Disember 2013

Alhamdulillah Allah izin, ana bersama dalam program daurah untuk si kecil ini. Ana sebagai kakak fasi bersama sahabat dari KUIS dan UIA bergabung tenaga untuk menjayakan program huffaz si cilik anjuran Muslimat Masjid. Rata-rata anak-anak yang hadir adalah di kalangan anak para pensyarah di kolej ini. Berumur sekitar 7 hingga 15 tahun.

(Daurah Al-Quran Fi Qalbi Siri 1 (DAQIQ))

Hari pertama yang mengujakan. Awalnya semua segan-segan. Sampai tak terkeluar suara waktu taaruf diri. Ana ditaklifkan untuk membimbing adik-adik yang berusia sekitar 7 hingga 9 tahun untuk menghafaz Al-Quran. Ana perlu fikirkan idea yang kreatif untuk memberi semangat dan mencorakkan ‘kain putih’ ini mengikut acuan Al-Quran.

 (Sebenarnya kat tengah2 tu Ustaz Don :))

Ana memulakan langkah dengan menghilangkan rasa janggal di tempat baru bersama mereka. Alhamdulillah, aktiviti pertama sahaja mereka terus membiasakan diri bersama-sama sahabat baru dan fasi2 mereka. Kebanyakan anak-anak sekitar ini sudah menghafaz surah Ad-Dhuha dan selebihnya. Maka kami membuat keputusan untuk tahap ini, mereka akan memulakan dengan menghafaz juzuk 30. Surah An-Naba’.

(Bakal hafiz/hafizah insyaAllah)

Anak-anak syurga. Pelbagai ragamnya. Ada yang kata malaslah. Bila dipujuk maka dialah yang paling laju menghafaz. Ada yang tergagap-gagap menghafaz Al-Quran. Tapi dialah yang paling bersemangat untuk mentasmi’. Ada yang hafaz satu ayat satu ayat, kemudian terus mendengarkannnya kepada ana. Ada yang merajuk hingga ana terpaksa mentasmi’ mereka di bawah meja sambil memujuk. Ada yang laju, tak sampai sejam habis satu muka surat, paling kecil berumur 7 tahun. Subhanallah… Ana pun rasa rendah diri dengar bacaan adik ni. Tercabar nak hafaz Al-Quran pun ada. :) Ada yang kena berlumba dengan kawan-kawan, siapa yang paling banyak menghafaz ayat untuk hari ini. Kebanyakan daripada mereka lebih bersemangat dengan perlumbaan ini. Rasa lebih tercabar. Ana layankan sahaja keletah mereka, Alhamdulillah mereka terus semakin bersemangat untuk menghafaz Al-Quran. Sambung hafaz di rumah pun ada, untuk tasmi’ dengan ana keesokan harinya. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Anak-anak syurga yang sangat mudah dilentur untuk usianya waktu ini. :)

24 Disember 2013

Hari kedua, bersama bakal hafiz/hafizah. Sungguh mengujakan. Adik semalam yang ana kagumi habis satu surah di tasmi’. 40 ayat. Alhamdulillah. Anak ustaz tahfiz. Sungguh ibu bapa paling berperanan dalam didikan kepada anak-anak. Duplicate. :) Ana cuba mencungkil rahsia si kecil yang solehah ini. “Adik hafal surah macam mana?” “Biasa-biasa je..” senyum malu. Kawan ana menyampuk, “Hati dia terang, mudah sangat masuk hafalan Al-Quran. Sekarang sekolah dekat tahfiz. Tadi berbual dengan adik ni lepas tasmi’, dia hafal ayat 5 fokus betul-betul dahulu. Kemudian tutup dengan kertas ayat yang dia dah hafaz. Kawan-kawan main, dia sibuk hafaz surah, sebab dia betul-betul fokus menghafaz.” Ana tersenyum, subhanallah..

(Motivasi untuk anak2 acuan Al-Quran)

Slot bersama Amin Idris. Motivasinya menyuntik hati-hati yang mendengar. Anak-anak syurga teruja mendengar tiap patah perkataannya. Diselangi dengan gelak tawa. Bicaranya, adik-adik ini sangat beruntung, kecil-kecil lagi telah didedahkan dengan hafazan Al-Quran. Zaman sekarang, ahli Al-Quran sangat diperlukan dan menjadi permintaan ramai untuk ke hadapan. Cuba adik-adik kira, berapa pengacara yang boleh mengacara sambil mengeluarkan ayat Al-Quran dan hadis. Permintaan tinggi. Kita perlukan doktor yang menghafal Al-Quran, jurutera yang menghafal Al-Quran, saintis yang menghafal Al-Quran dan selebihnya. Al-Quran menjadi permintaan tinggi di alam pekerjaan. Itu baru dunia dik, belum lagi kenikmatan yang tak terhingga di akhirat kelak.

