Bismillahirrahmanirrahim..
Pagi-pagi lagi si ibu bertungkus-lumus di dapur menyediakan makanan tengah hari untuk si ayah dan anak-anak kesayangannya yang bakal pulang ke sekolah. Si kakak mula melangkah kaki ke dapur membantu ibu selepas ditegur dengan penuh kasih sayang oleh si nenek.. (^_^’) Dengan tangan si kakak ligat membasuh pinggan mangkuk dan si ibu menggoreng ikan , kisah-kisah mula keluar menghangatkan sesi bersama anak beranak di dapur..
Firah buka cerita dengan kisah-kisah sahabat dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Apa yang mereka buat ketika ini. Ada yang tengah ambil medic, engineer, arkitek, mathematic, computer, management, dan… ada yang bakal jadi ustaz ustazah.. insyAllah..
Ibu senyum.. Tiba-tiba ibu bertanya satu soalan yang buat Firah tersentak.. “Along, along tak nak hafal Al-Quran?” Firah terdiam.. Monolog hati Firah bersuara, siapa yang tak nak hafal Kitab Allah.. Tambah-tambah syarat untuk menjadi seorang pendakwah mesti lancar hafazan Al-Quran dan Hadis, terngiang-ngiang kata-kata Ustaz yang baru beberapa hari Fira balik dari program tersebut.
Ibu bersuara lagi, “Along tahu, pelajar yang bijak adalah mereka yang menghafaz Al-Quran.” Tertunduk, tangan masih ligat membasuh pinggan kotor di singki. Telinga masih menangkap apa yang cuba disampaikan oleh si ibu. “Rasulullah s.a.w pun perlukan masa yang sangat lama untuk hafal Al-Quran. Fitrah manusia pun selalunya melakukan kerja sedikit demi sediki. Tak mampu sekaligus. Yang mampu hanya Allah.. Ingat lagi tak? Lahaulawalaquwataillabillah.. Tiada daya kekuatan melainkan hanya Allah..”
Kini, giliran keropok lekor dimasukkan ibu ke dalam kuali. Bunyi minyak panas meratah keropok lekor menyengat di telinga. “Along, kalau Along dah hafal 30 juzuk Al-Quran nanti agak-agak Along takut mati?” Soalan yang terakhir itu semakin mendalam rasanya untuk Firah. Perlahan-lahan Firah membuka suara. “Tak..” Ya, hanya orang yang benar-benar beriman tidak takut akan kematian. Mereka bersedia untuk bertemu dengan Allah sebab itu tiada rasa gentar untuk kematian. Mungkin itu yang dirasa oleh mereka yang syahid terdahulu. Tiada rasa takut untuk mati..
Selesai singki dibersihkan, Firah kembali untuk ke bilik.. “Along ingat, hanya ilmu yang mengangkat martabat kita dan bila seseorang tak dapat menerima ilmu yang disampaikan maknanya ada titik hitam dosa yang telah kita lakukan melekat di hati”.. Perlahan-lahan kaki melangkah keluar dari dapur, hati bercelaru.. Ya Allah, jauhnya aku sekarang dari-Mu… Aku rindu..
Laptop di buka.. Ayat-ayat Al-Quran mula dipasang.. Papan huruf mula ditekan lantas bicara hati diluahkan.. Ya, dari dahulu Firah memang ada niat untuk hafal Al-Quran. Cuma semakin lama impian itu semakin hilang ditelan masa.. Bila lagi hendak bermula.. Ah, Firah betul-betul memerlukan sokongan. Hati mengakui banyak pantang larang yang perlu dilaksanakan. Tinggal hanya laksanakan sama ada mahu atau tidak.. Allahuakbar!! Lahaulawalaquwataillabillah..
“Sesiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan makhota pada hari kiamat yang sinaran makhota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah kamu di dunia ini” {Riwayat Imam Ahmad Daud}
3 comments:
haa firahh..:) terharunya..
jannah.. jom hafal al-quran nak.. =)
Salam...
Indahnya jika al-quran sentiasa di dada..~
Catat Ulasan