Bismillahirrahmanirrahim..
Melihat telatah kucing2 kesayangan ini, mencuit hati yang dari tadi keresahan.
Entah apa yang difikirkan, moga akhirnya nanti ada jawapan dan ketenangan.
Berbalik dengan si comel ini. Upin Ipin.. Itulah setiap hari diri ini jeritkan.
Lantas setiap kali itu juga, si kecil ini berlari-lari mendapatkan lalu menggeselkan badan..
Ah, manja.. Namun ada rasa bahagia yang menyelinap ketika melayan keletah mereka..
Upin putih bersih gebu, menyerlah sebagai anak kucing putih yang comel..
Ipin hitam ‘manis’ lagaknya, berekor pendek mengiau manja..
Hehe, namun bukan itu yang cuba diri ini sampaikan sebenarnya..
Ada yang menyentuh hati kecil wanita rasanya..
Kasih sayang.. ya, kasih sayang..
Si ibu kucing, kurus, seakan tiada laratnya, hanya menunjukkan upaya yang semakin tua..
Si anak masih sibuk mencari2 sumber makanan disekitar badan ibunya..
Dengan kudrat yang sepertinya kurang upaya, si ibu terus membiarkan anak-anak menyusu badannya..
Sambil menjilat manja membersihkan tubuh anaknya yang comel-comel ini.
Kemudian gerak si anak hanya sekali menjilat tubuh kering ibunya, kemudian sambung menyusu semula.
Si ibu kucing masih tetap meneruskan rutinnya tanpa henti..
Aku terdiam sendiri..
Memikirkan keajaiban Illahi..
Betapa besarnya kasihMu Ya Rabbi..
Begitulah juga seorang ibu.
Tetap terus memberi walau kadangkala disakiti.
Betapa besarnya pengorbanan ibu, setelah melahirkan dengan kesakitan, meyusukan walau diri tiada kudrat dan kemampuan, membesarkan dengan keletah anak-anak yang hanya mahu kesenangan..
Si Ibu terus memberi dan memberi.. Tanpa ada sedikit rasa keluhan, malah diberi dengan imbalan rasa
kasih sayang..
Melihat anak kucing tadi, rasanya hanya menempelak diri sendiri..
Hanya sekali jilatan diberikan yang lain hanya sambung penyusuan..
Begitu jugakah dengan si anak? Hanya menghirup kemanisan yang ibu berikan hanya sekali sekala sahaja mempamerkan tanda berterima kasih atas pengorbanan?
Ahh, diri ini melepaskan keluhan..
Benarlah betapa hebatnya menjadi seorang ibu..
Dan benarlah syurga itu dibawah telapak kaki ibu..
Ya Allah, jadikanlah kami anak yang soleh solehah..
Ketahuilah kami telah menyaksikan kehebatan mereka menjaga amanah,
maka binakanlah sebuah istana untuk mereka disyurga.. Allahurabbi..
Suara mengiau si upin menyentak lamunan..
Menggesel-geselkan badan lantas merenung tepat ke anak mata..
‘Tanda suruh sediakan makanan nasi dan ikan..’ =)
0 comments:
Catat Ulasan