Sabtu, Oktober 10, 2015

Hari Jubah Part3



Setiap kali aku malas belajar
Aku akan ingat ada orang yang bekerja keras untuk menyekolahkanku
Ada orang yang selalu menyebut namaku di setiap doanya
Ada orang yang selalu membanggakanku
Dan ada mimpi yang harus menjadi nyata
:')

MAJLIS KONVOKESYEN KE-18 KUIS
29 Ogos 2015


Sabtu, September 05, 2015

Hari Jubah Part2











MAJLIS KONVOKESYEN KE-18 KUIS
29 Ogos 2015



Hari Jubah Part1











MAJLIS KONVOKESYEN KE-18 KUIS
29 Ogos 2015



Ahad, Ogos 30, 2015

Hari Jubah


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan pada suatu ketika dahulu telah tiba. 29 Ogos 2015, hari graduasi buat ana dan sahabat-sahabat seperjuangan. Setelah 5 tahun kita bertungkus-lumus menuntut ilmu di bumi tarbiyah ini. Akhirnya, Allah Maha Baik beri kita peluang meraikan bersama. Hamdallah, terima kasih Allah untuk wasilah ini. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia. :')


Untuk bonda dan ayahanda,
Terima kasih memberi izin kepadamu anakmu ini menuntut ilmu. Terima kasih menjadi penyandar, pendorong, sepanjang hela nafas hidup anakmu ini. Doa-doa bonda dan ayahanda yang menghidupkan anakanda hingga kini. Terima kasih sebab sudi kesat air mata dan luka bila jatuh, malam-malam berjaga teman buat assignment, ke hulu-hilir teman anakanda menyiapkan tugasan, keluarkan belanja walaupun anakanda tahu kalian juga dalam kesempitan, dan banyak lagi.. Moga Allah balas jasa kalian dengan syurga-Nya. Anakmu ini, hanya memohon redha darimu dan nafas daripada doa-doa cinta bonda dan ayahanda.


Untuk asatizah dan para pensyarah,
Halalkan segala ilmu yang kalian telah curahkan. Anak muridmu mohon maaf atas kesilapan dan segala kelemahan sepanjang menuntut ilmu bersama kalian. Biiznillah, moga kami menjadi asbab saham akhiratmu sebagai bukti kepada Tuhan. Doakanlah kami anak-anak muridmu berjaya hingga ke akhirnya. Terima kasih kerana berjaya membentuk kami menjadi insan Rabbani. Moga Allah kasihkan kalian.


Untuk sahabat2 seperjuangan SMUM,
Terima kasih Allah, hadirkan mereka menjadi separuh dalam jalan cerita kehidupan hamba. Tawa, tangis, ketawa dan gembira akan kukuh dalam memori persahabatan kita. Semoga kalian disayangi Allah walau di mana kalian berada. Moga Allah izinkan kita bertemu semula menjalinkan persahabatan ini di syurga. Seizin-Nya. :')


Terima kasih Allah,
Dengan rendah hati, terimalah segala amal ini sebagai ibadah kepadamu. Menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi. Jatuh cintakanlah hati ini, untuk sentiasa haus akan ilmu-ilmuMu. Tuntun langkah hamba Tuhan. Jangan pernah biarkan hamba keseorangan. Kasihkan hamba Tuhan, jadikanlah hamba salah seorang yang berbakti dalam agama-Mu. Terima kasih Tuhan, untuk moment indah yang kecil dalam diari kehidupan ini. Ketahuilah diri, sesungguhnya kejayaan sebenar itu apabila kaki ini berjaya melangkah ke syurga-Nya dan bertemu dengan kekasih abadi Allah azzawajalla. :')


Ahad, Mei 17, 2015

Jihad Ilmu : Semester 1

Siswazah Sarjana Fakulti Pengajian Islam UKM Sesi 2014/2015

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku catatkan pesanan  murobbi sepanjang sem pertama di bumi jihad ini.

“Jika sudah memulakan. Biarlah ia sampai ke akhir. Jangan berhenti ditengah-tengah.”

“Ini adalah jalan-jalan orang mukmin sebelum kamu. Apa yang perlu kamu lakukan adalah menyambung perjuangan mereka.”

“Buatlah semata-mata kerana Allah. Kamu akan jumpa kebenaran dan keadilan dalam penyelidikan kamu.”

“Jangan takut dengan kesalahan. Sebab yang sempurna itu hanyalah al-Quran. Silap2 masa viva akhir pun diminta tukar tajuk.”

“Tulisan ulama dahulu juga dikritik. Dan kamu sedang melalui jalan para sarjana terdahulu. Ini adalah tradisi umat Islam.”

“Percayalah, 10 kali kamu viva, berjumpa dengan 10 orang yang berbeza. Thesis kamu tetap akan berubah-ubah. Maka, siapkan sahaja dan terimalah perubahan.”

“Awal2 yg perlu kita terima. Proposal / thesis yg kita taip bila2 boleh di approve atau di reject begitu sahaja. Itu hakikat.”

“Disiplinkan diri. Sentuh thesis dalam satu hari. Paling kurang 1 jam sehari. Kemudian rujuk kepada penyelia 2 minggu sekali. Supaya penyelia kenal kamu dan tahu progress kamu berjalan dengan lancar.”

“Jangan duduk di tempat kamu. Bergeraklah ke tempat yang sepatutnya. Hanya orang istana yang mengetahui keadaan dalam istana.”

“Kalau awal2 lagi sudah dibulatkan kerana Allah. Tiada asbab untuk berasa lemah & berundur. Percayalah dengan kekuatan Lillahita’ala.” :)


Khamis, Mac 19, 2015

Muallimah Kepada Anak-Anak Syurga


Bismillahirrahmanirrahim…

Cuti sekolah. Alhamdulillah, dipenuhi dengan sepenuhnya. Bersama dengan mereka yang tersayang (family). Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan mabrouk alaikum kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang baru membina baitul muslim. Semoga Allah memberi keberkahan dalam perkahwinan kalian hingga ke syurga, seterusnya lahirlah lebih banyak lagi (keturunan) insan-insan soleh yang memakmurkan bumi Tuhan. Teristimewa buat Syafiqa (x-asmkaj), Farhana (muallimah), Jannah (x-roomate), Aini (x-asasi), Luqman (x-asasi), kak ija (al-azhar members) & Rahman (al-azhar members). Barakallah lakuma jamia’an..  :)


Hampir tiga bulan sudah diri ini diberi taklifan baru, muallimah kepada anak-anak syurga. Allahuakbar. Tidak dapat digambarkan perasaan ini, Allah izinkan juga hamba hina ini menjadi seorang guru kepada generasi ummah. Pahit, manis, asam garam berjaya ditempuhi sepanjang proses 3 bulan ini. Rasa bahagia tidak terkata apabila dapat mendampingi anak-anak syurga. Dengan karenah-karenah comel mereka. Paling mengharukan, Allah izinkan hamba mengajar kepada mereka mengenal huruf-huruf dari kalam-Nya. Mendengar mereka membaca tilawah satu persatu, berebut-rebut untuk ditasmik hafazan mereka, menceritakan kisah-kisah Nabi kepada mereka, melukiskan semangat Palestin bersama mereka. Allah… Tidak terungkap dengan kata-kata. Itu sahaja sudah cukup buat hamba rasa bahagia setiap kali mendampingi anak-anak syurga.


Usai solat, hamba seringkali menyelit doa-doa buat mereka. Permohonan maaf jika hamba ada terkasar bahasa dan tindakan ketika mendidik anak-anak syurga. Kadang-kadang terbuai juga emosi melihat kenakalan terutama anak-anak soleh ini. Sifat sabar yang sangat tinggi perlu diiringi sepanjang proses mencorak anak-anak syurga ini. Kadang-kadang dapat merasai bagaimana tingginya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Anak sakit. Anak tak makan. Anak tak siap homework. Anak peperiksaan. Yang paling merasainya adalah ibubapa termasuk guru sebagai ibu ayah mereka yang kedua. Benarlah, anak-anak syurga itu adalah Qurratul a’yun kami.


“Assalamualaikum muallimah.” Bergema setiap hari. Allah, begitu mulia darjat seorang guru yang Engkau angkatkan. “Muallimah, ini hadiah buat muallimah.” Ada dari Makkah, Indonesia, Langkawi, dll.. Terharu, begitu murah rezeki menjadi seorang guru. Rezeki cinta dan ingatan daripada mereka. :) “Muallimah, ceritalah lagi kisah-kisah Nabi.” Allah, jangan pernah putus idea untuk hamba mendampingi mereka sehingga mereka benar-benar menjadi insan Rabbani. “Muallimah, suatu hari nanti Islam akan menangkan? Kita kena tolong Palestin.” “Sebab tu kena rajin berdoa, hafal al-Quran. Nanti siapa yang hafal Al-Quran dia akan jadi pemegang panji Islam (tentera Allah).” Sungguh aulad di sini sungguh hebat. Soalan yang paling mencuit hati setiap kali bersama mereka. “Muallimah, muallimah dah kahwin ke belum?” Alahai, anak... :’)


Ya Allah, izinkan hamba untuk menetap lebih lama lagi bersama mereka. Banyak lagi yang perlu hamba belajar menjadi seorang guru kepada ummah. Sempurnakanlah tanggungjawab hamba kepada mereka. Bukan gelaran dan harta yang hamba kejarkan. Tapi erti sebuah keikhlasan dalam mendidik anak-anak syurga supaya bumi ini makmur dengan insan-insan soleh seperti yang Kau gambarkan dalam Al-Quran. Kenalkan mereka dengan keindahan Islam dan izinkan mereka semua tak terkecuali untuk mengamalkan semua yang terkandung dalam syariat-Mu.


Ya Allah, dalam waktu mengajar mereka, hamba juga adalah seorang penuntut ilmu. Bukan pangkat yang hamba kejarkan, tapi taqwa dan tawadhu’ hamba dambakan. Lapangkanlah masa hamba untuk menyiapkan thesis ini seperti mana hamba sedaya upaya melapangkan masa bersama mereka mengenalkan agama-Mu. Tuhan, hamba tidak ada apa untuk membalas jasa kedua ibu bapa hamba, sepanjang hamba mengenali anak-anak syurga, hamba bersaksi ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka. Izinkan hamba menggembirakan hati ibu ayah dengan sebuah kejayaan buat mereka. Itu adalah hasil kecil buat mereka agar terbayar di dunia walaupun hakikatnya tidak terbayar jasa dan kasih mereka. Dan hamba mohon dengan penuh kerendahan hati syurga Firdaus buat mereka, agar bisa kami berkumpul semula di bawah keredhaan-Mu. Aminn ya Rabb..

Illahi.. Anta maksudi wa ridhaka mathlubi.. :’)


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "