Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, usai
sudah Majlis Anugerah Kecermelangan Mahasiswa (MAKSIS) anjuran MPP KUIS sesi 2012/2013.
Mengimbau semula memori, awal entri blog ini yang bertajuk : Kawan Sahabat
Teman sekitar tahun 2010. Waktu itu, ana dan sahabat2 asasi IT berkumpul semula
pada hari Majlis Anugerah Dekan. Ketika itu, ana (junior) semester 1 dalam
sarjana muda. Kini, pejam celik ana dan sahabat2 SMUM berkumpul pula untuk
Anugerah Dekan yang terakhir untuk ana sebab sekarang ana (senior) semester 8 di
KUIS. Selepas ini jika diizinkan Allah, ana dan sahabat2 akan berkumpul semula
untuk Majlis Konvokesyen kami dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan
Multimedia di dalam PKK ini. Tahun 2015. Lama lagi. :)
(Majlis Anugerah Kecermelangan Mahasiswa (MAKSIS))
Asykuru ilallah.
Sepanjang hampir 5 tahun di bumi tarbiyah KUIS ini, rasa sayang untuk berpisah.
Sedikit demi sedikit banyak perubahan di dalam diri telah berlaku dalam proses
pembelajaran yang panjang ini. Terima kasih Allah, moga langkah seterusnya
dalam redha-Mu.
(Sahabat SMUM8)
Waktu berbaris menunggu
nama2 diumumkan naik ke pentas, ana disapa seorang adik yang solehah. Adik
taaruf. “Akak kongsi tips2 belajar dekat saya ya.” Segan ana. “Akak pun biasa2 dik. Adik
tajdid niat belajar untuk keredhaan-Nya. Belajar untuk kefahaman diri kita dan
amalkan ilmu tersebut. Gunakan sungguh2 waktu muda adik untuk menuntut ilmu.
Ustaz akak pesan, bila usia kita meningkat daya ingatan kita makin kurang
kecuali adik kuat hafaz Al-Quran. Al-Quran menjaga ingatan dan pemikiran adik.”
Ana berikan senyuman mata pada adik tersebut. (sebab pakai niqab kan :) )
Adik tersebut terus terkumat-kamit membaca ayat2 hafazannya sepanjang menunggu
giliran naik ke pentas. Macam comel jer. :)
(Sahabat Komiti PERMAI)
Perkongsian daripada kak
Mas sebelum program ini berlangsung akan ana titipkan di sini. What you
give, you get back : You give love, you get love. You give money, you get money.
You give positive, you get positive. You give negative, you get negative. You
give ILMU, you get ILMU. Jadi jangan pernah kedekut untuk berkongsi ilmu kepada
kawan2 yang lain. Ada juga yang tak telefon ibu bapa sewaktu belajar, jadi
jangan terkejut kalau 20 tahun akan datang anak2 anda pula yang tak telefon anda.
Ada juga yang mempermainkan perempuan waktu belajar, jangan terkejut kalau 20
tahun akan datang anak2 anda menangis dipermainkan oleh lelaki yang suka mempermainkan
wanita. Sebab, what you give, you get back.
(Sahabat Banat Gontor)
Niat amat penting dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Mati syahid, bersedekah banyak, ibadah banyak,
belum tentu menjamin kita dapat masuk Syurga hanya sebab niat. Begitu juga
belajar. Niat hanya ikhlas untuk keredhaan Allah semata-mata. Itu yang Allah akan
terima. T_T
(Adik2 Taaruf)
Lepas belajar nanti,
pasanglah niat untuk menyambung pelajaran lagi (master - PhD). Jika bekerja,
jangan fikir untuk your carier, fikirkan untuk memberi dan berkhidmat
kepada masyarakat. Erti hidup pada memberi. Familiar kan? :) Kalau kerja
kerajaan, jadilah hamba yang merdeka bukan berjiwa hamba. Yang hak tetap hak,
yang batil tetap batil. Jangan takut dengan kebenaran. Kan Allah dah sebut
dalam Al-Quran. :) - Bicara daripada Kak Mas.
(R4BIA Pray4ummah)
Coretan ringkas daripada
ana. Hakikatnya mereka yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati
mati dan melakukan persediaan selepas itu. Moga Allah kasihkan kita. :)
“Aku bersama Rasulullah s.a.w, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar,
memberi salam ke atas nabi s.a.w kemudian berkata: Siapakah mukmin yang paling
baik. Jawab nabi: Yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: Siapa pula
yang paling bijak? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan
melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak”
( Ibn Majah)
0 comments:
Catat Ulasan