Selasa, April 24, 2012

Bersama Habib Tercinta



Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum ikhwan ikhwah fillah.. =) Moga Allah Semesta Alam sentiasa merahmatimu dan memeliharamu dimana jua. InsyaAllah, ana nak kongsi diskusi ilmu hari yang telah ana pelajari pada hari ini. Alhamdulillah, Allah izin.. ana berpeluang untuk mendengar butir2 mutiara yang dibicarakan oleh Habib Umar yang kita ketahui merupakan sebahagian dari salasilah keturunan Rasulullah saw.. Selawat buatmu Ya Badratim..

(Ya Allah, maafkan ana yang agak kekok untuk menaip patah2 perkataan kerana dah terlalu lama meninggalkan bidang penulisan..T_T)

Dengan tajuk yang dibicarakan “Method Warisan Nabawi Dalam Pendidikan Dan Adab”. Antara yang sempat ana catat di dalam majlis ilmu yakni di dalam Taman2 Syurga dunia ini, ialah harus kita sedari yang sistem pendidikan mesti kembali semula kepada sistem pendidikan Nabawi. Kalau sahabat2 perasan kan? Setiap apa2 sistem yang telah berjaya, nak dikaji sumber atau akarnya, semuanya bermula daripada Rasulullah saw.. x caya? Cuba kaji.. (barat boleh kaji, apatah lagi kita umat Rasulullah saw yang telah terpilih) ^_^ Dan oleh sebab itu, Allah swt akan memilih orang yang paling terbaik di kalangan yang terbaik untuk memimpin di dalam sesuatu yang diceburinya untuk membawa risalah agama.


Dekat sini, Syeikh Habib banyak kali menekankan NIAT.. sebab niat selalunya mesti terbahagi dua kan? Antara baik dan buruk.. Bak kata Habib, tak guna kalau ada mice, lcd, screen, computer atau dikenali sebagai ‘alatan teknologi’ kalau awal2 lagi niat yang dipasang adalah terpesong. Allah swt akan mengira nawaitu kita dalam setiap perbuatan yang dilakukan. Selain itu, contohnya walaupun pendidikan yang tidak berkait rapat dengan agama, tapi bila kita niat kerana Allah swt maka ia dibolehkan.. =)

(Dari jauh melihat wajah Habib yang tenang dengan senyuman yang sentiasa mengiringi mencetuskan sebuah ketenangan.. Subhanallah, ana terkagum2 dengan kurniaan nur yang semestinya dari Illahi.. Subhanallah3x.. Moga ana dapat meneguk sedikit sifat tawaduk yang ditunjukkan.)

Berbalik dengan diskusi yang telah disampaikan, hakikatnya kebanyakan dari kita hampir tertipu melihat kehebatan2 hasil kajian zaman sekarang hingga mengagungkan manusia itu sendiri. Hmm.. Bukankah semuanya dari Allah Yang Maha Pencipta. Cuma hanya diputarbelitkan oleh bisikan syaitan yang durhaka..

Kembali ke sunnah Rasulullah saw, kisah yang diceritakan oleh Habib membuatkan ana berasa sebak. Betapa Rasulullah saw sangat memuliakan wanita. Betapa Rasulullah saw sangat menyayangi wanita. Betapa Rasulullah saw sangat menjaga kehormatan wanita.. Kita sendiri tahu Rasulullah saw, dengan akhlaknya yang sangat2 mulia tak kisah diganggu, dicerca hina masih bersifat lemah lembut sesama manusia. Namun, Rasulullah saw tetap akan bertindak sangat tegas, apabila manusia telah melanggar prinsip2 agama. Kisah Yahudi telah menarik hijab seorang wanita muslim setelah ayat mengenakan hijab kepada wanita turun, membuatkan Rasulullah saw sangat2 marah.. Kerana Yahudi itu telah mempermain2kan wanita.. Lalu Baginda bertindak tegas dengan memerintahkan untuk mengusir keluar Yahudi tersebut dari Madinah. (Syahdu, terasa Rasulullah saw sangat2 menjaga dan menyayangi wanita)

Jom kembali kepada sistem pendidikan Nabawi.. =) Point : Rasulullah saw bila mengajari sesuatu yang penting, Baginda akan menyebut sampai tiga kali. Rasulullah saw juga akan mengajar secara teori dan amali, sehingga ‘mampu melahirkan rasa di dalam hati’. Rasulullah saw sendiri yang mengajar cara mengambil wudhuk di hadapan mereka. Rasulullah saw turut menggunakan sistem pengijazahan seorang guru kepada murid. Habib menerangkan sistem pengijazahan dibahagi kepada dua iaitu untuk guru membenarkan ilmu yang diajari kepada murid diajarkan pula kepada orang lain dan yag kedua murid boleh mengamalkan ilmu itu. Ijazah adalah pengikat ilmu dan tidak boleh memutuskannya..

Hasil melalui method pengajian ini, kita nak melahirkan sifat cinta, saudara, ikhlas, merendah diri dihadapan Allah, mawaddah, kerjasama, tersebar ilmu dan akhlak yang baik.. =)

Sesi soal jawab pun bermula, antara soalan yang dikemukakan tentang tarekat tasauf.. boleh tak dimasukkan dalam sistem pendidikan? Antara jawapan Habib, apabila tarekat tasauf itu benar, itu bahagian dari cara yang benar. Bahkan itu adalah ehsan. Merujuk, Islam > Iman > Ehsan.. Asalkan ikut jalan Rasulullah saw (Al-Quran dan Sunnah). Antara dua kata yang popular kebaikan tasauf : “Waktu itu pedang, jika kamu tidak memotong, maka ia akan memotongmu” dan “Hawa nafsumu, jika kamu tidak meyibukkan dengan kebaikan maka ia akan disibuk dengan keburukan.” Empat mazhab utama adalah ikon terbaik ahli tasauf dan jika tasauf bercanggah dengan sunnah maka tolaklah ia.

Soalan kedua, Habib telah menerangkan perbezaan ta’lim, tarbiyah, dan adab. TA’LIM ialah benda yang terang dan jelas melalui pendidikan, manusia yang baik dan buruk keduanya boleh mempelajari. TARBIYAH ialah sedia kemudahan atau jauh dari perkara buruk. Terbahagi dua contohnya, yang kita nampak tumbuh2an dan haiwan, yang tidak Nampak sifat atau perangai.. (Huu, ana kurang faham yg ni..) ADAB ialah kuasa yang menyentuh nilai murni dan akhlak manusia. Selain itu, objektif Islam sebenarnya untuk menegakkan agama Allah dan pengabdiaan sepenuhnya kepada Allah swt. Hawa nafsu pula boleh membolak balikkan ilmu semata untuk mendapatkan kepuasan dunia walaupun menggunakan ilmu. Jadinya, keputusan atau hasil selalunya akan menunjukkan apa yang kita usaha dengan niat kita..

Soalan terakhir, Bagaimana nak didik anak2 ikut sunnah dengan kita ketahui keadaan era zaman kini? (Soalan favourite ana.. =) ) Habib menjawab, tanam jiwa mereka tentang rahmat yang baik. Pandai memilih makanan, minuman, pakaian untuk mereka. Memilih apa yang patut mereka lihat di dalam rumah. Ambil berat dengan siapa anak2 berkawan. Jadikan diri kita teladan baik  untuk perbuatan mereka. Dahulukan sifat kelembutan dan kasih sayang kepada mereka. Amaran keras hanya guna masa yang sesuai. Banyak ingatkan mereka tentang kisah2 Rasulullah saw. Menunjukkan mereka yang mana baik dan yang mana buruk. Membiasakan anak2 menyebut nama Allah dimana2 seperti baca basmallah dan doa. Dan kita sendiri yang berdoa kepada Allah swt untuk mereka. Dan kitalah yang menghasilkan buah yang baik kepada mereka…

Moga Allah kasih.. =)

-6.00pm, 23April’12, Masjid Al-Azhar KUIS-

0 comments:

Catat Ulasan

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "