Assalamualaikun sahabat..
Apa khabar imanmu pada pagi ini? Alhamdulillah, genggamkanlah nama Allah letakkanlah kemas di dalam hati. Semakin banyak ujian Allah yang diberi, mentarbiahkan diri ini kembali. Moga kaki ini kuat meneruskan langkah-langkah menuju destinasi syurgawi. Walaupun mengetahui hakikat syurga Allah amat terlalu mahal sekali. Apatah lagi ditambah dosa-dosa yang mungkin tidak disedari. Akhirnya memakan diri kembali. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah. Kami tak sanggup jatuh dilembah yang paling mengerikan itu. Kami takut semua azab-azabMu. Ampunilah kami. Sesungguhnya kami umat yang mudah alpa dengan janji-janjiMu..
Alhamdulillah, asif sahabat.. Tidak banyak Firah dapat kongsikan saat ini. Walaupun aktiviti-aktiviti ilmu banyak berlaku pada minggu ini. Antaranya, Keajaiban susunan ayat Al-Quran iaitu science dan mathematics menurut kaedahnya. Sahabat akan mendapati mukjizat dan kebesaran Allah apabila mendengar ceramah ini. Sesiapa yang mendengar ceramah tersebut pasti terpukau dengan penemuan kajian-kajian di dalam mashaf Agung itu. Subhanallah, sahabat.. Hebat.. Masyallah, gembira mendengar khabar berita dari ustazah tersayang tentang ramainya umat manusia memeluk islam setelah mengkaji Al-Quran pada masa kini. Alhamdulillah, moga ia memberi semangat untuk kita pula mengkaji sendiri tentang keajaiban Al-Quran.
“Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan - perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.” (Al-Hasyr:21)
Bertungkus-lumus menyiapkan assignment Tauhid Saintifik. Membincangkan kepincangan masyarakat kini kerana tidak meyakini adanya hari akhirat. Benarkah? Mudahkanlah urusan Firah Ya Allah..
Alhamdulillah, malam berikutnya diadakan diskusi ilmu keagungan cinta. Ahli panel terdiri daripada Ustazah tersayang, Ustazah Saadah, Ustaz Zubir dan Ustaz Don Daniyel. Dikendalikan oleh mantan presiden MPM saudara Izad. Diskusi bermula apabila ustazah menceritakan kembali kejadian manusia di dalam surah Al-Mu’minun ayat 14. Satu kesimpulan yang menarik dibuat oleh mantan presiden, “Menunjukkan bahawa Al-Quran mukjizat Yang Agung. Jika difikirkan kembali, bagaimana ayat Al-Quran itu yang diturunkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w menceritakan kembali proses kejadian manusia yang hanya dapat diketahui oleh manusia zaman kini melalui sains dan teknologi. Jelas Al-Quran sememangnya diturunkan oleh Allah Yang Maha Besar.” Subhanallah..
Sahabat ingin mencari Cinta Agung itu? Ada. Carilah melalui buku manual manusia iaitu Al-Quran Al-Karim. Jelas, jika laptop yang baru dibeli ada buku manualnya, kereta besar yang dibeli ada buku manualnya, peti ais juga ada buku manualnya. Sudahkah kita melihat buku manual untuk manusia yang disediakan oleh Allah Taala. Masyallah.. Sahabat, insyallah ketika mengkaji buku manual ini, kita akan dapati keagungan cinta itu. Semua dengan izinNya.
Ustaz Zubir mula mengatur bicara. Kenalilah Allah di waktu lapang. Sebaris ayat yang akan Firah pegang selama hayat hidup ini. Insyallah. Cinta. Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, baginda sangat takut kerana baginda mengetahui adanya satu zaman iaitu umatnya akan terlalu cintakan dunia dan takutkan kematian. Terfikir sejenak, adakah zaman yang dimaksudkan itu sebenarnya sedang berlaku? Lalahaillallah, masih terlalu kerdil dihadapanMu kini.
“Ustaz, kalau boleh ustaz terangkan pula bagaimana keadaan cinta dikalangan siswa pula?” permintaan dari seorang siswa yang mengikuti diskusi ilmu ini. Ustaz Don yang pernah mengajar hafazan Firah pada semester lepas pula mengambil giliran. Sila reserve kan cinta anda ketika masih belajar. Menarik.. Ustazah disebelah mula menambah, cinta atau jodoh akan datang sendiri tidak perlu dicari. Subhanallah, sangat menarik.. Ustaz tahu gelora jiwa muda-mudi kini. Itu adalah fitrah manusia yang telah dijadikan Allah s.w.t untuk hamba-hambaNya. Fitrah itu diciptakan untuk menyambung keturunan manusia. Jadi saat ini kepada mahasiwa, apa yang perlu anda lakukan adalah laksanakan tugas cinta itu. Dengan mencari ilmu. Ustaz nak tanya, kamu nak kahwin-kahwin ni dah ada ilmu ke? Soalan paling simple. Ada ilmu mengurus jenazah? Haa, sila cari ilmu-ilmu tersebut. Takkan kamu nak biar orang lain yang mengurus dan mandikan jenazah ibu ayah kamu suatu hari nanti. Masyallah.. Firah sangat tersentak dengan ayat itu. Bukankah anak yang soleh lebih diterima Allah untuk ibubapanya? Pergi belajar cari ilmu tersebut. Bagaiman nak kahwin kalau takde ilmu kewangan? Pergi belajar cari ilmu uruskan ekonomi untuk keluarga. Dah ada ilmu agama? Cukup?? Dekat surat janji nikah dah ada kata nak ajar isteri tentang agama. Ada tak ilmunya? Haa, memanglah suruh isteri pi belajar agama dengan ustazah-ustazah tuh.. Yang menyuruh isteri tu pula bila nak pi belajar agama pula? Huhu.. Terkeluar bahasa pulau pinang ustaz.. Cari ilmu dulu baru boleh kahwin..
Oklah, ustaz nak bagi tips-tips untuk siswa. Nak cari isteri ikut hadis Nabi.. Tengok rupa, yang dah sejuk mata memandang itu kamu ambil lah. Tengok keturunan, kalau family dia baik-baik kamu pi la ambil dia. Tengok harta, perempuan tu gila harta tak? Kalau tak, pi la ambil dia.. Haa, yang last nih tengok agama.. Kalau baik cepat-cepat kahwin naa.. Terima kasih.
“Saya tengok ada status kat fb.. Dia kata KUIS ni Kolej Untuk Isteri Solehah. Lagi satu ayat, Kerana U I Sudi..” Suasana di audi bertukar mendengar usikan dari mantan presiden MPM selaku pengacara malam itu menutup sesi bersama ahli panel.
Seorang siswi bertanyakan soalan kepada ustaz, “Ustaz, bagaiamana dengan seseorang yang mendapat cinta Allah itu dan merasakan tidak perlu adanya perasaan cinta kepada manusia. Perlukah dia mengimbangi kembali?” Ustaz mengatur susunan bicaranya yang terakhir. Beruntunglah mereka yang sudah samai ke tahap itu. Tidak perlu diimbangi lagi kerana ianya adalah anugerah dari Allah s.w.t. Melihat kembali kepada serikandi islam Rabiatul Adawiyah. Para sahabat dan tabiin yang bertungkus-lumus mencari dan mengkaji ilmu hingga terlupa pada sebuah perkahwinan, itu semua adalah anugerah Allah. Anda boleh mengkaji kitab yang ada disenaraikan nama-nama para ilmuan islam yang hingga akhir hayatnya tidak berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kajian-kajian islam untuk umat seterusnya. Rasulullah s.a.w pernah ditanyakan oleh sahabat tentang hal ini. Ada sahabat yang ingin berpuasa terus-menerus, melakukan ibadat solat sepanjang hayat hidupnya.. Baginda menyuruh sahabat pulanglah, jalanilah kehidupan manusia seperti biasa.. Mesti ada sesuatu jika baginda menasihati seperti itu. Kita sendiri boleh fikirkan..
Alhamdulillah, hampir 2 jam Firah bersama sahabat di sini. Semoga Allah merahmati kehidupan yang kita lalui. Firah ada tugas seterusnya yang perlu diselesaikan. Doakan Firah, sahabat agar urusan dipermudahkan. Insyallah, moga doa itu juga dikembalikan untukmu setelah diaminkan para malaikat.. Insyallah..
Senyumanmu sedekah.. (^_^)v
0 comments:
Catat Ulasan