Allah izin
berkesempatan dengan sahabat-sahabat
kesayangan
menziarahi Pusat Perlindungan Wanita
Program Seerat Ukhuwah (siri II)
anjuran Persatuan Mahasiswa Usuluddin
(PERMASUS)
Entah mengapa
Mataku sukar untuk dilelapkan
Mata nya yang berbinar-binar
Seperti mengharapkan sesuatu sinar
dariku
Mataku berkedip-kedip
Bayangan wajahnya masih jelas
kelihatan
Mulus dan tulus
Suci..
Seperti baru bersih dari kotoran semalam
Bicaranya tentang taubat
Aku jadi termalu sendiri
Akak, adik keluar nanti nak pakai
purdah macam akak..
Sambil tangannya mengulas-ngulas
lembut secebis kain ini..
Akak, adik keluar nanti adik nak jadi hafizah pemelihara al-quran..
Akak, adik keluar nanti adik nak jadi hafizah pemelihara al-quran..
Aku mengangguk-angguk kecil
bertahmid..
Akak, adik sayang akak tangannya
dihulur seperti mengira jari jemari
Allah.. Rasulullah.. Ibu.. Ayah..
Akak..
sambil tersenyum..
sambil tersenyum..
Hatiku tersentuh,
Allah peliharalah gadis kecil ini!!
Pelukannya erat seperti tidak mahu
melepaskan pulang
Air mata cuba ditahan
Aku sendiri tak mampu menoleh ke
belakang
Kubisikkan hati, setiap pertemuan
mesti ada perpisahan
Doa-doa cinta sentiasa dipanjatkan
Untuk dia..
“moga nanti kita jumpa lagi di syurga..
“ - =)
1 comments:
selamat berpesatuan..=D
Catat Ulasan