(Adik tu curi kamera ana ^^)

Sepetang bersama Ustaz Don. Anak-anak syurga sangat teruja. Bahan tarbiyah ‘KPI’ si kecil dikeluarkan. Kisah-kisah haiwan di dalam Al-Quran. Ibrah terlalu banyak di ambil. Ustaz meringkaskan dengan memberi pengajaran untuk menyayangi haiwan yang juga makhluk Allah.

 (Sukan sunnah untuk anak2)

Hari kedua berakhir dengan sukan memanah. Ana sempat bertanya, “Nabi suruh kita bersukan apa?” Sambil menunjukkan simbol tiga. Serentak mereka menjawab, “Berenang, menunggang kuda dan memanah…” Ana sangat teruja dengan jawapan anak-anak sekecil itu. Tarbiyah ibu bapa mendahului segalanya. :) *Alatan permainan memanah, ada dijual di Nilai harga sekitar Rm100+ (sebagai peringatan ana untuk masa hadapan ^^).

******

Aku melepaskan lelah di hujung katil. Teringat akan bonda di rumah. Rasa serba salah menerpa seperti menyusahkan hati bonda mendengar panggilanku kelmarin.
“Assalamualaikum ibu..”
“Waalaikumsalam..” suara bonda seperti ceria di hujung telefon.
Ah, aku tahu bonda selalu begitu. Sedaya upaya menceriakan hari-hari untuk anak-anaknya.
Seperti biasa, laporan yang sama aku ceritakan kepada bonda.
Suara bonda ceria.
Aku ceritakan kisah anak-anak syurga di dalam program ini yang bersungguh-sungguh menghafaz kalam-kalam suci Tuhannya. Aku sangat-sangat teruja di saat-saat mentasmi’ hafazan mereka. Pelbagai ragam dan aksi mereka tunjukkan. Membuat aku terus teruja untuk bersama mereka ‘memelihara Al-Quran’. “Bestnya..” begitulah reaksi bonda, gembira.
“InsyaAllah, adik mungkin dapat sambung sekolah agama.” bicara bonda.
“Takpelah, mungkin rezeki adik ada di situ.” aku membalas.
“Along dah ada pengalaman ajar anak-anak hafaz Al-Quran. Nanti along dah ada baby nanti jadikan dia hafiz/hafizah. Mulakan dari kecil.” bicara bonda di akhir ganggang.
Aku mengangguk dan tersenyum.
Bonda…. :)


Jumaat, Disember 06, 2013

Dai’e Ulama Umara’

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, usai sudah Majlis Anugerah Kecermelangan Mahasiswa (MAKSIS) anjuran MPP KUIS sesi 2012/2013. Mengimbau semula memori, awal entri blog ini yang bertajuk : Kawan Sahabat Teman sekitar tahun 2010. Waktu itu, ana dan sahabat2 asasi IT berkumpul semula pada hari Majlis Anugerah Dekan. Ketika itu, ana (junior) semester 1 dalam sarjana muda. Kini, pejam celik ana dan sahabat2 SMUM berkumpul pula untuk Anugerah Dekan yang terakhir untuk ana sebab sekarang ana (senior) semester 8 di KUIS. Selepas ini jika diizinkan Allah, ana dan sahabat2 akan berkumpul semula untuk Majlis Konvokesyen kami dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia di dalam PKK ini. Tahun 2015. Lama lagi. :)

 (Majlis Anugerah Kecermelangan Mahasiswa (MAKSIS))

Asykuru ilallah. Sepanjang hampir 5 tahun di bumi tarbiyah KUIS ini, rasa sayang untuk berpisah. Sedikit demi sedikit banyak perubahan di dalam diri telah berlaku dalam proses pembelajaran yang panjang ini. Terima kasih Allah, moga langkah seterusnya dalam redha-Mu.

