“Assalamualaikum ibu.. Ibu sihat?”
Aku memulakan perbualanku dengan
bonda di corong telefon.
“Alhamdulillah, semua dekat rumah ni
sihat ok.”
Aku memulakan ‘laporan mingguanku’
kepada bonda. Aktiviti yang telah aku lakukan untuk minggu ini sebagai seorang
mahasiswi yang jauh dari pandangan mata bonda.
“Adik macam mana ibu? Jadi sambung
masuk tahfiz?” Tanya seorang kakak yang amat prihatin dengan keadaan adik-beradiknya.
:’)
“Adik tak nak, dia nak sambung sekolah sama dengan kawan2 dia dahulu. Kita tak
boleh paksakan.”
Dummm.. Seperti kaca yang terhempas
ke lantai mendengar tutur bicara bonda. Kaca yang berselerak. Dia satu-satunya
harapan yang ku sandarkan kuat agar bisa menjadi salah seorang ahli Al-Quran.
“Kita boleh berusaha lagikan bu..”
Bicaraku sedikit sendu.
“Sekolah dekat mana-manapun boleh,
yang penting diri tu pandai jaga..” balas bonda.
Aku sedikit emosi mendengar jawapan
bonda. Tanda jawapan yang muktamad.
“Dari along kecil, perkataan yang
sama ibu ulangkan.” Tiba-tiba aku menangis tanpa sebab.
Sepertinya harapanku yang punah dan
aku tahu bonda yang sepatutnya lebih merasai kerana dari dahulu bonda selalu
mengulang-ulang kepadaku berharap salah seorang daripada anaknya adalah hafiz
atau hafizah. Dan satu-satunya sandaran kami adalah adik bongsu itu.
Kedengaran esakanku menjadi teman
buat panggilan bonda.
“Kenapa ni? Ibu tak faham? Kenapa
along menangis?”
Bibirku terkunci. Di bayanganku, aku
seperti kehilangan sebuah mahkota syurga untuk dihadiahkan untuk ibu. Sebak..
‘Sebab along sayang ibu.. Sebab
along sayang adik..’ bisik jawapan hatiku..
Telefon diletakkan.
******
23 Disember 2013
Alhamdulillah Allah izin, ana bersama
dalam program daurah untuk si kecil ini. Ana sebagai kakak fasi bersama sahabat
dari KUIS dan UIA bergabung tenaga untuk menjayakan program huffaz si cilik
anjuran Muslimat Masjid. Rata-rata anak-anak yang hadir adalah di kalangan anak
para pensyarah di kolej ini. Berumur sekitar 7 hingga 15 tahun.
(Daurah Al-Quran Fi Qalbi Siri 1 (DAQIQ))
Hari pertama yang mengujakan.
Awalnya semua segan-segan. Sampai tak terkeluar suara waktu taaruf diri. Ana
ditaklifkan untuk membimbing adik-adik yang berusia sekitar 7 hingga 9 tahun
untuk menghafaz Al-Quran. Ana perlu fikirkan idea yang kreatif untuk memberi
semangat dan mencorakkan ‘kain putih’ ini mengikut acuan Al-Quran.
(Sebenarnya kat tengah2 tu Ustaz Don :))
Ana memulakan langkah dengan
menghilangkan rasa janggal di tempat baru bersama mereka. Alhamdulillah,
aktiviti pertama sahaja mereka terus membiasakan diri bersama-sama sahabat baru
dan fasi2 mereka. Kebanyakan anak-anak sekitar ini sudah menghafaz surah
Ad-Dhuha dan selebihnya. Maka kami membuat keputusan untuk tahap ini, mereka
akan memulakan dengan menghafaz juzuk 30. Surah An-Naba’.
(Bakal hafiz/hafizah insyaAllah)
Anak-anak syurga. Pelbagai ragamnya.
Ada yang kata malaslah. Bila dipujuk maka dialah yang paling laju menghafaz.
Ada yang tergagap-gagap menghafaz Al-Quran. Tapi dialah yang paling bersemangat
untuk mentasmi’. Ada yang hafaz satu ayat satu ayat, kemudian terus
mendengarkannnya kepada ana. Ada yang merajuk hingga ana terpaksa mentasmi’ mereka
di bawah meja sambil memujuk. Ada yang laju, tak sampai sejam habis satu muka
surat, paling kecil berumur 7 tahun. Subhanallah… Ana pun rasa rendah diri
dengar bacaan adik ni. Tercabar nak hafaz Al-Quran pun ada. :) Ada yang kena
berlumba dengan kawan-kawan, siapa yang paling banyak menghafaz ayat untuk hari
ini. Kebanyakan daripada mereka lebih bersemangat dengan perlumbaan ini. Rasa
lebih tercabar. Ana layankan sahaja keletah mereka, Alhamdulillah mereka terus
semakin bersemangat untuk menghafaz Al-Quran. Sambung hafaz di rumah pun ada,
untuk tasmi’ dengan ana keesokan harinya. Subhanallah.. Alhamdulillah..
Anak-anak syurga yang sangat mudah dilentur untuk usianya waktu ini. :)
24 Disember 2013
Hari kedua, bersama bakal
hafiz/hafizah. Sungguh mengujakan. Adik semalam yang ana kagumi habis satu
surah di tasmi’. 40 ayat. Alhamdulillah. Anak ustaz tahfiz. Sungguh ibu bapa
paling berperanan dalam didikan kepada anak-anak. Duplicate. :) Ana cuba
mencungkil rahsia si kecil yang solehah ini. “Adik hafal surah macam mana?” “Biasa-biasa
je..” senyum malu. Kawan ana menyampuk, “Hati dia terang, mudah sangat masuk
hafalan Al-Quran. Sekarang sekolah dekat tahfiz. Tadi berbual dengan adik ni
lepas tasmi’, dia hafal ayat 5 fokus betul-betul dahulu. Kemudian tutup dengan
kertas ayat yang dia dah hafaz. Kawan-kawan main, dia sibuk hafaz surah, sebab
dia betul-betul fokus menghafaz.” Ana tersenyum, subhanallah..
(Motivasi untuk anak2 acuan Al-Quran)
Slot bersama Amin Idris. Motivasinya
menyuntik hati-hati yang mendengar. Anak-anak syurga teruja mendengar tiap
patah perkataannya. Diselangi dengan gelak tawa. Bicaranya, adik-adik ini
sangat beruntung, kecil-kecil lagi telah didedahkan dengan hafazan Al-Quran.
Zaman sekarang, ahli Al-Quran sangat diperlukan dan menjadi permintaan ramai
untuk ke hadapan. Cuba adik-adik kira, berapa pengacara yang boleh mengacara
sambil mengeluarkan ayat Al-Quran dan hadis. Permintaan tinggi. Kita perlukan doktor
yang menghafal Al-Quran, jurutera yang menghafal Al-Quran, saintis yang
menghafal Al-Quran dan selebihnya. Al-Quran menjadi permintaan tinggi di alam
pekerjaan. Itu baru dunia dik, belum lagi kenikmatan yang tak terhingga di
akhirat kelak.
(Adik tu curi kamera ana ^^)
Sepetang bersama Ustaz Don.
Anak-anak syurga sangat teruja. Bahan tarbiyah ‘KPI’ si kecil dikeluarkan.
Kisah-kisah haiwan di dalam Al-Quran. Ibrah terlalu banyak di ambil. Ustaz meringkaskan
dengan memberi pengajaran untuk menyayangi haiwan yang juga makhluk Allah.
(Sukan sunnah untuk anak2)
Hari kedua berakhir dengan sukan
memanah. Ana sempat bertanya, “Nabi suruh kita bersukan apa?” Sambil menunjukkan
simbol tiga. Serentak mereka menjawab, “Berenang, menunggang kuda dan memanah…”
Ana sangat teruja dengan jawapan anak-anak sekecil itu. Tarbiyah ibu bapa
mendahului segalanya. :) *Alatan permainan memanah, ada dijual di Nilai harga
sekitar Rm100+ (sebagai peringatan ana untuk masa hadapan ^^).
******
Aku melepaskan lelah di hujung katil. Teringat akan bonda di rumah. Rasa serba
salah menerpa seperti menyusahkan hati bonda mendengar panggilanku kelmarin.
“Assalamualaikum ibu..”
“Assalamualaikum ibu..”
“Waalaikumsalam..” suara bonda
seperti ceria di hujung telefon.
Ah, aku tahu bonda selalu begitu.
Sedaya upaya menceriakan hari-hari untuk anak-anaknya.
Seperti biasa, laporan yang sama aku
ceritakan kepada bonda.
Suara bonda ceria.
Aku ceritakan kisah anak-anak syurga
di dalam program ini yang bersungguh-sungguh menghafaz kalam-kalam suci
Tuhannya. Aku sangat-sangat teruja di saat-saat mentasmi’ hafazan
mereka. Pelbagai ragam dan aksi mereka tunjukkan. Membuat aku terus teruja untuk
bersama mereka ‘memelihara Al-Quran’. “Bestnya..” begitulah reaksi bonda, gembira.
“InsyaAllah, adik mungkin dapat sambung
sekolah agama.” bicara bonda.
“Takpelah, mungkin rezeki adik ada
di situ.” aku membalas.
“Along dah ada pengalaman ajar
anak-anak hafaz Al-Quran. Nanti along dah ada baby nanti jadikan dia
hafiz/hafizah. Mulakan dari kecil.” bicara bonda di akhir ganggang.
Aku mengangguk dan tersenyum.
Bonda…. :)
0 comments:
Catat Ulasan