Kau rasa
apa
Bila saat
orang yang kau sayangi
Bila saat
orang yang kau percayai
Mula memungkiri
janji
Mula berubah
hati
Jauh dari
pautan Illahi
Kau rasa
apa
Saat orang
yang kau sayangi
Melakukan perkara
yang mengundang murka Illahi
Engkau mula
menjerit memarahi
Kerana kasihnya
engkau padanya
Aku tak
mahu dirimu diseret ke neraka
Kau rasa
apa
Bila Tuhan
mula membongkari
Satu persatu
persoalan yang bermain di hati
Engkau
masih tetap tak percaya
Kerna kepercayaan
kau masih padanya
Sampai suatu
saat
Perkara itu
benar berlaku di depan mata
Kau rasa
apa
Bila orang yang
kau kasihi
Menikam terus
menerus dari belakang
Kau diam
kerana kasihmu yang entah apa
Kau tetap
diam seribu bahasa
Sedang bahang
dari langit seperti murka
Melihat kau
hanya diam
Tanpa cuba
mengubah apa yang dirasa
.....................
Kau tahu ..
Yang sebenarnya
aku rasa
apa?
Badanku menggigil
Hatiku seperti
sebawah-bawahnya
Kecewa datang
menerpa-nerpa
Saat semuanya
berlaku di depan mata
Kerana kasih
yang entah apa
Tangisan kelemahan
berlagu hiba
Menangis kerna
aku masih di tahap
Melaksanakan
dakwah selemah-lemah iman
Ya,
selemah-lemah iman..
Rasulullah
s.a.w. :
"Barangsiapa
di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan. Jika
tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar
kemampuannya, maka cegahlah dengan hati. Sesungguhnya (mencegah dengan hati)
selemah-lemah iman."
(Hadith
Riwayat Muslim)
0 comments:
Catat Ulasan