Sabtu, Mei 26, 2012

Pemilik Hati



Bismillahirrahmanirrahim..

Kisah hati untuk waktu ini.. mungkin akan berubah mengikut arus peredaran masanya.. mungkin juga akan berubah mengikut ketetapan yang telah ditakdirkan olehNya.. Segalanya mungkin.. kerana kita semua sedang bermain dengan takdir, dan kita semua hanyalah pelakonnya.. namun bila dicongak-congakkan kembali, inilah dinamakan permainan kehidupan..

Usiaku semakin menambah mengikut arah putaran masa.. Bonda yang dahulu senyap bila diajak berbicara soal cinta, kini menjadi muqaddimah setiap kali bercerita.. Diriku yang dahulu kecoh ingin bertanya isi hati bonda tentang siapa ciri2 menantu idamannya, kini hanya duduk diam mendengar hanya bonda sahaja yang berkata2.. Dunia kini terbalik agaknya..

Sahabat kesayanganku, tidak putus2 cuba memadankan untuk diriku.. sangat ku hargai rasa itu.. jujurku, setiap kali dia cuba usaha memperkenalkan, setiap kali itu juga aku bersyukur pada Tuhan.. sebenarnya dialah yg ku rasai kehadiran berbanding yang diperkenalkan.. diriku mula belajar menghargai sebuah persahabatan.. cukuplah dua syarat ku patrikan, agama dan akhlak, ada jodoh moga Allah mudahkan..

Namun, bila melihat kehadapan.. Ada sesuatu jauh dilubuk hati terdalam cubaku luahkan. Ya, diriku masih tidak puas untuk bergelumang cinta sakan dengan ilmu.. Mana mungkin hati tidak tertumpu, padahal cinta itu juga akan kuselitkan bersama bakal solehku suatu hari nanti.. Cuma diriku masih tidak puas merasai, cinta ini telah membuatku gila tercari2..

Andai suatu hari nanti, tepat masanya, tepat waktunya, tepat mencuri hati ayahanda bonda.. akan ku buka ruang hati ini untuk bersama-sama mengejar cinta ilmu yang sebenarnya banyak memperkenalkan cinta Illahi Yang Hakiki.. Moga ketika itu, bila lahirnya para ulama’ akanku siapkan dengan ilmu2 yang telah dipelajari.. Oh, Allah dengarlah isi hati~


0 comments:

Catat Ulasan

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "