Ahad, September 15, 2013

For Ummah

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, baru pulang dari kenduri doa selamat sahabat. Ana coretkan di sini sebagai kenangan dan pembakar semangat. Tersenyum berkongsi bahagia apabila cita-cita yang mereka impikan bersama hampir semuanya telah menjadi kenyataan. Mengimbau kembali zaman remaja berkongsi suka duka bersama. Siapa tahu, lagu nasyid yang selalu kami dendangkan bersama suatu ketika dahulu seperti menceritakan detik-detik memburu cita kami. Dan sekarang adalah saat-saat kemuncak dalam travelog kisah persahabatan ini.


#Engineer for ummah

Cik Siti. Best friend forever. Paling rapat waktu zaman PMR dulu. Sekarang meneruskan impiannya di Bremen Germany. Pening buat kapal terbang katanya. Hehe. Ada lagi dua tahun pengajian di sana. Selalu inbox fb ana tanya tentang fiqh luar Negara. Antara soalan yang ana tak terjawab lagi. Bila cik Siti tanya tentang solat jamak summer dan winter sebab waktu yang singkat dan bertindih dengan kuliah. Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan? =)


#Doctor for ummah

Lemah lembut orangnya. Bila bersuara sangat matang. Sahabat seperjuangan cik Reen. Rindu. Sangat susah nak jumpa walaupun balik bercuti di Negara tercinta. Belajar di Mansourah Egypt. Untaian meseg ukhuwah takkan pernah putus darinya. Surat cinta dari Egypt katanya. =)


#Doctor for ummah

Cik Sab. Sekarang menyambung pelajaran di Bangalore India. Setiap kali reunion. Cik Sab selalu tak dapat sama. Paling kurang masatu dekat atas kapal terbang ataupun waktu balik ke kampung bersama keluarga. Gembira dengar pengalaman pertamanya menyambut kelahiran baby sebagai doktor. Menangis sebak katanya.  =)


#Accountant for ummah

Baru bulan lepas terbang ke Dublin Ireland. Cik Syira setahun di sana ambil profesional untuk accounting. Rezeki Allah tidak pernah terjangka. Akhirnya impian pun terlaksana. Begitulah aturan Tuhan. Hebatkan. =)


#Architect for ummah

Imbas kembali. Bersungguh sahabat ini minta ana doakan agar urusannya dimudahkan. Jika perkara ini baik untuknya mudahkanlah ya Allah. Alhamdulillah. Hari ini ana baru pulang dari kenduri doa selamatnya. InsyaAllah, Sabtu ini pengembaraan Cik Piqa di United Kingdom pun bermula. Ana tumpang gembira sahabat. Syukur. Menyambung terus peringkat master dalam bidang architecture. Tahun depan nanti kita jumpa semula. Moga Allah menjagamu sepanjang pembelajaran di sana. =)


#Ustazah multimedia for ummah

Ana dulu bukan dari sekolah agama. Tidak ada STAM, Arab Tinggi, dan tak pernah belajar syariah, fiqh, mantiq dll. Cantiknya susunan dan aturan Allah SWT. Dulu ana tak pernah terbayang ana nanti akan menyambung pengkhususan bidang agama (usuluddin&multimedia). Alhamdulillah. Bila dikenangkan semula, betapa bersyukurnya bila Dia memilih ana untuk berada di tempat ini. Walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang telah dihadapi. Syukur bila kita tahu Dia selalu di sisi. Moga Allah tuntunkan lagi langkah ini hingga ke akhirnya. Err.. Jangan ditanya impian ana nak ke mana. Nanti ana akan jawab, SYURGA! =’)


Mereka sahabat-sahabat yang pernah jatuh bangun bersama. Memori zaman remaja takkan pernah lupus dalam ingatan kita. Cik mama (Engineer UTP). Puan Ain (Dentist UITM). Cik Yaya (Dentist UITM). Cik Zati (UITM). Cik Pah (UNITEN). Cik Odah (UTM).

Mereka sahabat batch 04-06 ASMKAJ. Alhamdulillah, Allah jua sebagai pengantara yang menjaga ukhuwah ini. Sehingga saat ini. Moga hubungan ini tidak pernah putus di dunia mahupun di akhirat sana. Sahabat. Sayang kalian kerana Allah. =)

#Haza li ummah! =)


Isnin, September 09, 2013

Bidadari Pencinta Ilmu


Aku melihat keindahan
Anak-anak puteri bagai bidadari
Memenuhi ruangan masjid
Putih suci, tepat waktu solat setiap hari
Berjemaah menyerikan rumah suci
Mengalunkan irama seindah suara bidadari
Yang susah untuk ku jumpa di zaman milioner ini

Aku kagum dengan keindahan
Seni reka yang mereka ciptakan
Seperti tidak pernah terfikir dek akal
Menjangkau kekaguman rasa insan
Seperti mencipta taman permainan
Untuk bidadari berlari keriangan

Aku tenang melihat sebaris puteri-puteri
Sujud syukur ketika program telah berjaya terlaksana
Di atas tanah dahi bidadari merasa
Hati bersatu dengan usaha bersama
Di mana lagi kan ku jumpa keadaan yang serupa?

Aku kagum melihat semangat bidadari
Berlari-lari tidak pernah lelah
Setiap hari tanpa rasa lemah
Katanya ilmu itu cahaya Illahi
Perlu berlari laju mendapatkan semua ini

Aku bahagia melihat senyuman puteri-puteri
Seperti senyuman indah sang bidadari
Sapaan salam sentiasa menemani hari
Sudah betahkah ukhti tinggal di sini?
Persoalan yang sentiasa membuat diri berasa dihargai.

Aku doakan puteri-puteri pencinta ilmu di sini
Bakal menjadi wanita solehah di dunia
Dan bidadari indah di syurga nanti…

……
8.30pm, 20 April 2013
Gontor Puteri 1


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "