Sabtu, Disember 13, 2014

Temuduga


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, tanggal 20 November 2014 surat rasmi telah dikeluarkan menanda pengesahan tamat pengajian untuk  Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian). Segala puji-pujian dikembalikan kepada-Nya. Bermakna ana perlu melangkah setapak ke satu fasa yang baru. Bisik dalam hati. Selamat datang ke alam dewasa!  :)

Pastinya persoalan berlegar-legar setiap graduan yang baru menamatkan pengajian berkisarkan sambung kerja atau terus sambung belajar? Alhamdulillah, untuk secebis pengalaman yang Allah bagi, ana cuba gabungkan kedua-duanya untuk kali ini. InsyaAllah, dengan izin dari-Nya ana pilih bekerja sambil belajar. Berat? Anggap sahaja ini adalah wasilah untuk terus-terusan mendekati-Nya. Fisabilillah. Allah bersama dalam setiap langkah kerna-Nya. Dan Allah jua sebaik-baik penolong.  :)

Ana coretkan di sini pengalaman temuduga kerja, walaupun sedikit temuduga yang ana lalui berbanding sahabat2 sekuliah ana yang lain. Sekurang-kurangnya berguna untuk ana dan sahabat2 jika melaluinya semula di masa hadapan, insyaAllah..

#Temuduga 1

Masih ingat lagi, ana melangkah ke pejabat dengan tangan kosong. Datang dengan ihsan daripada ketua jabatan & ketua akademi ana. Tapi awak kena ikut prosedur kemasukan juga. Ana senyum. Semestinya. Tanpa persediaan apa2, ana terus ditemuduga terus pada waktu yang sama. Soalan familiar yang utama, ceritakan tentang diri dan latarbelakang anda. Sambil beliau membelek2 resume daripada ketua ana. Ana bercerita seperti menghafal skrip yang telah ditulis dalam resume tersebut. Hakikatnya bila ana kaji balik, x perlu kita ulang semula apa yang tertulis dalam resume sebab itu adalah first impression mereka terhadap diri kita. Tugas kita menceritakan basic dan selebihnya untuk meyakini mereka kita patut diterima bekerja di situ sebagai pekerja yang baik.

Apa yang anda tahu tentang syarikat ini dan kenapa kami patut terima awak bekerja di sini? Fuhh.. Ana memang langsung tak bersedia apa2 maklumat waktu tersebut. Jawapan ana waktu tersebut sangat asas. Sungguh, itu pengajaran untuk ana. Akhirnya ana ditugaskan membuat karangan satu muka surat mengenai syarikat tersebut sepantas yang boleh. Huhu.. Bila dapat tugasan ini, baru ana betul2 mengenali selok-belok syarikat. Bersumberkan risalah2, internet, website, bertanya org2 yang lebih pengalaman dalam syarikat ini dalam masa yang singkat, hampir tiga muka surat berjaya disiapkan. Send…

Ketua ana banyak membantu ana dalam urusan ini. Beliau berpesan letak gambar2 setiap program ana yang berkaitan untuk lebih meyakinkan mereka menerima ana sebagai pekerja. Ana kepilkan sekali bersama-sama salinan sijil2 aktiviti dari sekolah hingga kolej. Soalan basic akhir, berapa gaji yang awak rasa untuk permulaan? Agak berat soalan ini untuk ana, sebab ana jenis x kisah orangnya. Susah sungguh ana nak buka mulut waktu tersebut. ^^” Akhirnya mereka sendiri yang decide untuk gaji ana. Selalunya mereka melihat pengalaman bekerja dan pangkat akademik. Ada yang berpengalaman lebih 10 tahun, dan kami selalunya melihat gaji dan prestasi mereka sebelum ini. Memandangkan ana fresh graduate, seboleh-bolehnya janganlah minta bukan2 sebelum waktunya. Sebab kita dinilai dengan prestasi bekerja, bila suda dipercayai insyaAllah, Allah akan tambahkan lagi rezeki untuk kita. :)

#Temuduga 2

Ana, Beal dan Iqa mencuba nasib bersama. Di sebuah sekolah yang baru hendak dibuka. Hadir temuduga pada hari kejadian. Ramai juga yang mohon.. Bisik hati. First, pakaian. Ana datang dengan penampilan sebagai seorang ustazah yang akan mengajar di sekolah tersebut. Untuk kali kedua, tanpa persediaan juga nampaknya. Seperti datang menerjah. Huhu.. Ujian bertulis untuk kami yang memohon sebagai guru di sekolah ini perlu dijawab dalam masa 1 jam. Tahu rasanya? Seperti masuk dewan exam tanpa membaca sebarang nota. Pengajaran lagi..

Seterusnya, kami menunggu giliran untuk ujian lisan. Membaca Al-Quran dan menjawab soalan2 asas agama. Alhamdulillah, kali ini lancar walaupun ada sedikit masalah mengendali pernafasan semasa membaca Al-Quran sebab tiba2 rasa gemuruh. Allahuakbar.. :) Ujian terakhir adalah mock teaching. Memandangkan ana bukanlah dari bidang pendidikan, pengalaman ustaz ustazah sekolah, kolej dan gontor dahulu menjadi rujukan ana mempraktikkan cara pelajaran di hadapan mereka. Ana cuma mampu meyakinkan mereka dengan sedikit pengalaman ana sebagai seorang fasilitator, guru taska, dan pengendali kelas Al-Quran suatu masa dahulu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Ana cuma diberi teguran mengenai suara yang halus, dan kalau boleh dibesarkan lagi supaya jelas untuk semua pelajar. InsyaAllah.. :)

#Temuduga 3

Google. Jawatan kosong guru. Tarikh tutup esok? Ana mesti cuba juga untuk kali ini. Kalau ana hantar guna pos laju minggu depan sampai. Allah.. Entah mana kekuatan yang datang. Ana copy satu persatu sijil akademik dan sijik kokurikulum ana menggunakan printer. Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal, mana tau ada rezeki.. :) Ana letakkan dalam satu fail bersama resume. Ibu, temankan along ke Bangi petang ni juga ya. Along nak hantar resume dekat sekolah ini. Ya, pagi ana google, petang hantar resume. Ana hantar di pejabat sekolah berkenaan. Bismillahitawakkaltu’alallah.. Bisik ana pada ibu, Alhamdulillah hati along rasa tenang masuk dalam kawasan sekolah ini. Kalau rezeki Along Allah bagi di sini Alhamdulillah, along bukan dari bidang pendidikan ibu. Along cuba ni, ibu doakan ya. Pintaku bersungguh..

Minggu seterusnya ana dapat panggilan daripada sekolah terbabit. Ada temuduga. Allahuakbar, ana terus terpa ibu beritahu berita yang mengujakan itu. Huhu.. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Sekurang-kurangnya resume ana telah diterima. Kali ini ana buat persiapan dengan bersungguh. Siap buat nota kecil. ^^, Ana buat research soalan2 yang kemungkinan ditanya. Keadaan semasa dalam pendidikan. Kaji soalan2 familiar untuk temuduga dan jawapan yang mantap. Mengenali latarbelakang sekolah, visi misi, suasana dan method pembelajaran. Hafal point2 yang penting. Kali ini mesti ada usaha, bicara ana pada diri.

Waktu hari kejadian tiba, lewat sedikit jalan jammed. Perlu dielakkan untuk sekian kali. Berulangkali ana memohon maaf atas kelewatan yang tak disengajakan. Mengisi borang2 yang telah disediakan. Bawa fail2 yang berkaitan termasuk thesis dan laporan praktikal sebagai hujah kuat untuk bantu kita. Bismillah..Temuduga bermula. Soalan2 yang dilontarkan seperti yang telah dijangka. Ana cuba menjawab tenang dan semampu yang boleh. Kali ini ana cuba menyesuaikan diri dengan pantas untuk masuk dalam komunikasi penemuduga. Ya, sebab kita akan terus menjadi sebuah keluarga  (team)dan komunikasi bersama amat penting di tempat kita bekerja. Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar. :)

****

Hampir seminggu di rumah. Tiada khabar berita dari mana2pun. Hati tak keruan. Mana mungkin hanya duduk goyang kaki menunggu di rumah. Sahabat2 lain juga resah menanti jawapan kepada permohonan2 pekerjaan mereka. Allah, rezekikanlah hamba pekerjaan. Doa itu diulang-ulang setiap kali usai Solat Sunat Dhuha. Keesokan harinya, telefon berdering. Assalamualaikum.. Saya dari Sekolah……………..Bangi. Cik diterima masuk untuk bekerja sebagai guru di sekolah kami. Surat tawaran akan kami beri pada hari pertama Cik masuk bertugas. Allahuakbar! Benarlah nikmat Tuhan itu tiada batas. Terima kasih Allah.. Ibu masuk ke dalam bilik. Seperti biasa, si anak terus meluru memeluk ibu. Ibu, Along dah dapat tawaran bekerja. Ibu tersenyum bahagia. Alhamdulillah, Allah lebih tahu mana yang lebih baik untuk hamba-Nya.. :)

InsyaAllah, ana akan mula bertugas 15 Disember 2014 di sekolah sebagai muallimah. Sekolah yang menekankan tarbiyah agama, pendidikan kebangsaan dan tahfiz. Subhanallah.. Moga tangan ini mampu melahirkan pejuang2 agama Allah, para ilmuwan agama dan tokoh2 Islam suatu hari nanti. Alhamdulillah, Allah telah kabulkan impian dan doa hamba-hambaNya. Hamdallah..

Fasa baru pun bermula.
Bismillah… :)



You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "