Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, lagi seminggu ana
akan menghabiskan silibus terakhir Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan
Multimedia iaitu Latihan Industri di Yayasan Restu. Sekejap rasanya, seperti
baru semalam melangkah masuk ke dunia baru ini. Bermula pada 9 Jun hingga 12
September, kini sudah minggu ke 14 kami berempat di sini. Ana, Iqa, Zahra, Yana
masing-masing ada cerita tersendiri. :)
Betapa ‘busy’nya keadaan ana
untuk 3 bulan yang lalu boleh dibayangkan bila ana langsung tiada kesempatan
mencuri masa untuk mengupdate suasana praktikal di situ. Alhamdulillah,
ana ditempatkan di Jabatan Ulum dibawah penyeliaan Prof Che Siah yang mesra
disapa sebagai umi jawi. Ana ditugaskan sebagai pembantu penyelidik Akademi
Jawi. Kemahiran yang banyak ana gunakan ketika ini adalah bahasa arab dan
multimedia. Dan pastinya untuk pembentangan terakhir Jumaat ini di hadapan
pensyarah dan penyelia adalah projek multimedia untuk program Daurah yang akan
berlangsung 19hb-21hb September ini sempena Malaysian Islamic Arts Tourism
Souqe.
Pertama kali ana menjejakkan kaki di
Kompleks Taman Seni Islam ini, ana jatuh cinta dengan suasana Al-Quran yang
diterapkan di dalamnya. Dia Yang Maha Mendengar, memudahkan urusan hambaNya
untuk merasai sendiri keunikan di dalamnya. Pengakuan tulus, ana suka bekerja
di tempat ini kerana Al-Quran. Kerana cinta ana yang terlalu mendalam pada
Al-Quran. Jauh di sudut hati, moga Allah jadikan ana yang daif ini sebagai
salah seorang srikandi yang memelihara Al-Quran. Moga Allah izinkan juga diri
ini menjadi salah seorang hafizah untuk ayat-ayat suci kalam-Nya suatu hari
nanti. :’)
Bila terkenang saat pertama kali
bergelar pelajar praktikal, pasti ada pahit manis. Moga ia menjadi ibrah untuk
merasai semua ilmu yang telah dipelajari dan diberi oleh-Nya. Tersenyum bila
mengingatkan bagaimana terkapai-kapai saat awal di sini. Jauh daripada
keluarga. Mengharapkan ihsan dan belas dari orang. Dan ana tahu, berkat
daripada doa ibu, ana sudah berjalan sejauh ini. Kadang-kadang air mata jadi
peneman di saat kesusahan dan kesempitan. Ada kata2 semangat dari bonda yang
menguatkan. Ada ayahanda yang membantu dan memudahkan. Ada sahabat yang setia
Dia berikan. Dan pastinya ada Dia di saat susah senang, ceria tawa, tangis
duka. Setiap hela nafas.. :)
Jika tiada bahu tempat menyandar,
ada lantai untuk bersujud..
Hamdallah, Allah rezekikan kami di
sini masing-masing memiliki kereta. Semua yang terjadi pasti ada hikmah.
Tersenyum kami berempat. Iqa dengan Viva, Zahra dengan Myvi pink, Yana dengan
Saga merah.. Ana, Allah rezekikan dengan kekasih hati En. Purple. Moga ‘buraq’
ini dipandu oleh tuannya kearah kebaikan dan sebagai wasilah untuk terus
mencari pahala dan keredhaanNya. Syukran ya Allah. Terima kasih ibu ayah atas
kepercayaan yang telah diberikan. :)
InsyaAllah jika tiada aral, ana akan
terus sambung bekerja di sini sebagai pembantu penyelidik. Sementara untuk
menyambung pelajaran peringkat yang seterusnya. Pencinta ilmu takkan puas untuk
mendapatkan ilmu. :) Ana akan terus belajar selama hayat yang ada, insyaAllah.
Maka jadilah ana orang Shah Alam untuk sementara waktu. :’)
Ps :
Ps :
-Kawan2 rumah UITM balik minggu ni
^^,
-Sediakan slide & laporan Latihan Industri
-Sediakan slide & laporan Latihan Industri
-Program Daurah utk Guru2 JAIS &
Pensyarah2 IPG
-Ma’an Najah! ^^
Catatan : 8 September 2014
0 comments:
Catat Ulasan