Ahad, Ogos 25, 2013

Senyuman Syuhada


Saat hati merintih pedih
Melihat kezaliman berleluasa
Nyawa insan seperti tidak punya harga
Darah mengalir di merata-rata
Islam diperkotak-katikkan sedemikian rupa
Hancurlah hati sehancur-hancurnya
Melihat saudaraku di perlaku sedemikian rupa
Dan aku di sini tidak mampu berbuat apa

Saat hati merintih pedih
ayat-ayat suci dialunkan
satu-satunya senjata pedang
buat kekuatan mereka yang beriman
Lalu Dia pun datang mengkhabar berita
Saat kemenangan itu semakin tiba
Pemimpin zalim itu akan dihancurkan sehancurnya
Sengaja dijadikan perbualan umat manusia
Dan lalu Tuhan pun tertawa
Mengetahui kebaikan turun pada hamba2-Nya
Yang hakikatnya penuh dengan rahmat  bahagia

Saat hati merintih pedih
Melihat anak kecil Syria dibunuh
Bernafas seperti tiada udara
Hati mana yang tidak terseksa
Air mata luruh setiap kali memanjatkan doa
Tak tertanggung lagi menatap derita
Usai solat ku luapkan muka
Seperti terlihat wajah-wajah ceria mereka
Mengkhabarkan janganlah engkau bersedih
Itu semua hanya sementara
Kami sedang bergembira di dalam syurga

Saat hati merintih pedih
Akan ku kenang wajah as-syahidah ‘asma
Senyuman sang bidadari yang jelita
Seperti mengetahui saatnya bila
Ketika menyapa di dalam mimpi ayahanda
Meneguhkan keyakinan mereka yang percaya
Ketahuilah jalan ini adalah benar
Moga bertemu semula di syurga
Tempat yang kekal penuh cinta-Nya
Tiada lagi perpisahan yang kedua

Saat hati merintih pedih
Kan kulihat wajah mereka
Hati galau menjadi tenang seketika
Melihat senyuman para kekasih-Nya
Tenang ditangkap dihumban ke penjara
Masih terus menyakini janji Yang Esa
Bangkitlah Islam seluruh dunia
Bangunkanlah mereka yang sedang lena
Kamu punya Allah Tuhan Yang Berkuasa!

Saat hati merintih pedih
Akan ku pejamkan mata semula
Mebayangkan raut wajah mereka
Seyuman syuhada penghuni syurga
Indah bercahaya seperti bulan purnama
Dan mereka seperti bertanya padaku semula
Waktu menyusulmu pula bila?

Saat hati merintih pedih
Akan ku pujuk diri dan berbisik
Sungguh.. 
“Hidup mulia atau mati syahid!”

-26 Ogos 2013, 12.45pm-


Khamis, Ogos 01, 2013

Anak-Anak Syurga











Bismillahirrahmanirrahim..

Anak-anak syurga
Tiada dosa di wajah mereka
Tenang bermain riang gembira
Tanpa peduli jahatnya dunia

Anak-anak syurga
Bersih suci hati mereka
Belajar ikhlas rajin bertanya
Penghibur hati duka nestapa

Anak-anak syurga
Jangan dimarahi sifat mereka
Masih belum mengerti akan sepenuhnya
Tentang cerita bila meningkat dewasa

Anak-anak syurga
Lebih tulus doa mereka
Saham akhirat ayah dan bonda
Menjadi wasilah mencari redha-Nya

Anak-anak syurga
Jika dididik dengan agama
Merekalah pewaris perjuangan seterusnya
Rantaian dakwah ummah terbina

Anak-anak syurga
Bila didakapi dekat dengan hati
Rasa kasih tak terucap lagi
Hati yang kusut kini tenang kembali

Ya Rabbi,
Sungguh hati membuak rindu
Tawa, tangis, senyum mereka
Mereka Qurratul a’yun kami
Mereka anak-anak syurga..

**********
“Gu.. gu.. gu..”
“Cik'gu'lah dear..” :')
Credit to : Taska Sri An-Najah



You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "