Jumaat, Disember 31, 2010

Surat 2011



Assalamualaikum..

Ke hadapan sahabatku yang dirahmati Allah,
Apa khabar imanmu di saat ini? Alhamdulillah.. Semoga Allah mudahkan urusan kehidupan kita hendaknya. Maaf, hari-hari yang Firah jalani semakin padat nampaknya. Assignment semakin bertambah. Peperiksaan menguji tahap kekuatan tekanan sebagai seorang siswi. Namun, inilah hakikat yang perlu dibayar apabila kita berada di medan mencari ilmu. Apabila kita sudah semakin sibuk dengan kerja-kerja yang dilaksanakan, jangan lupa juga sahabat agar diri kita dapat melapangkan waktu beribadah kepada Allah S.W.T. Insyallah, moga waktu-waktu yang lain turut dilapangkan Allah untukmu. Banyak kisah yang ingin Firah kongsikan bersama sahabat di sini. Insyallah, jika Firah ada masa lapang Firah tetap ingin berkongsi kisah atau ilmu yang tidak seberapa dari Firah ini. Moga ada yang bermanfaat untuk sahabat.


Alhamdulillah. Selamat tahun baru Firah ucapkan sahabat. Melihat kembali tahun 2010, banyak kisah suka duka, jatuh bangun dalam kehidupan. Warna warni ini adalah rencah mainan hidup setiap manusia. Kadang-kadang banyak pengajaran yang memberi makna dalam hidup kita. Bagi Firah semua yang telah terjadi menunjukkan kebesaran Maha Pencipta. Subhanallah, begitulah yang telah Allah S.W.T aturkan kisah-kisah kita dalam Luh Mahfuz lagi. Percayalah pada rukun iman, Qada’ dan Qadar Allah S.W.T. Hargai setiap detik masa dan nafas yang dipinjamkan sementara oleh-Nya. Insyallah, moga tahun 2011 lebih memberi makna untuk kita semua.Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami masa yang lepas dan hadapan dan apa yang kami sedari dan apa yang tidak kami sedari. Amin Ya Rabb..


Azam Mawar Mujahidah:
“Mencari dan terus mencari cinta Illahi.”

Senyumanmu sedekah.. (^_^)v

Sabtu, Disember 25, 2010

Kawan Sahabat Teman


Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah.. Firah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama meraikan Majlis Anugerah Dekan baru-baru ini. Mengimbau kembali saat mengambil kursus pengajian asasi teknologi maklumat  pada tahun lepas. Rindu pada sahabat-sahabat seperjuangan ketika asasi terurai setelah kami dikumpulkan bersama meraikan kejayaan ini. Alhamdulillah...

Majlis Penyampaian Anugerah sedang berlangsung.

Terdetik seketika hati ini. Alhamdulillah hampir penuh pusat konvensyen ini apabila para penerima anugerah dikumpulkan. Otak memproses dan berfikir sejenak. Kalau begini ramainya mahasiswa yang mendapat dekan, belum lagi ditambah mahasiswa dekan dari universiti-universiti lain memang persaingan terlalu sengit untuk mendapat peluang pekerjaan kelak. Namun fikiran dipintas oleh kata-kata. “Firah, kita belajar bukan untuk dapat anugerah, bukan untuk dapat pekerjaan, kita belajar untuk Allah.” Astagfirullah, tafakur ku seketika..  

Rindu terungkai bersama sahabat tersayang.

Alhamdulillah. Inilah sahabat-sahabat Firah ketika diri ini baru mengenali alam kampus. Bersyukur. Mengimbau kembali jerih payah bersama. Makan di café bersama. Kadang-kadang apabila merajuk saling memujuk. Ketawa dan menangis bersama. Indah kisah kehidupan sebuah persahabatan. Kami tidak pernah berenggang, namun akhirnya kerana tuntutan pelajaran seterusnya kami dipisahkan atas sebab berlainan jurusan. Athirah (kak long) gelaran sewaktu kami setiap kali presentation berlakon, periang, suka ceriakan suasana dan makan favourite char kue teau bersama Firah kini mengambil jurusan software engineering. Manakala Aqila (adik ucuk) seorang yang sopan, lembut dan sangat ngam sebab tak banyak beza karakter antara kami kini jurusan networking. Dan Firah (kak chik)??? Alhamdulillah.. Kini telah bertukar bidang ke arah pengajian islam iaitu usuluddin dan multimedia. Sebab itu kami jarang dapat berjumpa kerana Firah dah tukar ke fakulti yang lain. Alhamdulillah, sangat gembira apabila dipertemukan semula..
 
Peace Firah.

Ini sahabat seangkatan Firah sewaktu kelas asasi juga. Fira panggil Kak Yuyu dan Kak Fya. Mereka sangat arif tentang software dan membaiki computer. Mereka suka tengok cerita korea. Sebab.. Bila setiap kali Fira datang bilik Kak Yuyu dengan Kak Fya mesti mereka tengah melakukan aktivti menonton drama-drama korea. Kak Yuyu pandai buat kek dan ada kedai kek. ‘Firah promote ni Yuyu’. Sedap.. Kak Fya pandai lukis sebab tu dia ambil multimedia. Jadi, kesimpulannya Firah sayang lebih sebab mereka selalu bagi free charge dekat Firah kalau laptop Firah rosak. Orang lain kalau nak repair kena bayar ye.. (^_^)
 
 Kakak ipaq dan adik ipaq.
 
Hehe.. Jangan salah sangka pula. Ini Anisah kawan yang paling rapat dengan Firah masa degree ni. Tapi dulu asasi kami berlainan jurusan. Anisah asasi management. Alhamdulillah, kini Allah berikan Anisah sebagai sahabat Firah. Banyak yang Fira belajar dari Anisah. Senyap-senyap tau. Fira sebenarnya kagum dengan karakter yang dibawa Anisah. Memang banyak sangat yang Fira belajar dari dia. Banyak pelajaran hidup yang baru sejak mengenali sahabat ini. Yang paling penting kekuatan persahabatan ini Firah rasakan ianya kerana Allah. Pernah diri ini berdoa agar dikurniakan sahabat yang solehah. Alhamdulillah, Allah sentiasa mengabulkan doa hamba-hambaNya yang mengharapkan kebaikan. Insyallah.

Sahabat-sahabat seangkatan.

Ada Aisya, Farah, Wijdan, Hana, Hani dan Amie. Sahabat-sahabat yang baik insyallah. Mereka tak pernah berpisah sampai sekarang. Sebab mereka tetap bersama ambil jurusan bahasa arab. Timbul perasaan kagum dengan keutuhan persahabatan mereka. Tersenyum melihat indahnya ukhuwah dalam persahabatan.


 Alhamdulillah. Telah menerima sijil anugerah.

Akhirnya, majlis ini berakhir dengan jayanya. Sempat mengambil gambar kenangan bersama sahabat-sahabat. Terima kasih jadi sahabat yang baik untuk Firah. Uhubbukifillah ukhti..

Asasi it dalam ingatan.

Alhamdulillah Ya Allah.. Bergambar kenangan bersama sahabat kelas yang mendapat anugerah. Rindu.. itu sahaja ungkapan yang dapat Firah nyatakan di sini. Mengimbau detik-detik bersama. Terima kasih kepada lecturer yang telah mendidik kami. Kami sentiasa mengharapkan doa-doa dari guru kami yang bagi Firah ianya amat berkat selepas doa ibu dan ayah. Insyallah.. Love Foundation IT forever..

Bilakah lagi kita kan dapat bersama?

Senyummu sedekah.. (^_^)v

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "