*bila
cikgu-cikgu satu Malaysia berkumpul :)
Bismillahirrahmanirrahim…
“Kenapa enti tukar kerja di Bangi?” “Sebab nak
sambung belajar..” Soalan sahabat ana 5 tahun yang lalu waktu ana baru
pindah menetap di Bangi. Tahun pertama sebagai pekerja kontrak di sekolah, gaji
memang cukup-cukup untuk kehidupan seharian selain tanggungan kereta, rumah
sewa, bayaran balik pendidikan dan lain-lain. Setahun percubaan sama ada dapat
tawaran tetap, setahun pengajian juga berjaya dihabiskan. Memang ikat perut,
tahun tersebut first time tak beli baran-barang raya. Kelas penuh setiap hujung
minggu Sabtu dan Ahad. Waktu ni keletah anak-anak syurga sahaja yang dapat
menghiburkan hati seorang guru dalam masa yang sama seorang pelajar.
Tahun kedua bendera putih diangkat, kali ini
betul-betul tak cukup kewangan untuk bayaran yuran belajar sem 3. Menyepi
sendiri. Kalau boleh tidak mahu buat pinjaman lagi, cukuplah untuk
hutang-hutang yang masih belum habis dilunasi. Takut roh tergantung di langit
esok nanti. Namun perkataan ana datang ke Bangi sebab nak sambung belajar masih
bermain di fikiran. Mungkin sudah berazam. Harus dilunasi, biidznillah...
Surah al-Fath dibuka. Setiap kali habis tilawah ayat
pembuka 1 hingga 5 ini diulang-ulang baca. Tuhan, bukakan pintu dan mudahkanlah
hamba untuk sambung belajar. 5 tahun yang lalu, kini Allah izin semula
menjejaki apa yang hilang. Dengan pengalaman dan kesalahan yang pernah
dilakukan, ana cuba kembali untuk bangun menebus semula perjanjian yang hilang.
Allah ya Rabb.. Kali ini betul-betul rasa Allah ada bantu kita. Proses memohon
juga Allah mudahkan, waktu kita hilang semangat Allah yang tiupkan, waktu kita
kehilangan punca Allah yang hiburkan.. Baiknya Allah.. :’)
Tukar posisi dari bidang Usuluddin ke bidang
Pendidikan (Islamic Education). Cuba sedaya upaya kawal mental dan fizikal.
Masalah yuran Allah hiburkan dengan ayatNya, “Sesungguhnya Allah membeli
dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan
syurga untuk mereka..“ (Qs At-Taubah : 111). Waktu penat, berkorban sehari
suntuk tak tidur malam, tertekan hantar tugasan dengan masa yang singkat,
kesabaran Allah tiupkan dengan ayatNya, “ Allah tidak akan membebani
seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..“(Qs Al-Baqarah : 286).
Sungguh, bila kita bulatkan sepenuhnya kerana Allah, Allah sendiri yang
turunkan bantuan-bantuan. Biar pengorbanan dan jihad ilmu ini sebagai wasilah
hambaNya yang sedang mencari redha dan wajah Tuhan.
Hamdallah, ana coretkan tulisan ini buat kenangan tentang dekatnya
pertolongan Tuhan. Doakan ana berjaya habiskan yang berbaki lagi 3 sem. Ayat
tiup semangat diri yang sering berlegar ialah dunia untuk diurus bukan untuk
dirungsingkan. Takut-takut kalau buat salah lagi dalam pembelajaran, bagitahu
diri hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja yang tiada kesalahan. Master, kita
redah jerr...! :)
25 Mei 2019 (Birthday dalam kelas)
25 Mei 2019 (Birthday dalam kelas)
Habis perjumpaan sem 1 :)
Terima kasih ya Allah…
0 comments:
Catat Ulasan