Bismillahirrahmanirrahim..
Maha Suci
Allah yang telah memberi nikmat kepada hamba-hambaNya. Alhamdulillah, sedar tak
sedar ana bakal menempuhi sem 6 tahun ketiga pada bulan ini. Bermakna tinggal
lagi setahun berbaki untuk menghabiskan pengajian di bumi KUIS. Pelbagai
peristiwa telah dilalui, pahit, manis, semuanya menjadi memori. Dan sebagai
hambaNya, kita harus kuat mendepani hari-hari yang bakal dilalui selepas ini.
Ya, harus kuat. Kerana kamu adalah pemimpin untuk diri kamu sendiri. =)
“Manusia
merancang dengan cita-cita, sedangkan Allah merancang dengan cinta..” Tak mampu
untuk ana dustai, melalui fasa-fasa akhir sebagai mahasiswa memerlukan
persediaan fizikal dan mental yang kuat. Pengurusan emosi ketika mengendali
kesemua tanggungjawab yang bakal diberi. Terutama sewaktu sesi pembelajaran. Apatah
lagi praktikalnya dalam kehidupan. Kadang-kadang terjelepuk kerana apa yang
kita hadamkan dalam sesi pembelajaran, tidak sama dengan kekuatan untuk
melaksanakan. Namun, ada suara-suara yang sering minta bertahan. Kerana itu
tandanya Allah sayang..
Setting
minda dari sekarang, selepas ini bakal menempuhi final year projek multimedia
dan kajian thesis usuluddin. Allah.. Allah.. Allah.. kadang-kadang rasa teruja,
kadang-kadang rasa takut, bercampur baur kerana pasti inginkan yang terbaik.
Moga Allah mudahkan.
InsyaAllah.
# Part 2
kursus kahwin nanti kita sambung ya.. =)
0 comments:
Catat Ulasan