Mata merenung
ke lantai
Sunyi sepi
mebelah sukma
Hampir menunduk
Berjalan mengira
tapak
Tangan seperti
memegang serpihan kaca-kaca
Darah tanpa
warna
Dia menangis
diam-diam..
Kosong
Masih cuba
laksanakan yang terbaik
Kosong
Melawan arah
putaran waktu
Kosong
Harus mengerti
apa yang sedang berlaku
Kosong
Dia menangis
diam-diam..
Mencari tapak
pulang kepangkuan-Nya
Agar mengerti
semua yang terjadi pasti ada hikmah sebaliknya
Belajar erti
ikhlas itu jawapan-jawapan yang sering dijeritkannya
Paksa dan
terus memaksa jalan ini bukan semudah yang disangka
Hampir terduduk
Dia menangis
diam-diam..
Berjalan
menagih simpati
Kuntuman senyuman
masih tetap diberi
Gelak tawa
mencuit hati
Sahabat-sahabat
menceriakan hari
Mawar mekar memberi
wangi
Tanpa
mengetahui
Ada yang sedang
menangis diam-diam..
Air mata
bergenang
Cuba turun
dari empangan
Wajah
berpaling tangan mengesat
Masih cuba
bertahan
Kerana tahu
ini semua resam kehidupan
Harus dilalui
dengan hati yang tenang
Mengetahui
yang kekal satu hanya Dia
Lantas mengadu..
Jangan pernah
tinggalkan
Orang yang
sedang menangis diam-diam..
-8.00am, Bilik Sunyi-
0 comments:
Catat Ulasan