Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, hari yang
dinanti-nantikan pada suatu ketika dahulu telah tiba. 29 Ogos 2015, hari
graduasi buat ana dan sahabat-sahabat seperjuangan. Setelah 5 tahun kita
bertungkus-lumus menuntut ilmu di bumi tarbiyah ini. Akhirnya, Allah Maha Baik
beri kita peluang meraikan bersama. Hamdallah, terima kasih Allah untuk wasilah
ini. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia. :')
Untuk bonda dan ayahanda,
Terima kasih memberi izin kepadamu
anakmu ini menuntut ilmu. Terima kasih menjadi penyandar, pendorong, sepanjang
hela nafas hidup anakmu ini. Doa-doa bonda dan ayahanda yang menghidupkan
anakanda hingga kini. Terima kasih sebab sudi kesat air mata dan luka bila
jatuh, malam-malam berjaga teman buat assignment, ke hulu-hilir teman anakanda
menyiapkan tugasan, keluarkan belanja walaupun anakanda tahu kalian juga dalam
kesempitan, dan banyak lagi.. Moga Allah balas jasa kalian dengan syurga-Nya.
Anakmu ini, hanya memohon redha darimu dan nafas daripada doa-doa cinta bonda
dan ayahanda.
Untuk asatizah dan para pensyarah,
Halalkan segala ilmu yang kalian
telah curahkan. Anak muridmu mohon maaf atas kesilapan dan segala kelemahan
sepanjang menuntut ilmu bersama kalian. Biiznillah, moga kami menjadi asbab
saham akhiratmu sebagai bukti kepada Tuhan. Doakanlah kami anak-anak muridmu berjaya
hingga ke akhirnya. Terima kasih kerana berjaya membentuk kami menjadi insan
Rabbani. Moga Allah kasihkan kalian.
Untuk sahabat2 seperjuangan SMUM,
Terima kasih Allah, hadirkan mereka
menjadi separuh dalam jalan cerita kehidupan hamba. Tawa, tangis, ketawa dan gembira
akan kukuh dalam memori persahabatan kita. Semoga kalian disayangi Allah walau
di mana kalian berada. Moga Allah izinkan kita bertemu semula menjalinkan
persahabatan ini di syurga. Seizin-Nya. :')
Terima kasih Allah,
Dengan rendah hati, terimalah segala
amal ini sebagai ibadah kepadamu. Menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi. Jatuh
cintakanlah hati ini, untuk sentiasa haus akan ilmu-ilmuMu. Tuntun langkah
hamba Tuhan. Jangan pernah biarkan hamba keseorangan. Kasihkan hamba Tuhan,
jadikanlah hamba salah seorang yang berbakti dalam agama-Mu. Terima kasih
Tuhan, untuk moment indah yang kecil dalam diari kehidupan ini. Ketahuilah diri,
sesungguhnya kejayaan sebenar itu apabila kaki ini berjaya melangkah ke
syurga-Nya dan bertemu dengan kekasih abadi Allah azzawajalla. :')
0 comments:
Catat Ulasan