Ahad, Mac 04, 2018

Fasa-Fasa Kehidupan



Bismillahirrahmanirrahim…

Lama sangat ana x update blog ini. Hajat di hati mula-mula nak biarkan entri-entri ini sebagai kenangan masa zaman muda dahulu. Kisah liku-liku hidup ketika bergelar seorang pelajar. Tapi lepas dengar dari ceramah Kak Ha, ana pun bersetuju buat perjanjian dengan diri untuk kongsi sedikit kisah-kisah kehidupan yang kita semua akan melaluinya. Bila baca kisah-kisah yang ana tulis dahulu, rasa macam.. ehh, dahulu ana pernah lalui semua ni rupanya. Jauh sungguh rupanya ana dah berjalan. Patutlah sebahagian besar santri-santri Gontor akan menulis diari kehidupan mereka, malah ada yang telah diterbitkan menjadi sebuah buku. Rupanya ada ibrah dalam setiap proses kehidupan. Manis apabila di kenang semula pahit getir yang telah dilalui. Ana sampai satu tahap berfikir, x payah mungkin kita ceritakan bahkan nanti bukankah malaikat kiri kanan ada yang mencatatkan. Bukankah ada tayangan semula untuk setiap perbuatan. Sayang, ambil sahaja ibrah. Yang tidak manis kita jadikan pengajaran, yang indah mungkin bisa jadi asbab senyuman untuk suatu ketika waktu kita memerlukan akan datang. Yang sudi membaca ambil yang baik-baik sahaja ya. :)

Perkongsian nota ringkas yang sempat ana catat dari bicara seseorang yang dari dahulu menginspirasikan, Kak Ha (bakal Dr. Phd) insyaALLAH & suaminya Dr. Farhan. Forum yang bertajuk Jodoh atau Kematian.

[Hadis ke 4 dari Hadis 40 Imam Nawawi]

3 Fasa Kehidupan setiap manusia akan melalui & merasainya…
Lahir  à Fasa Kehidupan à Kematian

Setiap dari kita akan melalui fasa-fasa kehidupan berbentuk ujian & kita tidak akan terlepas melaluinya. Ujian-ujian kecil ini, seperti berhijrah, bekerja, belajar, jodoh, perkahwinan, anak, harta, dan sebagainya. Segala susah-payah, sakit, pedih ini yang akan membawa kita ke Syurga. Kerna itu sunnah untuk setiap orang yang beriman. Sentiasa ingat… Allah pandang setiap usaha kita, bukan natijah. :)

Untuk yang masih dalam proses untuk masuk fasa alam perkahwinan, sedikit nasihat dicoretkan. Jangan takut kefakiran dalam perkahwinan, sebab Allah telah lama menjanjikan. Ketika memilih, doa istikharah bersungguh-sungguh kalau boleh syahdu kerana kita betul-betul meletakkan atas pilihan yang terbaik dari Allah. Rumahtangga itu medan untuk kita saling berbakti saling memberi. Para suami, nafkah itu adalah sebuah bentuk fisabilillah di hadapan Allah. Pilih yang boleh menjadi ayah untuk anak-anak kita, keserasian (sekufu’) amat penting dari ilmu mahupun status. Kita rasa serasi dengan seseorang kerana roh itu tahu & mengenal orang-orang beriman (surah an-nur :26). Kerana roh itu adalah tentera yang tersusun rapi. Paling penting, jaga betul-betul hati kita dengan Allah. :)

Maka, cuba tulis setiap fasa-fasa kehidupan kita ketika ini, sebab kita sedang melalui fasa-fasa kehidupan. Kita yang mendesign kehidupan kita. Bagaimana acuan kita ketika hidup, begitulah menentukan bagaimana kita mati. Sentiasa ingat point yang ketiga kematian, kerana Islam mengajar kita untuk bersedia membuat bekal. Sungguh, perkahwinan yang barakah itu yang akan membantu kita ketika di akhirat nanti… :)

Wallahu’alam…


Ps :  Selamat men’design’ kehidupan anda! :)





You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "