Selasa, April 26, 2011

Destinasi Cinta


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Rabu, April 20, 2011

Jawapan Mimpi


Menurut Imam Al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin –
Bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh
supaya terpelihara dari gangguan syaitan,
supaya terjaga agamanya,
supaya memperolehi anak2 yang soleh dari wanita itu
dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya.
Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai
wanita itu kerana semua sebab2 di atas,
maka dia adalah tergolong sebagai
salah seorang pencinta kerana Allah.

“Along kalau nak cari suami, carilah yang berakhlak dan beragama..”
“Pergilah berjihad dulu untuk agama, belum masanya lagi..”
Kata-kata daripada seorang lelaki yang amat ku kenali solehnya
Menyedarkan dari mimpi..
Untuk jawapan sebuah mimpi..

~Terima Kasih Ya Allah~

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "