Ahad, Jun 02, 2019

Ummu Salamah Part 1




Bismillahirrahmanirrahim….

Nenda semakin uzur. Banyak yang ana pelajari ketika bonda bertungkus-lumus menjaga nenda dengan penuh kasih sayang. Tangisan bonda sentiasa kedengaran meminta kasih dari Tuhan agar nenda sihat seperti sedia kala. Kadang-kadang perkara ini buat ana terfikir, mampukah ana nanti menjaga bonda & ayah bagai menatang minyak yang penuh ketika mereka berusia suatu hari nanti. Pakcik sampai mengeluarkan duit beribu untuk membeli katil yang memudahkan pergerakan nenda. Makcik setiap petang akan singgah mengurut-ngurut kecil nenda sambil membawa pelbagai juadah untuk menyelarakan nenda. Cucu-cicit yang kecil hadir pula hampir setiap minggu menyapa nenda. Senyuman nenda terukir, barangkali itulah kekuatan nenda untuk bangkit kembali dari pembaringan walaupun dalam keadaan lemah. :)

Untuk kesekian kalinya, kami berusaha membuat nenda bangkit dari pembaringan. MasyaAllah, kami bergilir-gilir mendukung nenda. Si gadis bertukar-tukar tangan menolak membawa ‘wheelchair’ nenda bersiar-siar. Cucu-cicit nenda sibuk mengira butir-butir pasir di tepi pantai. Senyuman terukir di wajah semua. Kenangan indah yang kita cipta dan pasti dikenang selamanya. Sungguh, senyuman & wajah gembira nenda amat mahal ketika ini. :)

Moga Allah sungguh-sungguh kasihkan mereka. Menyihatkan mereka yang sedang sakit. Memberi senyuman kepada mereka yang sedang merawat luka. Mengembalikan ketenangan untuk mereka yang penat bekerja. Menghadiahkan kebahagiaan buat mereka yang sedang berusaha membahagiakan hati ibu bapanya. Moga Allah golongkan kami termasuk anak-anak yang berbakti kepada orang tuanya. Terima kasih ya Allah atas kesemuanya. :)

0 comments:

Catat Ulasan

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "