Khamis, Mei 03, 2012

Si Anak Kecil



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sahabat2, Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang oleh-Nya untuk terus bernafas hingga kini. Yang pastinya setiap detik hidup kita sedang dihitung oleh malaikat pencatat untuk menentukan pengakhiran samada ke syurga atau neraka. Ayuh! Jgn biarkan masa anda terbuang. Kejar2, semampu mungkin untuk terus menerus buat kebaikan. Moga neracamu nanti berat dengan apa yang telah engkau usahakan..

Alhamdulillah, cuti sem kali ini ana diberi peluang untuk meneruskan tugas2 kecil yang ana pernah diimpikan sejak dibangku sekolah. Bersama sahabat kesayangan (farhana), kami melaksanakan tugas menjadi fasilitator untuk program kepimpinan pengawas kafa bukit subang. Alhamdulillah, dengan 2 hari bersama-sama adik2 melepaskan rindu ana yang pernah berangan2 ingin menjadi ustazah suatu masa dahulu.

Ana tak berniat untuk bercerita panjang dengan setiap modul yang telah dilaksanakan. Cuma mengambil sedikit ibrah dan berkongsi rasa dengan sahabat2 di alam maya. Program2 seperti ini mengingatkan kembali di zaman sekolah rendah. Ya, modul masih sama.. Cuma generasinya telah bertukar. Ana perhatikan anak2 kecil ini hati mereka terlalu tulus, pergerakan mereka menjujurkan diri mereka apa adanya. Benarlah kata, mereka hanya sehelai kain putih kita yang dewasa ini akan mencorakkannya.

Ana perhatikan sedalam2 lagi, anak2 kecil ini mereka sentiasa meminta perhatian. Dan kita seharusnya tidak bosan melayan karenah mereka, kerana disitu ada sesuatu yang mereka pelajari dari setiap perbuatan kita. Pasti ada tangisan, gurauan sahabat terkasar mungkin.. datang mengadu pada kita. Senyum dan katakanlah positif pada mereka, bagi semangat, bagi galakan, akhirnya mereka sendiri kembali kepada kumpulan untuk meneruskan semangat setiakawan. Usah meninggi suara, bimbang mereka semakin jauh diri, entah apa yang nanti mereka dapat pelajari, yang ada hanyalah perasaan geram tidak puas hati..

“Kak, malam ni tidur dengan saya ya.. saya takut..” ana tersenyum. “Kak, dia tak ambil wuduk dia tak solat lagi..” tersenyum lagi. “Kak, saya taknak kawan dengan dia lagi”.. Ah adik2ku, kalian pasti berbeza latarnya, perangainya, peribadinya.. Tapi, yang akak nampak sama bagi kalian. Kalian semua adalah bakal2 generasi penegak islam masa hadapan, hati berbisik..

“Jangan takut, takut hanya untuk??? Allah.. pandai, cepat tangkap belajar dari modul yang dibagi tadi..=) adik tidur dulu, nanti akak kemudian” Esoknya.. “akak tak tidur dengan saya malam tadi?” tersenyum.. “Eh, adik dah tak takut lagi.. adik berani lah, tengok malam tadi adik tidur tanpa akak, kiranya adik dah jadi seorang yang berani.” Seketika, si kecil tersenyum puas.. Kadangkala, mereka perlukan pujian untuk menjadikan mereka percaya dan yakin pada diri sendiri..

Seketika riuh di tempat wuduk, masing2 mem’booo’.. salah seorang sahabat mereka yang tidak mau mengambil wuduk bersama. “Kak, dia tak ambil wuduk dia tak solat” mata2 semua memandang ke arahnya. Pandangan sinis. “Ok, takpe2.. semua ambil wuduk dah siap2 terus masuk saff solat. Imam dah nak mula tu..” masing2 berlari-lari anak menuju ke ruang solat. Ana sempat menahan salah seorang dari mereka. “Adik, tolong panggilkan adik yang belum wuduk tadi akak nak jumpa.” Dalam beberapa minit, seorang gadis kecil mulus dengan mata yang berbinar seyum suram kini dihadapan ana. Mungkin malu di’boooo’ sahabat2 sebentar tadi mungkin. “Adik, dah ambil wuduk? Solat tak sah kalau tak ambil wuduk..” ana bertanya dengan nada memujuk. Dia mengangguk lemah. Lantas masing2 menuju ke ruang solat untuk zohor berjemaah. Keluar daripada dewan program, adik kecil itu berdiri di hadapan pintu.. “Eh, kenapa adik tak jalan dengan kawan2 pergi makan?” “Adik tunggu kakak, nak pergi sama2..” Lantas tangannya memegang sama tanganku beriringan sama. Terkesima seketika ana, terdetik hati.. Sesuatu yang ana pelajari, bila anak2 sedang melakukan kesilapan jangan dimarahi hadapan kawan2. Bimbang air muka jatuh, pasti akan diingati sehingga mereka dewasa dan mungkin boleh membuahkan dendam. Tegurlah dengan berhemah, pasti mereka memahaminya bila mengetahui kesilapan yang telah mereka sendiri lakukan.

Explore Race penambah ceria program anak2 pimpinan sekolah ini. Tiba2, seorang gadis kecil dengan mata merah berair2 terus menuju kearahku dan sahabatku fana. Tangisan akibat dimarahi sahabat2 ketika di dalam kumpulan. Ana terseyum.. Lihatlah, adat si kecil yang sememangnya fitrah inginkan perhatian. Cukup hanya mendengar luahan mereka, terus bagi galakan, sokongan, tanpa ada sedikitpun mengeluarkan kata cacian apatah lagi dimarah2kan. Akhirnya akur, kawan tetap kawan tugas explorace harus diselesaikan. Dan itulah kerjasama.. =)

Alhamdulillah, 2 hari yang diberikan selesai sempurna. Jujur ana katakan, melayan karenah semuanya terkadang memenatkan namun melihat kesungguhan dan akhlak dipelajari dari program dan dipamerkan menghilangkan segala kepenatan, malah seakan menghadiahkan ana sebuah senyuman. (Terkadang terfikir, bagaimana pula ibu ayah yang pasti keletihan melayan karenah anak2 mereka ‘yang pastinya lebih dari 2 hari’ dan pastinya tersenyum hilang kepenatan melihat anak2 mereka menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.)

Sedikit pesanan terakhir daripada ketua fasilitator (bang cik) kepada adik2 sempat ana catit buat renungan bersama..

“Jangan sesekali tinggal solat,
Jangan sombong dengan orang,
Selamatlah dunia akhirat..”

-29April’12, Lembah Bestari Ulu Yam-

0 comments:

Catat Ulasan

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "