Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,
lega terasa apabila dapat juga siapkan hampir separuh tugasan2 semasa cuti
semester kali ini. InsyaAllah, 11hb Jun ana akan sambung semula pengajian untuk
semester yang kelima. Pantas ya masa berlalu. Umur juga sudah semakin menginjak
belia. Fokus diri dan pemikirin tumpuan sepenuhnya untuk menggali ilmu
sebanyak-banyaknya. Apatah lagi ilmu agama, selalu disebut-sebutkan.. semakin
dalam kita belajar agama, semakin terasa jahil dan kerdil diri kita. Sementara
kudrat yang masih kuat dipinjamkan Illahi, harus terus dahagakan tercari-cari ilmu2
ukhrawi.
Alhamdulillah,
sepanjang cuti sem kali ini. Tidak terasa waktu yang berlalu membazir begitu
sahaja. Alhamdulillah, Allah izin ana mengikuti program2 yang tidak putus2
sejak April lalu. Banyak pengalaman yang dipelajari dan akhirnya akan
mematangkan diri. Dengan izin Allah.. Masih berpegang dengan sebaris ayat2
cinta dari Al-Quran, الخيرات فاستبقو bersegeralah mengerjakan kebajikan. Moga kita
semua memanfaatkan setiap waktu hidup yang diberi untuk terus-menerus menambah
amalan dan saham. InsyaAllah..
Oh, ya.. Ini sedikit sebanyak hasil kerja yang
baru disiapkan. Walaupun simple dan ringkas, tetapi perasaan lega tugasan
berkurang seperti ingin dikongsi bersama semua. (cukup untuk di blog ini
sahaja =)) Masih ada baki tugasan lain yang perlu diselesaikan sebenarnya,
sebelum pulang ke kampus. Rabbi assir wa la tu’assir..
Salam kasih kerana Allah buat sahabat2 yang masih
sudi membaca coretan kecil ini. Moga tidak putus2 Taufiq dan Hidayah Allah buat
kita semua, amin2 Ya Allah.. =)

0 comments:
Catat Ulasan