Khamis, September 27, 2012

Temujanji



Langkah Haura’ semakin pantas. Seperti mengejar sesuatu lagaknya.
“Ah, temujanji.” Sambil mengerling jarum jam yang berdetik mengira masa.

Tenang, sekilas melihat indahnya alam. Angin lembut menyentuh seperti ingin mengkhabarkan akan tibanya sebuah berita. Hijau daun, dan cahaya mentari seperti menemani langkah Haura’ pada waktu itu. Puji-pujian buat Allah.

“Haura’?” kelihatan seorang wanita yang berusia 30-an, indah bertudung litup labuh berbaju ungu berjalan kearah Haura’. “Ya Ustazah.” Tangan Haura’ pantas menyalami dan menunduk hormat. “Jemput masuk bilik.” Sebaris senyuman diberikan sambil membuka pintu biliknya.

Temujanji.
“Pelajaran Haura’ sekarang bagaimana?” ustazah memulakan perbualan.
“Alhamdulillah ustazah, insyaAllah ana akan menghabiskan pelajaran dalam masa terdekat ini.”
Haura’ berhati-hati menyusun tutur katanya di hadapan murabbi nya yang tersayang.
“Haura’, enti tahu apa tujuan sebenar ustazah adakan temujanji ini?”
Haura’ menggeleng sambil memberikan senyuman.

Ustazah tersenyum,
“InsyaAllah, ustazah nak maklumkan pada enti. Ada seorang muslimin yang berhajat untuk mengambil enti sebagai zaujahnya. Ustazah sebagai perantaraan. Enti berminat?”

Haura’ terdiam, kelu lidahnya menjawab ya ataupun tidak.
Tertunduk.
Segan.
Ustazah seperti mengerti hatinya,
“Kalau enti bersetuju, ustazah akan teruskan dengan adakan taaruf, mungkin boleh ditukar-tukarkan biodata.”

Seperti mengumpulkan kekuatan untuk bersuara, Haura’ berbicara,
“Ustazah, izinkan ana untuk istikharah dulu. Kalau ana ada jawapannya, ana akan beritahu pada ustazah semula insyaAllah.”

Senyuman tidak lekang dari bibir ustazah.
Bibir mutiara itu, terus menuturkan nasihat-nasihat indah buat Haura’
Sambil meyakinkannya.

“Haura’, tujuan perkahwinan tidak lain hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Enti tahukan, betapa syaitan benci akan sebuah perkahwinan anak cucu Adam. Ibarat kita membina sebuah masjid. Ustazah faham, mungkin enti takut dengan perubahan. Mungkin kurang masa bersama-sama teman, masa untuk diri sendiri, keseronokan. Masanya tetap akan tiba jua. Ini untuk agama kita. Kita sedang membina ummah. Moga perkahwinan ini akan lebih banyak melahirkan pejuang-pejuang agama. Enti tahu, di Palestin, Syria, dan Negara-negara Islam yang lain, gadis seperti enti inilah yang sudah berkemampuan, mereka cepat-cepat kahwinkan, lahirkan zuriat sebanyaknya, hantar ke medang jihad. Syahid! Moga enti mengerti Haura’..”

“Haura’, perkahwinan akan melengkapakan sebahagian lagi….”
“…agama.” Haura’ menjawab tenang.
Ustazah tersenyum, seperti mendoakan anak gadis ini agar mengerti.

“InsyaAllah, ustazah.. Ana akan istikharah dahulu, kemudian syura’ bersama umi dan abi.”

“Baiklah Haura’, ustazah akan tunggu jawapan daripada enti. Jika sudah ada, meseg ustazah. Ustazah akan tunggu.”

Pintu ditutup rapat. Haura’ masih seperti terpinga-pinga dengan keadaan yang baru dilalui tadi. Pujian-pujian hanya untuk Tuhan. Allah jualah yang menjadi saksi dalam temujanji barakah  itu.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "