Bismillahirrahmanirrahim..
Tuhan,
Jadikanlah kami
gadis yang terpelihara
Menjaga matanya
Seperti bidadari-bidadari
yang sopan menundukkan pandangannya
Menjaga lisannya
Yang bibirnya
basah dengan alunan zikir kepada-Mu
Sentiasa mengulang
ayat-ayat cinta dari-Mu
Tuhan,
Jadikanlah kami
gadis yang terpelihara
Yang hati
dan jasadnya tidak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya
Seperti bidadari-bidadari
yang setia menunggu kepulangan suaminya
Memelihara maruah
diri, keluarga dan agamanya
Seakan-akan
dia seperti permata yakut dan marjan
Tuhan,
Jadikanlah kami
gadis yang terpelihara
Menutup aurat
dengan penuh sempurna
Seperti tudung
dan pakaian-pakaian hijau yang disarung oleh bidadari-bidadari syurga
Biarlah kami
berpanas seketika di dunia
Kerna itu
yang membuatkan kami menjadi wanita-wanita yang terpelihara
Tuhan,
Jadikanlah kami
gadis yang terpelihara
Sopan menjaga
tingkahlaku dan akhlaknya
Seperti bidadari-bidadari
syurga yang baik-baik lagi jelita
Yang tidak
pernah tua dan kekal selamanya
Dekat dengan-Mu
itulah dambaannya sentiasa
Maha Suci
Tuhan sebaik-baik penjaga
Maka jadikanlah
kami gadis yang terpelihara
……….
29 Ogos
2014, Jumaat
Shah Alam
0 comments:
Catat Ulasan