(Sahabat SMUM8)

Waktu berbaris menunggu nama2 diumumkan naik ke pentas, ana disapa seorang adik yang solehah. Adik taaruf. “Akak kongsi tips2 belajar dekat saya ya.”  Segan ana. “Akak pun biasa2 dik. Adik tajdid niat belajar untuk keredhaan-Nya. Belajar untuk kefahaman diri kita dan amalkan ilmu tersebut. Gunakan sungguh2 waktu muda adik untuk menuntut ilmu. Ustaz akak pesan, bila usia kita meningkat daya ingatan kita makin kurang kecuali adik kuat hafaz Al-Quran. Al-Quran menjaga ingatan dan pemikiran adik.” Ana berikan senyuman mata pada adik tersebut. (sebab pakai niqab kan :) ) Adik tersebut terus terkumat-kamit membaca ayat2 hafazannya sepanjang menunggu giliran naik ke pentas. Macam comel jer. :)

(Sahabat Komiti PERMAI)

Perkongsian daripada kak Mas sebelum program ini berlangsung akan ana titipkan di sini. What you give, you get back : You give love, you get love. You give money, you get money. You give positive, you get positive. You give negative, you get negative. You give ILMU, you get ILMU. Jadi jangan pernah kedekut untuk berkongsi ilmu kepada kawan2 yang lain. Ada juga yang tak telefon ibu bapa sewaktu belajar, jadi jangan terkejut kalau 20 tahun akan datang anak2 anda pula yang tak telefon anda. Ada juga yang mempermainkan perempuan waktu belajar, jangan terkejut kalau 20 tahun akan datang anak2 anda menangis dipermainkan oleh lelaki yang suka mempermainkan wanita. Sebab, what you give, you get back.

(Sahabat Banat Gontor) 

Niat amat penting dalam melaksanakan sesuatu perkara. Mati syahid, bersedekah banyak, ibadah banyak, belum tentu menjamin kita dapat masuk Syurga hanya sebab niat. Begitu juga belajar. Niat hanya ikhlas untuk keredhaan Allah semata-mata. Itu yang Allah akan terima. T_T

 (Adik2 Taaruf)

Lepas belajar nanti, pasanglah niat untuk menyambung pelajaran lagi (master - PhD). Jika bekerja, jangan fikir untuk your carier, fikirkan untuk memberi dan berkhidmat kepada masyarakat. Erti hidup pada memberi. Familiar kan? :) Kalau kerja kerajaan, jadilah hamba yang merdeka bukan berjiwa hamba. Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. Jangan takut dengan kebenaran. Kan Allah dah sebut dalam Al-Quran. :) - Bicara daripada Kak Mas.

(R4BIA Pray4ummah)

Coretan ringkas daripada ana. Hakikatnya mereka yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu. Moga Allah kasihkan kita. :)

“Aku bersama Rasulullah s.a.w, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi s.a.w kemudian berkata: Siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: Yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: Siapa pula yang paling bijak? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak”
( Ibn Majah)


Selasa, November 26, 2013

Perjanjian Itu


Seputar masa berlalu
Detik dan saat mengira tanpa henti
Jarum masa seperti bersungguh-sungguh mengubah hari
Tanpa kenal erti berhenti

Perjanjian itu
Lama tersimpan di dalam kotak memori
Terkunci erat mangga berbentuk hati
Rahsia seorang kekasih kepada kekasihnya
Ah,
Tiada siapa yang mampu merungkainya
Takkan ada yang dapat memahaminya

Perjanjian itu
Antara sebuah kedatangan dan kehilangan
Antara sebuah kebahagiaan dan tangisan
Antara sebuah pergantian dan kepergian

Pecemburu waktu
Cuba mengerti apa yang berlaku
Mencari hikmah disebalik masa dan perjanjian
Kita memang terikat dengan mainan kehidupan
Cukuplah Allah sebagai peneman
Buatmu musafir jalanan
Menuju Tuhan

….
12.15pm, 27 November 2013
Villa Vista



Ahad, November 03, 2013

Musafir Kinabalu Part3


















MUSAFIR KOTA KINABALU SABAH
23 – 26 Oktober 2013



Musafir Kinabalu Part2


















MUSAFIR KOTA KINABALU SABAH
23 – 26 Oktober 2013



Musafir Kinabalu Part1


“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” (Al-Mulk : 15)

















MUSAFIR KOTA KINABALU SABAH
23 – 26 Oktober 2013


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "