Ahad, Disember 25, 2011

Misteri Pasukan Panji Hitam


Kemunculan yang dinanti
Kemunculan yang digeruni
Kemunculan yang pasti
Kemunculan yang masih misteri..

Pasukan misteri yang siap siaga
Siang bagai kumpulan sang singa
Sedang malam merintih sengsara
Insafi akan kerdilnya jiwa..

Misteri pasukan panji hitam
Diburu dan juga terus memburu
Membakar jiwa setiap seteru
Berbekal amal, iman dan ilmu
Agar mereka menjadi debu..

Misteri pasukan panji hitam
Ramai yang cuba mencorakkannya
Dengan ribuan pelbagai cara
Bersih dan kotor tak dihiraukannya
Penyucian jiwa bagai tiada..

Misteri pasukan panji hitam
Siapakah sebenar yang akan mengibar
Pastinya dari jiwa yang besar
Dengan semangat nyalaan berkobar
Musuh yang angkuh tersungkur dasar..

Misteri pasukan panji hitam
Adakah kita hanya menanti
Apakah pula hanya memerhati
Sedang musuh hanya memerhati
Mana hilangnya peri simpati..

Duhai pemuda pemudi bangsa
Marilah julang kembali agama
Kembali sujud pada Yang Esa
Bersatu hati membuang sengketa..


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "