Bismillahirrahmanirrahim…
Lama sangat ana x update blog ini. Hajat di hati mula-mula nak biarkan
entri-entri ini sebagai kenangan masa zaman muda dahulu. Kisah liku-liku hidup
ketika bergelar seorang pelajar. Tapi lepas dengar dari ceramah Kak Ha, ana pun
bersetuju buat perjanjian dengan diri untuk kongsi sedikit kisah-kisah
kehidupan yang kita semua akan melaluinya. Bila baca kisah-kisah yang ana tulis
dahulu, rasa macam.. ehh, dahulu ana pernah lalui semua ni rupanya. Jauh sungguh
rupanya ana dah berjalan. Patutlah sebahagian besar santri-santri Gontor akan
menulis diari kehidupan mereka, malah ada yang telah diterbitkan menjadi sebuah
buku. Rupanya ada ibrah dalam setiap proses kehidupan. Manis apabila di kenang
semula pahit getir yang telah dilalui. Ana sampai satu tahap berfikir, x payah
mungkin kita ceritakan bahkan nanti bukankah malaikat kiri kanan ada yang
mencatatkan. Bukankah ada tayangan semula untuk setiap perbuatan. Sayang, ambil
sahaja ibrah. Yang tidak manis kita jadikan pengajaran, yang indah mungkin bisa
jadi asbab senyuman untuk suatu ketika waktu kita memerlukan akan datang. Yang
sudi membaca ambil yang baik-baik sahaja ya. :)
Perkongsian nota ringkas yang sempat ana catat dari bicara seseorang yang
dari dahulu menginspirasikan, Kak Ha (bakal Dr. Phd) insyaALLAH & suaminya
Dr. Farhan. Forum yang bertajuk Jodoh atau Kematian.
[Hadis ke 4 dari Hadis 40 Imam Nawawi]
3 Fasa Kehidupan setiap manusia akan melalui & merasainya…
Lahir à Fasa Kehidupan à Kematian
Setiap dari kita akan melalui fasa-fasa kehidupan berbentuk ujian &
kita tidak akan terlepas melaluinya. Ujian-ujian kecil ini, seperti berhijrah,
bekerja, belajar, jodoh, perkahwinan, anak, harta, dan sebagainya. Segala
susah-payah, sakit, pedih ini yang akan membawa kita ke Syurga. Kerna itu
sunnah untuk setiap orang yang beriman. Sentiasa ingat… Allah pandang setiap
usaha kita, bukan natijah. :)
Untuk yang masih dalam proses untuk masuk fasa alam perkahwinan, sedikit
nasihat dicoretkan. Jangan takut kefakiran dalam perkahwinan, sebab Allah telah
lama menjanjikan. Ketika memilih, doa istikharah bersungguh-sungguh kalau boleh
syahdu kerana kita betul-betul meletakkan atas pilihan yang terbaik dari Allah.
Rumahtangga itu medan untuk kita saling berbakti saling memberi. Para suami,
nafkah itu adalah sebuah bentuk fisabilillah di hadapan Allah. Pilih yang boleh
menjadi ayah untuk anak-anak kita, keserasian (sekufu’) amat penting dari ilmu
mahupun status. Kita rasa serasi dengan seseorang kerana roh itu tahu &
mengenal orang-orang beriman (surah an-nur :26). Kerana roh itu adalah tentera
yang tersusun rapi. Paling penting, jaga betul-betul hati kita dengan Allah. :)
Maka, cuba tulis setiap fasa-fasa kehidupan kita ketika ini, sebab kita
sedang melalui fasa-fasa kehidupan. Kita yang mendesign kehidupan kita.
Bagaimana acuan kita ketika hidup, begitulah menentukan bagaimana kita mati.
Sentiasa ingat point yang ketiga kematian, kerana Islam mengajar kita untuk
bersedia membuat bekal. Sungguh, perkahwinan yang barakah itu yang akan
membantu kita ketika di akhirat nanti… :)
Wallahu’alam…
Ps : Selamat men’design’
kehidupan anda! :)