[Gambar
Ihsan :p]
Bismillahirrahmanirrahim…
“Along,
bosanlah cuti!” Adik bongsu ana bicara. Ana hampir membeliakkan mata. Tersengih.
“Serius? Adik baru cuti sekolah sehari dah kata bosan?” ‘Along yang cuti hampir
2 bulan ni apatah lagi.’ Sambung dialog di dalam hati.
Rindu
untuk terus menatap wajah-wajah sahabat kesayangan. Rindu untuk menadah ilmu
daripada ustaz ustazah. Rindu program-program yang membangkitkan hamassah di
jiwa. Rindu mahu memeluk dan membelai anak-anak
syurga di taska sana. Rindu bermanja-manja beribadah di rumah Tuhan. Sungguh.
Rindu-rindu itu mengisi sepanjang hari yang berlalu.
[Meja Mujahadah Final Year Project]
Sudah
hampir 3 minggu di bulan lima. Resah di hati. Keputusan yang telah diumumkan
bulan empat masih belum dikeluarkan hingga kini. “Fira.. Buka LMS keputusan dah
keluar.” Sapa seorang sahabat di ruangan whatssap. Jari pantas
menekan-nekan skrin handphone. Username. Password. Enter. ‘Result not
released’. Allah.. :)
Hati
semakin berdebar. Hampir kesemua sahabat-sahabat telah mengetahui keputusan
semester 8. Bertanya-tanya khabar sahabat-sahabat yang lain. Masih ada 4 orang
berbaki yang masih tidak mengetahui jawapan. Satu-satunya subjek semester 8 ini
adalah Final Year Project. Moga Allah mudahkan.
Kaki
melangkah laju menuju Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Nekad mewakili
sahabat-sahabat yang lain. Rupa-rupanya masih ada 7 orang yang berbaki belum
dikeluarkan keputusannya. Alhamdulillah, hampir 3 hari telah berlalu. Keputusan
berjaya dikeluarkan. Dan jawapan untuk itu.. 4 Flat. Terima kasih ya Allah. :’)
[Bersama Sahabiah Gontor di Yayasan Restu]
Hari
Jumaat. Hati dilanda keresahan. Menerima arahan daripada ustaz. Ustaz perlukan
jawapan dalam masa 3 hari tempat praktikal untuk bulan enam ini. Hanya Tuhan
yang tahu. Resume yang telah dihantar masih tidak ada jawapan balas. Bukan
sedikit. Hampir 7 tempat memohon. 2 menolak. 5 mendiamkan diri dalam jangka
masa yang lama. Resah hanya Tuhan yang tahu.
Doa
dan tawakal. Cuma berharap tempat praktikal nanti punya keindahan tersendiri
bila bulan Ramadhan menjelma nanti. Tidak ada yang lain selain itu. “Fira..
Kita semua dapat Yayasan Restu.” “Haa..??” Seperti bangun dari lena mimpi. Pagi
tadi terlalu risau memikirkan status permintaan ustaz di facebook.
Petang ini,dikejutkan dengan jawapan lamaran itu. Subhanallah. Allah punya cara
dan hikmah-Nya tersendiri. :)
Petang
itu juga kami bertungkus-lumus menyiapkan segala urusan pengesahan dari jabatan
Usuluddin ke pihak Yayasan Restu. Alhamdulillah, perkara sulit buat kami yang
telah dimudahkan-Nya. Maha Suci Tuhan yang telah membantu untuk semua urusan
itu. InsyaAllah, 8 Jun ini praktikal bermula. Dekat bersebelahan Masjid Negeri
Shah Alam. Hamdallah.. :)
[Terima Kasih ukhti Anisah :)]
25
Mei. Genap 23 tahun umur yang telah dipinjamkan-Nya untuk hidup di atas muka
bumi ini. Seharian berada di terminal KLIA bersama keluarga besar. Menghantar
Pakcik sekeluarga kesayangan berangkat menunaikan umrah. Dari pagi hingga ke
petang bersama mereka. Penat. Gembira. Teruja. Bersama mereka yang tersayang.
Ucapan selamat hari jadi tidak putus dari saudara-mara. Seperti majlis reunion
keluarga ketika itu. :)
Pulang
ke rumah. Baru menyempatkan diri membuka media sosial. Sahabat handai yang jauh
di mata dekat di hati tidak putus mendoakan kebaikan. Alhamdulillah. Moga Allah
kabulkan dan doa yang sama dikembalikan untuk kalian. Ukhti Anisah sempat menghantar
pesanan kek melalui sahabat yang tinggal berdekatan. Jazakillah ukhti. Moga
Allah kasihkan ukhti atas kebaikan2mu. :’)
“Ya
Allah, ampunkanlah dosa hamba untuk 23 tahun yang telah berlalu dan rahmatilah hamba-Mu
untuk tahun-tahun yang berbaki.”
[Kota Rindu]
Sebenarnya,
hati ana keseluruhan telah dicuri terbang ke kota rindu. Moga Allah hadiahkan
kami sekeluarga untuk mengunjunginya suatu hari nanti. Hakikatnya, hari-hari
yang berlalu terasa kosong jika tidak isi dengan cinta dari-Nya. Wajah dan
redha-Nya suatu hari nanti. Itulah dambaan terdalam yang diimpikan dalam setiap
bisikan doa-doa hamba. Rabb.. :’)
Ps
: Counting days student
practical.. :)
0 comments:
Catat Ulasan