Ahad, Mei 11, 2014

Sahabat Syurga


Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini genap ulang tahun kelahiran yang ke 23 buat sahabat seperjuanganku. Sedar tak sedar, hampir 5 tahun kami saling mengenali. Tawa, tangis, suka, duka telah kami tempuh bersama dari permulaan hingga berakhirnya pengajian kami di bumi tarbiyah KUIS. Subhanallah. Doa yang sering disebut-sebut kepada-Nya suatu ketika dahulu seperti telah diperkenankan oleh-Nya. Kurniakanlah daku sahabat baik dan setia yang melorongkan langkah ke arah-Mu sepanjang perjuangan menuntut ilmu di sini. Masih ingat lagi, ada seorang sahabat berbicara kepada kami. Macam mana kalian boleh seakrab ini. Persahabatan kalian seperti telah dijodohkan oleh Tuhan. Aku senyum. Dalam hatiku berbisik, Allah telah memperkenankan doa hamba-Nya yang meminta suatu ketika dahulu. Terima kasih Allah. :’)

Pertama kali kami disatukan sebagai sahabat yang akrab. Saat memasuki kelas pertama SMUM1. Memandangkan aku dan dia berasal dari pelajar asasi yang berlainan course, dan sahabat lain asli dari asasi Akademi Islam. Maka disitulah permulaan kami bersama, menadah kitab arab, presentation, berkumpulan dalam assignment dan berprogram bersama-sama. Setiap kali waktu menunggu untuk masuk ke kelas seterusnya, kami akan membeli nugget dan fishball di fpm dan makan bersama. :’) Dari situlah aku mengenali lebih rapat dirinya malah kisah keluarganya turut dikongsi bersama. Masih ingat lagi, dia begitu bersemangat setiap kali menceritakan kisah sumber inspirasinya ‘ummi’ hingga aku belajar sesuatu dan lebih menghargai kasih dan jasa seorang ibu.

Aku mengenalinya sebagai seorang yang rajin dan tidak mudah berputus asa. Banyak aktiviti dan program kami libatkan diri bersama. Persatuan, Taaruf, Kempen Gaza Syria, jaulah, Gontor dan banyak lagi. Alhamdulillah. :) Pernah suatu ketika, seringkali berlaku setiap kali teringatkan si dia pasti ada tiba-tiba pesanan meseg darinya akan masuk. Begitu rapatnya 2 hati walaupun jauh dari tempat yang berbeza. Kenangan yang paling tidak boleh dilupakan, bila si dia memegang erat tanganku yang hampir jatuh hingga aku berjaya terbang bersama berjuang menuntut ilmu di Indonesia. Terima kasih sahabat atas jasamu. :’)

Dalam diam juga, aku mengagumi kepakarannya dalam bidang masakan. Cara si dia mesra melayan tetamu sedikit sebanyak telah mengajar diriku untuk berusaha memuliakan tamu mengikut sunnah Rasulullah saw. Entah berapa kali aku membawanya pulang ke rumah berjumpa nenek dan ibu. Sepertinya kami sudah seperti keluarga sendiri. Terharu apabila mengingati semula support darinya saat pertama kali aku menukar imej kepada gadis berpurdah. Dia seringkali mem’protect’ diriku yang berpurdah walaupun tanpa sedar dan aku sangat bersyukur punya sahabat sepertinya. Terlalu banyak kenangan dan memori indah bersama yang ingin dinukilkan, namun tak terluah besarnya nilai persahabatan berbanding dengan coretan ini. Moga Allah jaga dia walau di mana dia berada, walau jarak dan waktu akan memisahkan kita… :)

Ukhti fillah,
Eid milad ukhti, 23 sanawat..
Asifah kullu khoto’ li thowalun sodaqotna..
Hazihi qissah soghirah hadayah khususan li ukhti.. (Hal ukhti tuhibbin?):)
Qod takunu mara’ah solehah, tiflatun solehah wa hurrun ‘ain fi jannah..
Ana ad’uu.. Qod takunu ukhti tujad zauj soleh wa usrah kabirah saadah..
Allah yubarik ‘alaiki fi hayatu mubarakah, wannajah, warizq’i , wa hayatu saleem..
Doa nanti kita dapat naik pentas graduate sama-sama ya
Moga Allah kasihkan ukhti selama-lamanya
Uhubbukifillah abadan abada.. :)

SANAH HELWAH SAHABAT,
ANISAH  BT ISNIN (12 Mei 2014).

Ps: Sudikah suatu hari nanti kita kembali bersama menjadi sahabat syurga? :’)


0 comments:

Catat Ulasan

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "