Ahad, September 15, 2013

For Ummah

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, baru pulang dari kenduri doa selamat sahabat. Ana coretkan di sini sebagai kenangan dan pembakar semangat. Tersenyum berkongsi bahagia apabila cita-cita yang mereka impikan bersama hampir semuanya telah menjadi kenyataan. Mengimbau kembali zaman remaja berkongsi suka duka bersama. Siapa tahu, lagu nasyid yang selalu kami dendangkan bersama suatu ketika dahulu seperti menceritakan detik-detik memburu cita kami. Dan sekarang adalah saat-saat kemuncak dalam travelog kisah persahabatan ini.


#Engineer for ummah

Cik Siti. Best friend forever. Paling rapat waktu zaman PMR dulu. Sekarang meneruskan impiannya di Bremen Germany. Pening buat kapal terbang katanya. Hehe. Ada lagi dua tahun pengajian di sana. Selalu inbox fb ana tanya tentang fiqh luar Negara. Antara soalan yang ana tak terjawab lagi. Bila cik Siti tanya tentang solat jamak summer dan winter sebab waktu yang singkat dan bertindih dengan kuliah. Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan? =)


#Doctor for ummah

Lemah lembut orangnya. Bila bersuara sangat matang. Sahabat seperjuangan cik Reen. Rindu. Sangat susah nak jumpa walaupun balik bercuti di Negara tercinta. Belajar di Mansourah Egypt. Untaian meseg ukhuwah takkan pernah putus darinya. Surat cinta dari Egypt katanya. =)


#Doctor for ummah

Cik Sab. Sekarang menyambung pelajaran di Bangalore India. Setiap kali reunion. Cik Sab selalu tak dapat sama. Paling kurang masatu dekat atas kapal terbang ataupun waktu balik ke kampung bersama keluarga. Gembira dengar pengalaman pertamanya menyambut kelahiran baby sebagai doktor. Menangis sebak katanya.  =)


#Accountant for ummah

Baru bulan lepas terbang ke Dublin Ireland. Cik Syira setahun di sana ambil profesional untuk accounting. Rezeki Allah tidak pernah terjangka. Akhirnya impian pun terlaksana. Begitulah aturan Tuhan. Hebatkan. =)


#Architect for ummah

Imbas kembali. Bersungguh sahabat ini minta ana doakan agar urusannya dimudahkan. Jika perkara ini baik untuknya mudahkanlah ya Allah. Alhamdulillah. Hari ini ana baru pulang dari kenduri doa selamatnya. InsyaAllah, Sabtu ini pengembaraan Cik Piqa di United Kingdom pun bermula. Ana tumpang gembira sahabat. Syukur. Menyambung terus peringkat master dalam bidang architecture. Tahun depan nanti kita jumpa semula. Moga Allah menjagamu sepanjang pembelajaran di sana. =)


#Ustazah multimedia for ummah

Ana dulu bukan dari sekolah agama. Tidak ada STAM, Arab Tinggi, dan tak pernah belajar syariah, fiqh, mantiq dll. Cantiknya susunan dan aturan Allah SWT. Dulu ana tak pernah terbayang ana nanti akan menyambung pengkhususan bidang agama (usuluddin&multimedia). Alhamdulillah. Bila dikenangkan semula, betapa bersyukurnya bila Dia memilih ana untuk berada di tempat ini. Walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang telah dihadapi. Syukur bila kita tahu Dia selalu di sisi. Moga Allah tuntunkan lagi langkah ini hingga ke akhirnya. Err.. Jangan ditanya impian ana nak ke mana. Nanti ana akan jawab, SYURGA! =’)


Mereka sahabat-sahabat yang pernah jatuh bangun bersama. Memori zaman remaja takkan pernah lupus dalam ingatan kita. Cik mama (Engineer UTP). Puan Ain (Dentist UITM). Cik Yaya (Dentist UITM). Cik Zati (UITM). Cik Pah (UNITEN). Cik Odah (UTM).

Mereka sahabat batch 04-06 ASMKAJ. Alhamdulillah, Allah jua sebagai pengantara yang menjaga ukhuwah ini. Sehingga saat ini. Moga hubungan ini tidak pernah putus di dunia mahupun di akhirat sana. Sahabat. Sayang kalian kerana Allah. =)

#Haza li ummah! =)


0 comments:

Catat Ulasan

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "