Jumaat, Disember 24, 2010

Hijrah



Assalamualaikum sahabat..

Alhamdulillah, Fira berkesempatan mengikuti forum yang bertajuk HIJRAH KE ARAH UMMAH BERKUALITI pada malam kelmarin. Teruja rasanya hati mendengar segala hujah tokoh agama yang terkenal. Kupasan menarik dibentangkan untuk santapan mahasiswa yang sentiasa dahagakan ilmu. Subhanallah.. Puji-pujian untuk-Nya.

Ma Ma’na hijrah? Ya, hijrah ialah suatu perubahan..
Berapa ramai yang memahami konsep sebenar hijrah?
Bagi Firah terpulang kepada sahabat kerana sahabt juga mempunyai pendapat tersendiri tentang hijrah.
Dan insyallah moga hijrah Firah dan sahabat berteraskan mencari redha Allah.

Sahabat..
Jangan mengalah! Jangan mengeluh! Kerana hakikatnya hijrah itu memang sesuatu yang berat dan memeritkan! Ketahuilah hijrah itu jihad! Ya, sahabat perlu ada semangat jihad ketika ingin melakukan suatu perubahan. Lihat zaman Rasulullah s.a.w, hijrah baginda adalah untuk memartabatkan kembali Islam. Walaupun banyak ancaman dan penentangan ketika baginda berhijrah, namun kerana Allah hijrah itu berjaya dilaksanakan. Jelas bukan? Bagi Firah, apabila kita ingin membuat sesuatu perubahan, lekaslah, sandarkanlah ia kerana Allah. Insyallah, hijrah kita akan tercapai jua. Kerana Allah adalah sumber semangat kekuatan yang paling utama ketika melakukan hijrah.


Hijrah itu pengorbanan..
Hijrah itu perjuangan..
Kedengaran jelas suara seorang lelaki mengalunkan lagu hijrah yang sudah tidak asing lagi pada halwa telinga umat islam. Memecahkan kembali lamunan Firah seketika. “Ustaz, bagaimana konteks hijrah mengikut para mahasiswa mahasiswi kini?” Tanya lelaki tersebut kepada ahli panel. Ustaz mula mengutarakan hujahnya. Jelas kelihatan senyuman seorang da’ie mengiringi kata-kata nasihat untuk anak-anak muda yang bakal menggantikan tempat mereka juga suatu hari nanti.

Menuntut ilmu..
 

Sahabat, dai’e itu memberi pesanan kepada kita, hijrah Firah dan sahabat adalah menuntut ilmu. Cinta ilmu. Ya, hanya ilmu yang membantu kita waktu ini malah membantu Firah dan sahabat pada hari akhirat juga. Firah nak utarakan sesuatu disini.

“Kebanyakan para mahasiswa belajar di universiti kini hanya untuk mendapatkan habuan besar.”

Sahabat setuju? Sependapat? Masyallah. Sebenarnya ini hakikat!
Ustaz sendiri menyatakan zaman sekarang ambil degree, diploma untuk pangkat, kira duit gaji siapa paling banyak. Firah terdiam. Melihat kembali di luar ada benarnya juga. Ustaz menyambung, zaman dahulu mereka berlumba-lumba mencari ilmu. Sebab? Mereka cinta ilmu dan kita cinta harta. Sesuatu yang menarik difikirkan dan ianya perlukan hijrah!

Merenung diri kembali. Hijrah. Hijrah. Hijrah. Banyak Firah perlukan untuk berhijrah. Dan Firah tahu kekuatan hijrah hanya dapat dengan niat kerana Allah.. Insyallah, diri ini memerlukan Firah yang baru selepas banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Adakah sahabat juga sudah bersedia hijrah?

Senyumanmu sedekah.. (^_^)v

0 comments:

Catat Ulasan

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "