Khamis, Mac 19, 2015

Muallimah Kepada Anak-Anak Syurga


Bismillahirrahmanirrahim…

Cuti sekolah. Alhamdulillah, dipenuhi dengan sepenuhnya. Bersama dengan mereka yang tersayang (family). Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan mabrouk alaikum kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang baru membina baitul muslim. Semoga Allah memberi keberkahan dalam perkahwinan kalian hingga ke syurga, seterusnya lahirlah lebih banyak lagi (keturunan) insan-insan soleh yang memakmurkan bumi Tuhan. Teristimewa buat Syafiqa (x-asmkaj), Farhana (muallimah), Jannah (x-roomate), Aini (x-asasi), Luqman (x-asasi), kak ija (al-azhar members) & Rahman (al-azhar members). Barakallah lakuma jamia’an..  :)


Hampir tiga bulan sudah diri ini diberi taklifan baru, muallimah kepada anak-anak syurga. Allahuakbar. Tidak dapat digambarkan perasaan ini, Allah izinkan juga hamba hina ini menjadi seorang guru kepada generasi ummah. Pahit, manis, asam garam berjaya ditempuhi sepanjang proses 3 bulan ini. Rasa bahagia tidak terkata apabila dapat mendampingi anak-anak syurga. Dengan karenah-karenah comel mereka. Paling mengharukan, Allah izinkan hamba mengajar kepada mereka mengenal huruf-huruf dari kalam-Nya. Mendengar mereka membaca tilawah satu persatu, berebut-rebut untuk ditasmik hafazan mereka, menceritakan kisah-kisah Nabi kepada mereka, melukiskan semangat Palestin bersama mereka. Allah… Tidak terungkap dengan kata-kata. Itu sahaja sudah cukup buat hamba rasa bahagia setiap kali mendampingi anak-anak syurga.


Usai solat, hamba seringkali menyelit doa-doa buat mereka. Permohonan maaf jika hamba ada terkasar bahasa dan tindakan ketika mendidik anak-anak syurga. Kadang-kadang terbuai juga emosi melihat kenakalan terutama anak-anak soleh ini. Sifat sabar yang sangat tinggi perlu diiringi sepanjang proses mencorak anak-anak syurga ini. Kadang-kadang dapat merasai bagaimana tingginya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Anak sakit. Anak tak makan. Anak tak siap homework. Anak peperiksaan. Yang paling merasainya adalah ibubapa termasuk guru sebagai ibu ayah mereka yang kedua. Benarlah, anak-anak syurga itu adalah Qurratul a’yun kami.


“Assalamualaikum muallimah.” Bergema setiap hari. Allah, begitu mulia darjat seorang guru yang Engkau angkatkan. “Muallimah, ini hadiah buat muallimah.” Ada dari Makkah, Indonesia, Langkawi, dll.. Terharu, begitu murah rezeki menjadi seorang guru. Rezeki cinta dan ingatan daripada mereka. :) “Muallimah, ceritalah lagi kisah-kisah Nabi.” Allah, jangan pernah putus idea untuk hamba mendampingi mereka sehingga mereka benar-benar menjadi insan Rabbani. “Muallimah, suatu hari nanti Islam akan menangkan? Kita kena tolong Palestin.” “Sebab tu kena rajin berdoa, hafal al-Quran. Nanti siapa yang hafal Al-Quran dia akan jadi pemegang panji Islam (tentera Allah).” Sungguh aulad di sini sungguh hebat. Soalan yang paling mencuit hati setiap kali bersama mereka. “Muallimah, muallimah dah kahwin ke belum?” Alahai, anak... :’)


Ya Allah, izinkan hamba untuk menetap lebih lama lagi bersama mereka. Banyak lagi yang perlu hamba belajar menjadi seorang guru kepada ummah. Sempurnakanlah tanggungjawab hamba kepada mereka. Bukan gelaran dan harta yang hamba kejarkan. Tapi erti sebuah keikhlasan dalam mendidik anak-anak syurga supaya bumi ini makmur dengan insan-insan soleh seperti yang Kau gambarkan dalam Al-Quran. Kenalkan mereka dengan keindahan Islam dan izinkan mereka semua tak terkecuali untuk mengamalkan semua yang terkandung dalam syariat-Mu.


Ya Allah, dalam waktu mengajar mereka, hamba juga adalah seorang penuntut ilmu. Bukan pangkat yang hamba kejarkan, tapi taqwa dan tawadhu’ hamba dambakan. Lapangkanlah masa hamba untuk menyiapkan thesis ini seperti mana hamba sedaya upaya melapangkan masa bersama mereka mengenalkan agama-Mu. Tuhan, hamba tidak ada apa untuk membalas jasa kedua ibu bapa hamba, sepanjang hamba mengenali anak-anak syurga, hamba bersaksi ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka. Izinkan hamba menggembirakan hati ibu ayah dengan sebuah kejayaan buat mereka. Itu adalah hasil kecil buat mereka agar terbayar di dunia walaupun hakikatnya tidak terbayar jasa dan kasih mereka. Dan hamba mohon dengan penuh kerendahan hati syurga Firdaus buat mereka, agar bisa kami berkumpul semula di bawah keredhaan-Mu. Aminn ya Rabb..

Illahi.. Anta maksudi wa ridhaka mathlubi.. :’)


You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "